Momen paling indah dalam hidup seorang wanita adalah apabila diri disahkan mengandung dan bakal melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Lengkap sudah fitrah hidup bagi seorang wanita apabila lahirnya si kecil tanda kasih dan sayang, sekali gus melengkapkan syurga kecil suami isteri.
Dalam menantikan si kecil ini, pasti isteri paling berdebar menantikan saat-saat untuk melahirkan. Pelbagai persediaan dilakukan. Namun, bukan hanya isteri, sang suami juga kena sama-sama memberi semangat dan berada di sisi suami kerana waktu inilah isteri amat memerlukan anda.
Sementara menantikan isteri melahirkan zuriat anda, suami mestilah mengamalkan bacaan doa untuk isteri yang sedang bertarung nyawa di wad bersalin. Ini sedeikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan. Saudara Haris Darus berkongsi beberapa surah yang boleh para suami amalkan untuk memudahkan isteri bersalin.
10 April adalah ulangtahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke karma bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan wabak-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar karma bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri.
Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.