Lelaki pandu myvi redah masuk kawasan sekolah, langgar lari pelajar perempuan 13 tahun. Seorang pelajar sebuah sekolah menengah cedera selepas dilanggar seorang lelaki menggunakan kereta dalam kejadian di Taman Bintang, Manjung, Perak pada petang Rabu.
Lelaki Pandu Myvi Redah Masuk Kawasan Sekolah, Langgar Lari Pelajar Perempuan 13 Tahun
Susulan kejadian itu, Polis telah menahan seorang lelaki yang terbabit dengan kejadian langgar lari membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun. Kejadian itu berlaku di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, penganggur berusia 47 tahun itu telah ditahan pada hari yang sama. Suspek juga telah dirujuk ke hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki mental tidak stabil.
Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang apabila kenderaan yang dipandu suspek meluru dan melanggar pintu pagar sebuah gelanggang bola keranjang hingga roboh.
Mangsa seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan di kaki kiri akibat dirempuh secara melulu ketika sedang berlatih bola tampar. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
“Suspek merempuh mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kalau pergi ke pasar membeli ayam, pasti ada golongan yang menolak bahagian kaki ayam ini. Semuanya kerana ada yang mengatakan bahawa bahagian tersebut kotor kerana sifat ayam yang suka mengais pasir.
Mungkin ramai yang tak tahu, bahagian ayam ini mempunyai khasiat dan manfaat bahkan baik untuk kesihatan.
Ada yang suka kaki ayam ini dibuat sup, gulai dan ada juga yang suka digoreng garing. Rasanya sangat enak lebih-lebih lagi jika ianya betul-betul empuk dan kembang.
Bagi yang tidak tahu kelebihan kaki ayam, ianya mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang jika tidak disiang dengan betul, ianya akan menghadirkan baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh.
Bagi menyelesaikan masalah ini, anda hanya perlu guna tip ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas
Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.
2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka.
Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.
3. Rebus dengan aneka rempah
Bagi mempercepatkan proses rebusan dan kaki ayam empuk, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.
4. Masak dengan rempah pedas
Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.
Tip Memasak Kaki Ayam Empuk
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam empuk, tidak hamis dan menghilangkan semua potensi bakteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
3. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
4. Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
5. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
6. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang betul dan bersih. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya.
Tak puas hati hidup miskin, isteri serang suami dengan parang hingga temui ajal. Seorang isteri dari daerah Rejang Lebong, Bengkulu telah bertindak kejam dengan membunuh suaminya hanya kerana tidak berpuas hati dia hidup dalam kemiskinan.
Tak Puas Hati Hidup Miskin, Isteri Serang Suami Dengan Parang Hingga Temui Ajal
Mangsa ditemui maut dengan luka parah di bahagian belakang leher, selepas diserang dengan sebilah parang oleh suspek pada Khamis.
Menurut laporan media tempatan, kejadian bermula apabila berlaku pentengkaran mulut antara mereka berdua, hingga membawa insiden salah menyalah antara satu sama lain.
Sementara polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian pembunuhan dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi Khamis, waktu tempatan di sebuah kebun berhampiran dengan rumah mangsa dan pelaku.
“Pelaku adalah isterinya sendiri yang berusia 38 tahun, sementara mangsa yang dikenali sebagai WH berusia 44 tahun.
“Mayat mangsa kemudian kami bawa ke hospital untuk dilakukan bedah siasat,” kata Ketua Balai Polis Selupu Rejang, Inspektor Ibnu Sina Alfaraobi.
Katanya lagi, menerusi keterangan saksi pelaku acap kali bertelagah dan sentiasa berselisif faham dengan mangsa akibat tekanan kewangan keluarga.
Suspek yang dikenali sebagai AH kini telah ditahan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Rejang Lebong untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Ibnu Sina berkata, polis juga kini mencari barang bukti iaitu sebilah parang yang dipercayai telah dibuang suspek selepas kejadian.
Sementara itu, jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum yang terletak tidak jauh dari kediaman mangsa pada Khamis.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion setakat 22 Mei tahun ini.
Sumber foto: BERNAMA
Ketua Pegawai Operasinya, Sazaliza Zainuddin berkata, selepas pilihan tersebut dibuka pada 12 Mei lalu, sebanyak 3.04 juta permohonan untuk pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan berjumlah RM5.52 bilion.
“KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.
“Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.
“Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping kami terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital kami,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sumber foto: BERNAMA
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, KWSP memperkenalkan Akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.
Dalam pada itu, ujar Sazaliza, ahli-ahli dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan ke Akaun Fleksibel memandangkan tarikh tutup bagi urusan tersebut ialah pada 31 Ogos tahun ini.
“Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.
“Ahli dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit mereka melalui Terminal Layan Diri (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan menerima Kod Kebenaran Urus Niaga (TAC) bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan transaksi.
“Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, dengan pengeluaran minimum RM50,” ujarnya.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.