
Hasil kreativiti sendiri, lelaki ini mengubah suai bilik yang dahulunya adalah milik anak lelaki kini kepada lebih feminin memandangkan kini ia menjadi bilik untuk anak-anak perempuannya.
Dengan rona cat yang simple dan kombinasi cadar bercorak kartun rona merah jambu membuatkan bilik yang cukup minimalis dekorasinya tampak sweet je. Jom kita tengok hasil yang dikongsikan oleh si ayah bernama Saiful Bahrin ini menerusi Kelab Kaki Deko.
Sebelum dan selepas… Asal bilik anak lelaki sulong…tp ayah tukarkan bilik… Dan deko kan semula supaya blk ni nmpk gegirl sket… Bilik abam dorg nnt ayah deko kan semula….
Rendam Kain Buruk Jadi Berlendir & Busuk! Cara Ni Kotoran Mudah Hilang & Auto Bau Wangi

Kain buruk memang sinonim untuk setiap rumah atau premis yang digunakan sebagai kain mengelap tidak kiralah penggunaannya di dapur mahupun bagi membersihkan sesuatu kawasan tertentu.
Bagi kain buruk yang meninggalkan kesan yang kotor dan sukar luntur warnanya, sesetengah orang suka rendam dahulu ke dalam clorox dan barulah cuci dengan sabun. Tetapi kadangkala kaedah itu meninggalkan bau yang tidak menyenangkan dari clorox tersebut. Belum lagi kain tersebut akan jadi berlendir dek kerana rendaman itu.
Apa kata jom tukar teknik baharu cuci kain buruk dengan mencucinya setiap hari seperti yang dikongsikan oleh pengguna Instagram Kekcawan.com.my ini. Jadi, tak perlulah lagi anda buat lambakan kain buruk untuk dibasuh dah selepas ini!
TEKNIK RAHSIA KALAU NAK KAIN BURUK SENTIASA WANGI & CEPAT BERSIH
Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari! Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, letak sabun dan air. Biar rendam semalaman.
Ini cara Ellie. Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci.
– Sedia kan sebiji periuk khas. Beli dekat kedai Eco pun boleh je. Masukkan air dan sabun pencuci.
– Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Lepas tu tambah sikit soda.
– Kacau-kacau sebatikan dan masak atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu.
– Rebus laa dalam 10 minit. Selesai tu tutup api, curah ke sinki (Air panas tu masuk ke ‘longkang” sinki kasi bersihkan juga tu.. haaaa elok!)
– Buka air paip dan bilas. Ambil berus, berus kain tu manja-manja cukup dah. Bilas, perah dan sidai. Bersih! Wangi! Senang dan cepat kan?
Selamat mencuba! Lepas ni tiada lagi masalah kain lap berbau busuk dan kotor.
Sumber: Instagram Kekcawan
Elak Makan Malam Tetapi Perut Tetap Kenyang, Cuba Amalkan Minuman Ini

Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman Facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu
Cara menyediakan:
Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
“Patutlah Mak Ayah Asyik Marah Tidur Lewat..” Guru Jni Kongsi Tips Waktu Efektif Untuk Belajar Supaya Mudah Faham.

Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya. Apabila melihat anak-anak yang cemerlang, tentu kita ingin tahu apakah rahsianya.
Selain mengikuti kelas tambahan secara online, perlu tahu waktu yang sesuai untuk belajar. Cara ini dikatakan ada kaitan dengan kecergasan otak.
Sebagaimana perkongsian seorang guru, zetinorani di TikTok yang berkongsi info mengenai waktu yang sesuai untuk belajar.
Dengan cara ini, ia dapat membantu anak-anak mudah menghafal dan memahami pelajaran yang dibaca.
Waktu terbaik untuk belajar
- Waktu 4.00 pagi hingga 6.00 pagi otak berfungsi sehingga 100 peratus.
2. Waktu 6.00 am hingga 7.00 pm otak berfungsi hanya 50 peratus sahaja.
3. Waktu malam otak hanya berfungsi sehingga 20 peratus sahaja.
Katanya lagi selain mencari waktu yang sesuai untuk belajar, pastikan juga tidur dengan secukupnya iaitu maksimum 8 jam atau minimum 5 jam.
Dalam pada itu ada yang baru menyedari kesalahan waktu belajar.
Sumber: zetinorani