Selain cili padi, ada juga antara kita gemarkan jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng, Char Kue Tiaw mahu pun Mi Goreng.
Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurna.
Admin kongsikan cara buat nya, mudah tapi sedap. Inilah cara yang dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin.
Jeruk Cili Rangup Sedap Tahan Lama
1. Petik cili kat tepi rumah, cuci dan keringkan.
2. Guna botol kaca 250ml atau 300ml.
3. Isikan 1/4 cuka makan, 1/4 air panas mendidih, 3 sudu makan gula dan 1 sudu teh garam.
4. Kacau dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Penuhkan botol dengan cili.
6. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
7. Guna untuk masak tumis, buat sambal belacan dan sebagai ulam.
Selamat mencuba.
Kredit: Lebai Kudin
Bila Isteri Dah Start Berdiet, En Suami Pun Boleh Nak Kurus Dengan Minum Jus Je. Mudah & Berkesan!
Bila isteri sudah berdiet dan nampak perubahannya tentu mahu juga dipraktiskan kepada suami agar sama-sama bukan sahaja kurus malah sihat.
Atas sebab ini juga, seorang isteri ini melancarkan misi kurus buat suami dengan pengawalan diet yang cukup mudah. Malah menurutnya juga lebih menjimatkan.
Ketahui lanjut usaha yang dilakukan dan bolehlah diamalkan.
Misi Kurus untuk encik suami berjaya. 3 bulan betul-betul fokus.
Kos makan pagi dengan telur rebus MURAH
Kos makan tengahari juga MURAH sebab makan sayur je, nasi pon separuh je..
Kos nak buat sup kurus MURAH
Juice ni optional untuk yang nak continue gaya hidup sihat.. tiada paksaan.. minum juice + air kosong banyak sebab nak sehat tu penting.. less kan consume DAGING.. banyakkan sayur dalam masakan harian.. Seeloknya minum juice atau makan terus fruits..di awal pagi untuk kesihatan.. boleh baca artikel Dr.Noordin Darus mengenai cara elak & kawal penyakit diabetic aka kencing manis..dengan cara makan fruits awal pagi…
Pagi : Juice + Telur rebus ( rebus 4-5 minit sahaja )
( skali makan 3 biji )
Tengahari : Nasi 1/2 cawan + Sayur + Ulam @ fruits ( less makanan berminyak @ Goreng )
Malam : #SUPKURUS sebelum maghrib dah makan @ Lepas jam 6pm Hanya Minum Air atau juice sahaja..
Nota Penting : Sentiasa Apply Intermittent Fasting sepanjang 3 bulan proses nak selim ni..
Result:
Januari 89kg
March 82kg
7kg turun!!!!! Alhamdulillah…
Misi : Raya ni nak cuba 77kg.. so 5kg lagi.. chaiyok2.. bulan puasa lagi senang nak selim…
En suami memang susah nak turunkan berat badan.. tapi bila dia apply cara saya diet selama ni untuk maintain berat badan tak naik lepas bersalin..( orang pompuan bukan senang nak maintain kurus lepas bersalin tau.. walaupon zaman muda-muda dia kurus macam lidi ) Dia BERJAYA!!!!!.. ingat lagi resepi #SUPKURUS yg viral Januari haritu? + #SOFTBOILEDEGGwtVEGE + #BANANAOATMEAL + Combine dengan intermittent fasting memang akan nampak kesannya khas untuk individu yang metabolisma rendah..
Bulan April ni dah start dengan cara #FRESHJUICE Uols disarankan ada juicer kat rumah.. kami pengguna tegar produk #PhilipsMalaysia.. nanti zt snap pic philips juicer ni..
( Model : HR 1922 ) highly recommended.. laju.. dapat 90% juice dari fruits.. Stage ni bila berat badan dah turun.. uols kena teruskan dengan sup kurus + intermittent fasting + exercise dan tambah lagi 1 benda baru dalam proses kurus ni.. MINUM JUICE!!!! Yesss fresh juice bukan yang kotak tu ya…
April mission saya untuk bantu flat kan tummy en suami.. berat badan dah turun.. so lemak-lemak kena kasi flat jugak… Semua ni sangat membantu… Dari XL sekarang dah L.. saya cakap tak perlu jadi M.. L pon ok … M tak sesuai untuk Bapak Budak..ahaks…
Nanti uols boleh review video juicer brand Philips ni.. zt ada letak Kat wall fb zt ya…
Nota PENTING: Juice selain bagus untuk diet.. digestion + juga bagus untuk kulit.. so 3 in 1 dapat.. KURUS + SIHAT + CANTEK!!! Tak nak ke????
Pilihan juice yang sedap uols Google je..nanti buat ya…Zt selalunya buat juice ni kat rumah..
Carrot
Kiwi
Oren
Dragon fruit
Tembikai
Carrot mix Oren mix manggo
Celery mix carrot
Tomato Honey Cherry
Pssttt ramai tegur en suami dah selim…. So menjadi la ye???
Sumber : Khairuzetti Zaini Collections via MAHN
“Jual Benda Bukan keperluan Demi Rumah.” Hasil Simpan 10 Tahun & Jual Empat Motorsikal, Achey Berjaya Miliki Rumah 3 Tingkat!
Usaha tangga kejayaan, tidak ada benda yang datang bergolek andai tidak diiringi dengan usaha yang gigih. Bak kata pepatah, sedikit lama-lama jadi bukit.
Demikian dengan pelawak terkenal Achey yang baru-baru ini berjaya memiliki sebuah rumah selepas 10 tahun menanti.
Berkat usaha gigih dan tidak kenal erti putus asa serta mahu membahagiakan keluarga, akhirnya impian pelawak ini twercapai.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Achey berkata, dia menyimpan wang selama 10 tahun, dan untuk mencukupkan baki mendapatkan wang tersebut dia terpaksa menjual empat buah motorsikalnya.
Wang simpanan
Menurut Achey, dia dan isteri menggunakan wang simpanan untuk membeli kediaman itu dan dijangka berpindah selepas Hari Raya Aidiladha ini.
Jumaat yang indah… tibalah masa saya bagi teaser gambar2 yang korang nak tau sgt rumah baru saya …
10tahun dik bukan tahun yang sikit untuk fokus kumpul duit.. jual benda yang bukan keperluan..untuk dapatkan rumah impian
.
.
Yang pastinya korang mesti nak tau siapa yang buat rumah saya ni ka?…
View this post on InstagramA post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.
Sumber : Achey
“Saya Sayang Awak. Abi Tahan Air Mata.” Sertai Misi Bantuan Ke Sabah, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Suami & Anak!
pelakon dan juga usahawan, Ardell Aryana, dikhabarkan akan pergi ke negeri itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Dalam perkongsian suaminya menerusi laman instagram, Nadzmi Adhwa memuat naik video saat Ardell mengucapkan selamat tinggal sebelum berangkat ke Sabah.
Nadzmi menerusi perkongsian itu memohon doa daripada orang ramai agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang berada di Sabah.
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang 🤲🏻 Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu. Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu ❤️🤲🏻 Saya sayang awak 😘 Abi tahan airmata tadi 🤣
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut mendoakan semoga Ardell dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Sumber : nadzmiadhwa