Lelaki pandu myvi redah masuk kawasan sekolah, langgar lari pelajar perempuan 13 tahun. Seorang pelajar sebuah sekolah menengah cedera selepas dilanggar seorang lelaki menggunakan kereta dalam kejadian di Taman Bintang, Manjung, Perak pada petang Rabu.

Lelaki Pandu Myvi Redah Masuk Kawasan Sekolah, Langgar Lari Pelajar Perempuan 13 Tahun

Susulan kejadian itu, Polis telah menahan seorang lelaki yang terbabit dengan kejadian langgar lari membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun. Kejadian itu berlaku di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Bintang, Pantai Remis.

Lelaki Pandu Myvi Redah Masuk Kawasan Sekolah, Langgar Lari Pelajar Perempuan 13 Tahun

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, penganggur berusia 47 tahun itu telah ditahan pada hari yang sama. Suspek juga telah dirujuk ke hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki mental tidak stabil.

Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang apabila kenderaan yang dipandu suspek meluru dan melanggar pintu pagar sebuah gelanggang bola keranjang hingga roboh.

Mangsa seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan di kaki kiri akibat dirempuh secara melulu ketika sedang berlatih bola tampar. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

“Suspek merempuh mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ads

Sumber: BERNAMA

Kredit top image: Freepik 

Baca artikel lain juga: Terlibat Langgar Lari, Bayi 4 Bulan Tercampak Keluar Kereta Kini Di NICU, Ibu Patah Kaki & Ayah Tercedera

Ads

“Pak Cik Saya Minta Maaf.” Tiada Niat Lari Selepas Terlanggar, Pemuda Tampil Mohon Maaf, Ini Reaksi Suami Arwah. Sebak!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Ads

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI