Bab nak drill mozek atau tiles selalu menimbulkan masalah. Terutama bagi anda yang bukan pakar dalam bab ni.
Jadi, admin kongsikan tip oleh saudara Alel Sharifuddin ini untuk anda yang ingin buat sendiri di rumah. Mudah dan nampak kemas. yang penting mozek di dinding tidak pecah. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Kelab Kaki Deco,,mungkin ada yang dah tahu…tapi saya berkongsi jugak la ilmu yang tak seberapa ni ye..
CARA DRILL TILES/MOZEK SUPAYA TIDAK PECAH Tiles subway ni special,,permukaan dia licin sangat…cara ni memang sangat berkesan untuk tile yg permukaannya licin,,Moga bermanfaat. Cara membuat:
Ads
Ads
Ads
Gunakan tukul dan paku ‘sedikit’ sahaja di kawasan yg telah ditanda..tujuannya utk memberikan laluan kepada mata drill…kalau terus gunakan mata drill,pasti akan licin/mata tergelincir. Gunakan mata drill tiles..saya beli di hardware..RM12 Gunakan mode drill…jgn gunakan mode ‘HAMMER’,,itu yang menyebabkan tiles pecah,,mata drill tadi hujungnya sudah tajam,,tidak perlu tolak mesin kuat-kuat..layannn je sambil dia buat lubang atas tile. Lepas tile dah berlubang cantik,,pakai mata drill tebuk dinding pulak…kenapa kena tukar??sebab nak jaga mata drill tile..boleh je nk guna mata drill tu,,tapi nnt hujungnya tumpul….sayang……. Ok,lepas dah ada lubang,dah tukar mata,,barulah boleh tukar kepada mode HAMMER…tekan perlahan-lahan juga,, Haaa…ni hasilnya,,kemas…tak sompek/pecahkan tile Sinki ni best…senang nak basuh kasut @ tudung..tak perlu lagi dah mencangkung,,lenguh kaki…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerima hakikat anak yang dilahirkan berbeza daripada anak-anak yang normal, tentunya ia merupakan ujian yang bukan mudah untuk diterima.
Perasaan yang sama juga turut dirasai oleh seorang ustaz ini apabila anaknya disahkan down syndrome. Namun cara bagaimana keluarga ini akhirnya redha, diharapkan jadi inspirasi buat yang lain.
Ini perkongsiannya.
HARI PERTAMA MENYAMBUT 23 MAC DALAM HIDUPKU.
“Anak Ustaz kemungkinan besar anak istimewa down syndrome.’ Kata doktor pakar setelah 2 hari anakku dilahirkan. Aku memandang wajah isteriku menahan kesedihan dengan berita itu. Aku dapat melihat manik-manik berkaca gugur di kelopak mata isteriku. Aku berusaha menahan air mataku tapi aku juga tak berdaya.
Pada awalnya aku seolah-olah mahu menafikan, lebih-lebih lagi wajah anakku tidaklah terlalu iras pengidap down sindrom, tambahan pula ujian jantung, mata dan telinga semuanya dalam keadaan baik dan normal.
Namun, aku tetap menunggu keputusan ujian darah sambil mengumpul daya sifat reda dan pasrah.
Namun hati seorang bapa tetap sentiasa terbayang anaknya. Pernah, ketika menjadi imam solat di Masjid Taman U, aku menangis ketika membaca ayat-ayat dari surah alFajr.
Aku tak mampu melantunkan ayat Ya Ayyatuhannafsul Mutmainnah, kerana aku merasakan sifat itmi’nan masih belum menempati hatiku.
Namun sedikit demi sedikit aku cuba gagahkan untuk menerima segala ketentuan.
Ujian darah mengesahkan Aqil anak istimewa setelah 3 bulan kami menunggu. Sewaktu doktor memberikan keputusan tersebut setitis air mata pun tidak gugur dari mataku dan juga mata isteri.
Rupa-rupannya kami berjaya mengumpul redha dan pasrah kerana kami gembira dengan tingkah laku dan perkembangan anak kami yang lagaknya seperti anak normal yang lain.
HAKIKATNYA KAMI AMAT GEMBIRA ATAS ANUGERAH ANAK SYURGA INI KEPADA KAMI. MOGA MAMPU MEMBERI SYAFAAT BUAT KAMI SEMUA.
Mendidik anak-anak ada caranya, tidak boleh menggunakan kekerasan. lebih-lebih lagi zaman sekarang, usah disamakan zaman kita dahulu.
Pendekatan terbaik harus di ambil supaya tidak meninggalkan kesan jangka masa panjang pada emosi anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam perhubungan ibu bapa dan anak.
Saudara Mohd Fhais baru-baru ini berkongsi satu insiden anaknya ditampar oleh seorang budak berumur 2 tahun ketika bermain di sebuah playground.
Apa yang ingin diceritakan olehnya adalah berkenaan tindakan si ayah budak berkenaan yang mengambil tindakan salah dalam menjatuhkan hukuman. Baca perkongsian ini. Moga bermanfaat buat ibu bapa lain!
Budak ni baru berhenti menangis lepas kena tampar.
Kesian aish rizqi baru 8 bulan dah kena tampar dengan budak 2 tahun masa main kat mcd playground semalam.
Tapi sebenarnya saya lebih kasihan kat budak yang tampar aish rizqi tu.
Sebab budak tu di zalimi oleh ayahnya sendiri!
Kesan tampar di pipi aish tu tak adalah teruk sangat, tak ada kesan pun tapi lebam di mental & emosi budak tersebut tersangatlah teruk.
Ayahnya zalim sebab tak ajar dengan betul.
1. Lepas dah tampar anak orang ayahnya tak ajar untuk minta maaf. Terus berlalu pergi tanpa cakap sepatah pun. Sepatutnya di ajar anak tu minta maaf, atau sekurangnya pujuk la aish rizqi yang dah menangis tanda kesal atas perbuatan dia. Satu kesilapan besar tak ajar anak jadi bertanggungjawab sejak kecil. Lebih-lebih lagi anak lelaki.. silap besar!
2. Anak dah buat salah kena marah pula dengan ayahnya. Padahal anak tu tak sengaja pun, mungkin terlalu excited bermain sampai tertampar. Baru 2 tahun kot! Marah tak buat anak rasa kesal dengan kesilapan yang dia dah buat malah ia buat anak semakin degil dan kebarangkalian diulangi kesilapan sama sangat tinggi.
3. Paling teruk ialah ayahnya hukum anak dengan memukul tangan yang menampar tadi. Patutlah anak tu laju je tangan tampar aish sebab ayahnya sendiri tangan laju memukul. Anak tak akan pandai memukul kalau tak ada orang yang ajar dia memukul di rumah. Ingat tu!
Kesan tampar kat pipi aish rizqi tu merah sekejap je lepas tu hilang tapi kesan tamparan emosi kat budak 2 tahun tu mungkin berkekalan sampai dewasa. Kesian budak tu.
Memang, bila nak meminta maaf tu kadang-kadang rasa malu tapi sebenarnya perkara yang memalukan pada awalnya tu la yang akan membantu anak kita membesar jadi seorang yang bertanggungjawab dan jadi seorang pemimpin di masa akan datang.
Mohd Fhais Ajar anak minta maaf tu lebih mulia dari ajar anak guna kekerasan untuk selesai masalah.
p/s : Tolong kongsikan pada semua ayah di luar sana perkara ni, sebab masih ramai yang tak tahu tentang besarnya kesan tak ajar anak meminta maaf sejak kecil.
p/s : Sebab itu saya selalu kongsi ilmu parenting dalam telegram supaya kita semua dapat jadi ayah yang baik untuk anak-anak. Klik link ni untuk join telegram saya, 👉t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian tentang pengeluaran EPF akaun 2 untuk tujuan mengurangkan baki pembiayaan, umumnya cara ini ramai antara kita melakukannya.
Pun begitu, apabila dibuat kira-kira untung ruginya siapa sangka ada lagi pilihan yang lebih bijak dan praktikal untuk sama-sama kita fikirkan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khairul Ezuwan
Guna EPF akaun 2 untuk tujuan mengurangkan Baki pembiayaan Rumah bukan satu langkah terbaik.
Contoh pembiayaan Rumah = RM150,000
Rate = 4.5%
Tempoh pembiayaan = 35 tahun
Installment bulanan = RM710
CARA 1 = guna RM30,000 EPF AC 2, bayar kepada principal pembiayaan.
CARA 2= biarkan RM30,000 dalam EPF AC 2, selesaikan pembiayaan rumah bila tiba waktunya. Ilustrasi dividen tahunan EPF 6%.
*Anggap dalam EPF AC 2 Tiada penambahan caruman.
CARA 1
➖➖➖
Pembiayaan RM150,000, keluarkan RM30,000 dari EPF AC 2 untuk mengurangkan baki principal pembiayaan menjadi RM120,000. Kekalkan bayaran bulanan yang sama RM710 . Pembiayaan tersebut akan habis dalam tempoh 269 bulan atau 151 bulan lebih awal daripada tempoh asal 420 bulan @ 35 tahun.
Kesimpulan: pembiayaan rumah akan tamat dalam tempoh 269 bulan.
CARA 2
➖➖➖
Pembiayaan RM150,000, instalment bulanan RM710. Kekalkan RM30,000 dalam akaun EPF AC 2 dengan ilustrasi dividen compound setahun 6%, dalam tempoh 240 bulan @ 20 tahun , menghasilkan RM96,000.
Baki pembiayaan rumah selepas 240 bulan @ 20 tahun = RM93,000.
Gunakan cash yang ada dalam EPF AC 2 tersebut untuk buat full settlement rumah.
Kesimpulan: pembiayaan rumah akan tamat dalam tempoh 240 bulan + RM3,000
__________________________________________
Perbezaan antara keduanya (29 bulan x RM710) + RM3,000 = RM23,590
Jimat = RM23,590✔️
Result = CARA 2 adalah lebih baik daripada CARA 1
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* formula ini tidak terpakai untuk mereka yang menggunakan EPF AC 2 untuk bayaran bulanan atas sebab mengurangkan komitmen bulanan.
* Tiada masalah untuk yang mahu membuat penyelesaian terus (Full Settlement) pembiayaan rumah menggunakan EPF AC 2.
* Formula ini tidak terpakai untuk Profit rate pembiayaan rumah yang lebih tinggi dari dividen tahunan EPF.
* Formula ini tidak terpakai jika mengurangkan baki pembiayaan menggunakan cash kerana cash mudah cair berbanding EPF AC 2. Daripada habis begitu sahaja, lebih baik bayar kepada principal rumah. Cash tersebut.
* Kepada yang mahu guna juga EPF AC 2 untuk pengurangan baki, pon boleh, still jimat , cuma kaedah ini bukan memberi kesan impak maksima kepada penggunaan faedah @ kemudahan AC 2 EPF.
Dialog seorang rakan berbangsa cina: “I tak mau keluar EPF AC 2 untuk kurangkan baki loan rumah sebab EPF punya dividen lagi tinggi dari interest rumah ma. Baik I biar duit tu dalam EPF, I akan kasi guna kalau satu hari I ada problem mau bayar instalment rumah. Tapi kalau ada duit lebih I kasi campak bayar principal rumah sebab kalau I simpan kat Fix Deposit cuma dapat 3% ajer, Baik I bayar rumah jimat 4.5% . Tapi kalau I macam u orang Bumiputera, banyak untung Boleh masuk ASB dapat dividen lebih 7% , I sendiri tak mau bayar extra pada rumah , Baik I simpan kat ASB. Rumah kalau mati MRTA cover ma. Apa mau risau”. Kalau dah pencen nanti pon belum tentu I kasi keluar dari EPF sebab EPF punya dividen lagi banyak dari simpan sama bank “.
Bukan semua benda kita boleh ikut, tapi apa yang dikatakan, ada juga kebenarannya.
Bagaimanapon , membayar hutang dengan cepat itu digalak & dianjurkan dalam Islam . Cuma kita perlu fikirkan langkah yang terbaik supaya ia berlaku lebih pantas.