Dalam Negara

Lelaki Temui Rangka Bayi Di Lebuhraya Rawang Bypass, Niat Nak Cari Barang Lama!

Share

Niat mencari barang-barang lama akhirnya menemukan dengan rangka manusia yang dipercayai seorang bayi.

Rangka bayi itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 53 tahun di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam ketika mencari barang-barang lama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu kira-kira 1 tengah hari.

“Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

“Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Kredit: Bernama

IKLAN