Lelaki Ni ‘Transform’ Rumah Usang Berusia 30 Tahun Ini Persis Seperti Baru Dengan Modal RM60K Je. Serius Cantik!

Share

Siapa kata rumah lama dan usang tak boleh cantik dan kelihatan seperti rumah baru. Jika ada modal dan juga kreatif semunya jadi. Itulah yang dilakukan oleh Azmeer Yusof yang juga merupakan pemain pertahanan bagi negeri jelapang padi, Kedah.

Dalam satu perkongsian dimuat naik oleh Azmeer di laman Facebook miliknya baru-baru ini nyata menimbulkan kekaguman apabila dia berjaya mengubah usang dengan hanya bermodalkan RM60,000, rumah itu telah berjaya ditransformasikan dengan begitu cantik persis seperti rumah baru.

Jadi apa kata anda lihat perkongsian penuh beliau di bawah ini:

Tanah untuk dijual

“Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.
Seseorang memberitahu tanah ini utk dijual.

“Saya terus ambil keputusan utk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul2 di tengah Alor Setar. Tambahan pula, tanah ini berkeluasan 4500sqft. So pada saya agak besar kerana tanah saya di Gombak hanya 2000sqft.

Tinggalan rumah usang

“Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah.. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi RIMBA ! Saya gagahkan diri juga sambil membaca apa yg patut dalam hati utk masuk ke tanah tersebut & melihat tinggalan rumah usang di tanah itu.

“Seriusly sangat2 teruk & setahu saya rumah tu dah jadi ‘ port.’ Dan ofcoz rumah tersebut sangat2 menakutkan. Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah2 ruang tamu rumah. Tandas yg terlalu gelap gelita kerana owner lama tak letak tingkap. Banyak lagi nk cerita benda yg menyeramkan masa saya datang tengok.

Restu mak ayah penting

“But its ok ! Saya nekadkan juga utk beli tanah tersebut kerana pada saya rumah boleh dibina. Tapi tanah tersebut takkan dapat dah di tengah2 Alor Setar. Haaa.. Yg lagi buatkan saya nk beli kerana tembok rumah masih utuh. Tapi senekad-nekad saya pun, restu mak ayah penting.

“Saya call mak ayah minta pendapat. Ayah saya cakap tanya dulu jiran2 berdekatan rumah tu ditinggalkan puluhan tahun kerana hantu atau saja2 tinggal. Its funny right? Tapi kata2 mak ayah kita kena dengar. Saya bertanya kpd jiran terdekat & jiran tersebut mengatakan ‘ kelia-kelia, xdak apa aih ‘


“Selepas itu terjadinya pembelian rumah usang & tanah sebesar 4500sqft, Alhamdulillah

Niat sebenar nak hancurkan terus rumah usang tu. Tapi ayah saya cakap bangunan asal masih kuat. So saya & team plan satu rancangan utk menggunakan struktur asal & repair apa yg patut.

Rumah usang menjadi sebuah rumah
Betul kata orang. Repair lebih mahal dari membina. Tapi takpa, kepuasan hati apabila dapat repair rumah usang menjadi ‘ SEBUAH RUMAH.’

Personal loan bukan untuk joli

Saya berhabisan 60k untuk repair & lengkapkan segala-galanya. Kepuasan hati tidak boleh dibeli. Skrg saya puas hati dgn apa yg saya buat walaupun ramai yg cakap lebih baik bina rumah baru.

“Dan sekali lagi saya mohon PERSONAL LOAN 50k utk repair rumah ini. SO DALAM HIDUP SAYA PERSONAL LOAN YG SAYA MOHON HANYA UTK PERKARA2 SEBEGINI, BUKAN UTK BERJOLI

Hutang atas tanah

“Ok lupa nak beritahu. Saya beli tanah ini dgn harga 140k. So total semua 200k. Dan in syaa Allah lagi 2 tahun saya habis baya utk semuanya yg saya hutang atas tanah ini. So kpd sahabat2 saya yg membaca ni, JUST BUY TANAH & RUMAH walaupun ianya USANG.

“Takkan rugi kerana semasa saya repair rumah ini, seseorang datang offer nak beli 320k. Can u imagine hanya sebulan 2 someone dtg offer utk beli 320k ! So now berapa agak2 market value tanah & rumah saya ni?