Bab nak drill mozek atau tiles selalu menimbulkan masalah. Terutama bagi anda yang bukan pakar dalam bab ni.
Jadi, admin kongsikan tip oleh saudara Alel Sharifuddin ini untuk anda yang ingin buat sendiri di rumah. Mudah dan nampak kemas. yang penting mozek di dinding tidak pecah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Kelab Kaki Deco,,mungkin ada yang dah tahu…tapi saya berkongsi jugak la ilmu yang tak seberapa ni ye..
CARA DRILL TILES/MOZEK SUPAYA TIDAK PECAH
Tiles subway ni special,,permukaan dia licin sangat…cara ni memang sangat berkesan untuk tile yg permukaannya licin,,Moga bermanfaat.
Cara membuat:
Gunakan tukul dan paku ‘sedikit’ sahaja di kawasan yg telah ditanda..tujuannya utk memberikan laluan kepada mata drill…kalau terus gunakan mata drill,pasti akan licin/mata tergelincir.
Gunakan mata drill tiles..saya beli di hardware..RM12
Gunakan mode drill…jgn gunakan mode ‘HAMMER’,,itu yang menyebabkan tiles pecah,,mata drill tadi hujungnya sudah tajam,,tidak perlu tolak mesin kuat-kuat..layannn je sambil dia buat lubang atas tile.
Lepas tile dah berlubang cantik,,pakai mata drill tebuk dinding pulak…kenapa kena tukar??sebab nak jaga mata drill tile..boleh je nk guna mata drill tu,,tapi nnt hujungnya tumpul….sayang…….
Ok,lepas dah ada lubang,dah tukar mata,,barulah boleh tukar kepada mode HAMMER…tekan perlahan-lahan juga,,
Haaa…ni hasilnya,,kemas…tak sompek/pecahkan tile
Sinki ni best…senang nak basuh kasut @ tudung..tak perlu lagi dah mencangkung,,lenguh kaki…