Membayar bil elektrik setiap bulan yang kadang kala melambung tinggi memang boleh membuatkan kita rasa terbeban untuk melunaskannya. Tambah-tambah bila ahli keluarga sentiasa berada di dalam rumah, 24 jam menggunakan elekterik. Memang tidak pelik bil boleh meningkat.
Pun begitu jika setiap bulan kita melihat peningkatan bil dan semakin banyak pula diperuntukkan wang untuk membayarnya, boleh ‘botak kepala’ juga memikirkan cara bagaimana untuk menurunkan bil tersebut.
Melalui satu perkongsian di laman twitter, ada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai @Mehmed Aezhad ada berkongsi tip yang dia praktikkan untuk kurangkan bil elektrik.
Kongsinya, bil elektrik di rumahnya pada bulan Julai adalah RM208.90 dan dengan penjimatan yang dilakukan telah mencatatkan bil elektrik yang perlu dibayar untuk bil bulan September adalah hanya RM36.60.
Jadi ini apa yang dia buat untuk kurangkan bil elektrik.
1. Aircond
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk. Siang memang tak buka aircond.
2. WiFi
On WiFi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.
3. Lampu
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.
Ads
4. TV
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok @netflix pun dekat laptop itupun jarang.
5. Plug
Disebabkan aku pakai MBP, sekali caj bateri tahan 12-18 jam. So, aku caj 2jam-3jam and tutup balik plug.
6. Tidur rumah orang lain
Weekend je aku balik rumah family or tidur rumah kawan. Memang jimat letrik guys
Pelbagai reply diberikan oleh warganet dan ada juga yang memberikan beberapa tip lain untuk penjimatan elektrik.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Muat naik terkini di Instagram milik pelakon versatil, Jasmin Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) setelah mengalami serangan jantung telah mengejutkan ramai peminatnya.
Suami pelakon berkenaan, Nazmir Abd Rahman dalam hantaran di akaun Instagram milik Jasmin meluahkan agar para peminat mendoakan kesihatan isternya.
Menurut semuanya, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengalami serangan jantung buat pertama kali semalam.
“Assalamualaikum semua.. Moga Allah angkat doa kita semua untuk isteri saya Jasmin Hamid di panjangkan usianya dan sihat kembali..Aamiin”
Dalam pada itu, rakan artis dan para peminat mendoakan kesihatan Jasmin kembali sembuh.
Lazimnya, andai ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia, kita sebagai warisnya yang tinggal terasa bertanggungjawab untuk menutup akaun fb milik arwah agar tidak berlaku sebarang kekeliruan atau disalah gunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Pun begitu, hasrat ini mungkin tidak dapat dilakukan kerana kita tidak tahu cara yang betul kerana tidak mengetahui email dan kata laluannya. Proses untuk menutup akaun fb milik arwah akan menjadi sukar dan mungkin tidak dapat dilakukan.
Sedar dengan hal itu, maka sewajarnya kita persiapkan dan mempermudahkan waris kita untuk delete akaun kita suatu hari nanti, andai kita dijemput ke negeri abadi.
Caranya bagaimana?
Ya, ikuti perkongsian daripada Nur Aliah Mohd Nor ini dan semoga ianya memberi manfaat dan info berguna untuk kita sekeluarga.
Ni Cara Untuk Delete Akaun Facebook Kita Jika Kita Meninggal Dunia
Pasti ramai lagi yang tak tahu dekat facebook kita ada 1 fungsi button ni yang dinamakan sebagai ‘Legacy Contact’.
Legacy contact ni bahasa mudahnya kita lantik seorang waris kita untuk handle akaun facebook kita dan orang itu boleh tolong delete akaun facebook tersebut.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam Legacy Contact ni. Nanti korang boleh baca di bahagian komen ye. Sekarang Lia cuma nak kongsikan dulu step untuk sampai ke bahagian Legacy Contact ini.
Cuma pesan Lia kalau boleh password facebook kita biar keluarga kita tahu juga ya. Kalau berlaku apa-apa yang tak diingini mereka boleh LogIn facebook kita.
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya ingin memiliki rumah idaman sendiri. Namun tidak semua pasangan yang berkahwin mampu berbuat demikian atas faktor ekonomi.
Namun itu tidak bermakna niat itu terus dilupa, usaha tetap ada untuk memiliki rumah sendiri. Biarpun lama menunggu pasti harinya akan tiba.
Begitulah yang dirasai oleh keluarga bahagia ini. Meluahkan rasa syukur setelah selama 7 tahun menyewa rumah akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah sendiri.
Biarpun keluasan rumah terhad, namun hasil kreativiti pasangan ini dapat melakukan dekorasi rumah dengan sempurna. Hanya keluasan 723sqft, pasangan ini berjaya deko sehingga ruang rumah kelihatan luas dan kemas. Dengan kos ubahsuai sebanyak 20 ribu telah merelisasikan rumah idaman mereka. Ikuti perkongsian puan Hazaratunisa Ejal menerusi facebook miliknya di grup Deco Rumah Sebelum Selepas (DRSS).
Alhamdulillah 7 tahun kami menyewa akhir nya dpt merasa duduk d rumah sendri.. Rezeki anak-anak. Rumah flat medium cost. Keluasan 723sqft. Alhamdulillah dapat deco sikit-sikit dan slow-slow.. Group ni sangat membantu untuk kita deco-deco. Yang tak pandai deco tengok ja group ni macam- info kita dpt.. Jadi boleh buat slow-slow.
Sebelum ubahsuai rumah
Ruang tamu
Bahagian dapur
Selepas ubahsuai
Ruang tamu
Bahagian dapur
kitchen kabinet- RM3500
Dua bilik mandi
Biarpun rumah mempunyai keluasan yang terhad, ini tidak bermakna tidak boleh melakukan dekorasi rumah dengan bijak dan sempurna. Bagi yang baru sahaja memilik rumah sendiri, moga ini menjadi inpspirasi.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.