Lelaki warga emas hilang lebih dua minggu, kereta ditemui terbakar, ada pindahan wang ke akaun pihak ketiga. Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.
Lelaki Warga Emas Hilang Lebih 2 Minggu, Kereta Ditemui Terbakar, Ada Pindahan Wang Ke Akaun Pihak Ketiga
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.
“Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan.
“Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah,” katanya.
Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat.
“Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang,” katanya.
Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778).
“Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.
“Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja,” katanya.
Ads
Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya.
“Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai,” katanya.
“Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin),” katanya.
Sabari bergambar bersama anak-anak dan menantunya.
Terdahulu, berita kehilangan Sabari itu dikongsikan sendiri oleh anaknya @syilla_syilla menerusi beberapa hantaran di aplikasi Instagram.
Dalam perkembangan terbaharu, @syilla_syilla turut memaklumkan kereta milik ayahnya telah dijumpai dalam keadaan ‘total lost’ dan terbakar di sebuah tempat pembuangan sampah.
Ads
“Kereta ayah dah ditemui. Kereta dibakar. Area Pulau Belatik. Tapi ayah tak ada dalam kereta,” katanya.
Walaupun nampak simple tapi pasti ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini. Bezanya ramai yang terlupa menekan butang on ketika memasak nasi.
Lain pula dengan anak perempuan kesayangan Primadona kesayangan ramai ini, dia terlupa memasukkan air ke dalam beras ketika memasak.
Itulah situasi lucu yang mencuit hati ramai bila mana Erra Fazira berkongsi kenangan anak perempuannya masak nasi tetap terlupa meletakkan air di dalam beras.
Kisah lucu tersebut dikongsikan oleh Erra menerusi laman instagramnya.
Moment ni akan ku kenang sampi bila2.. . Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasik.. mom nya pun dgn penuh rasa bangga masak simple lauk n dia ditugaskan masak nasik.
Sekaliiiii bila time nak makan.. bukak2 periuk.. dia lupa masuk air daaa .. takkan nak makan beras kering!! 🤣nasib baik ada standby nasi lemak 🤣🤣 .
Dalam masa yang sama, Erra tetap memberikan kata-kata semangat buat anaknya untuk tidak putus asa dan terus cuba lagi selepas ini.
. Alahaiii anakkk.. its ok sayang.. don’t give up!! Nanti cuba lagi k 😘🥰🥰
Kejutan pada hari bahagia daripada orang tersayang pasti membuatkan sesiapa pun akan berasa cukup teruja. Apatah lagi andai kejutan yang diberikan bukan sesuatu yang biasa-biasa daripada pasangan tercinta.
Bersempena ulang tahun ke-36 Achey, isterinya Nur Hassanah Yahya atau lebih dikenali dengan panggilan Anne telah berkongsi perjalanan mereka dalam usaha untuk mendapatkan zuriat yang telah lama didambakan.
Setelah 11 tahun membina mahligai bahagia, Anne menerusi laman instagramnya berkongsi perjalanan ketika menjalani rawatan IVF di sebuah pusat perubatan di Johor pada 6 Ogos yang lalu.
“Happy birthday sayang, tahun ni hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.
“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin,” tulisnya.
Selain itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Achey yang juga seorang penyanyi kerana menjalani kehidupan susah senang bersama sejak 11 tahun lalu.
“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan. Sayang awak,” katanya.
Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan pasangan itu dan anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah dalam perjalanan untuk bertemu dengan Dr Thokha Muhammad yang sebagaimana semua maklum, Dr Thokha cukup popular di media sosial kerana sering berkongsi video inspirasi mengenai pasangan yang berjaya memperoleh zuriat hasil rawatan yang dilakukannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan supaya urusan pasangan tersebut dipermudahkan Allah SWT untuk mendapatkan cahaya mata.
Sekadar info, Achey dan isteri sebelum ini mengambil anak angkat perempuan pada 2018 yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir dan kini berumur empat tahun.
Setiap kali membeli ikan, kena pastikan ia segar dan fresh. Barulah puas hati bila makan. Untuk pilih ikan memang senang tapi nak tahu yang fresh atau tidak agak leceh terutama yang tidak mahir bab begini.
Ikan yang memiliki warna kulit yang terang dan cerah hampir dapat dipastikan memiliki ciri isi yang segar. Itu antara salah satu ciri mudah untuk memastikan ikan yang dibeli masih fresh. Selain itu, ada 4 tip lain yang admin nak kongsikan dengan pembaca sekalian terutama ibu-ibu.
Ikut 4 tip ini jika mahu memilih ikan yang fresh. Jom semak!
1. Tengok bahagian mata ikan
Ikan yang segar matanya timbul dan jernih. Bukannya dah tenggelam atau warna lain
2. Periksa insang
Ambil ikan yang insangnya masih merah pekat.
3. Tekan perut ikan
Tekan pada bahagian perut ikan. Kalau kenyal dan melantun balik maksudnya ikan tu fresh!
4. Lihat sisik ikan
Pilih ikan yang sisiknya masih cantik dan susah untuk tertanggal. Bukannya ikan yang sisiknya dah lembik dan mudah tertanggal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.