Aktiviti drill atau tebuk lubang pasti akan membuatkan habuk berterbangan dan setiap kali selesai buat kerja , kena pula menyapu lantai kan. Bagi anda yang nak kurangkan masalah habuk memenuhi lantai, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Hong Guan. Caranya cukup mudah dan tak banyak modal, hanya gunakan kertas A4 dan masking tape sahaja.
Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat2 dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
“Lapar Katanya.” Wanita Ni Kongsi Insiden Anak Saudara Main “Phone” & ‘Pesan’ Makanan Lebih RM1,800!
Dengan perkembangan teknologi kini, segalanya boleh didadapti hanya di hujung jari sahaja. Cukup mudah dan menjimatkan masa. Namun, jika tidak dikawal boleh mengundang masalah pada pengguna.
Demikian yang dikongsikan oleh seorang wanita bila mana anak saudaranya yang masih kecil lagi ‘memesan’ pelbagai makanan menerusi aplikasi Foodpanda.
Apa yang memeranjatkan wanita ini adalah jumlah yang perlu dibayar ‘bukan biasa-biasa’.
Kisah ini dikongsikan oleh Cik Miya Azira menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini?.
Walaupun lucu, tapi peringatan buat ibu bapa juga ni agar anak-anak tidak sewenang-wenangnya menggunakan aplikasi di dalam telefon tanpa kebenaran atau pengetahuan orang tua.
Alkisah last week punya cerita. Anak sedara sy, main handphone sy, then die order food panda! Order dari restoran mahal! Nasib baik food panda apps dlm phone bukan auto order. Kalau x, RM1800++ makanan sapai kat rumah. Berderau jantung tacik dia…nasib baik anak sedara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza.
Edited : pesanan utk ibu bapa sekalian..hati hati dgn anak vs apps food panda..ada yg cod je..hehehe.
Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Untuk Ibu-Ibu Tampal Lencana Sekolah Anak. Wow, Mudahnya!
Lagi beberapa hari, sesi persekolahan bakal bermula. Inilah masanya ibu-ibu membuat persiapan terakhir melengkapkan keperluan anak-anak.
Bagi yang kena tampal lencana di baju sekolah anak, memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Perkongsian daripada Facebook Puan Akmar Laily Omar ini mungkin bileh membantu.
Beliau mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!
Lengkap Sepasang, Mawar Rashid & Suami Bakal Timang Anak Perempuan. Sudah Siapkan Nama. Tahniah!
Pasangan sama cantik sama padan, Mawar Rashid dan suami Raf Yaakob mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Mawar menerusi satu video di saluran Youtube.
Video yang berdurasi 4 minit itu dibuat dalam satu majlis ‘gender reveal’ oleh pasangan ini yang turut dihadiri ahli keluarga dan juga rakan terdekat.
Dalam video tersebut, Mawar dan suami meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu sekali gus menjawab persoalan jantina bayi yang sedang dalam kandungan Mawar.
Menjawab persoalan peminatnya yang bertanyakan mengenai nama bayi di dalam kandungan, Mawar mengakui sudah mempunyai nama tetapi belum mahu mengumumkan.
Rata-rata memberikan ucapan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Mawar sehingga melahirkan bayinya kelak.
Sumber: mawarashid