Lelaki Ni Kongsi Projek DIY Make Up Tandas Atasi Masalah Lantai Licin, Tutup Lubang Mozek. Memang Cantik!

Share

DIY tandas yang mudah dan semua orang boleh buat sendiri di rumah. Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak mana kan daripada uah orang.

Tapi hasilnya tetap mengagumkan! Jom tengok cara yang dkongsikan oleh saudara Mohd Taufik Abdullah.

Projek Make up Tandas DIY.

Sebelum dan selepas.

Tahun lepas upah tukang pasang epoxy layer di tandas kena charge RM9++ ( 4 layers, ada corak, professional work). Tahun ini musim PKP, ternampak iklan Epoxy Paint DIY di Shoppee dengan harga lebih marhaen. Terus beli dan cuba.

Antara tujuan epoxy:
1. Tutup lubang celah2 mozek. (port laluan lipan/cacing kecil )
2. Kurangkan licin mozek lama.
3. Cantik kan.
4. Untuk tandas tingkat 2, kalau kena caranya boleh selesaikan masalah lantai bocor, rosakkan wall tingkat bawah.

Kronologi boleh rujuk gambar.

Antara penjual di Shoppee. Penjual ini bagus rating dan lengkap perkhidmatannya. Boleh pilih warna pilihan. Jangan salah warna pula, haru nanti.
Bungkusan yang dipos.
Barang-barang yang ada di dalam kotak. Lengkap kelengkapan untuk DIY. Terbaik.
Kertas arahan. Fahami dan i
kut urutan.
Bersihkan tandas dan keringkan dahulu sebelum proses mengecat bermula.
Pakai tape biru yang dibekalkan. Untuk bahagian yang tak nak di cat. Nampak celah mozek yang ketara lubangnya.
Hasil bancuhan pertama. Perkakas yang terlibat dengan bancuhan ini memang pakai buang 😅
Proses layer bancuhan pertama. Memang likat! Meletihkan dan memang kena sabar. Rancang langkah-langkah tapak kaki anda hahaha. Untuk tandas yang kecil, disarankan buat 2 layer terus. There is no coming back 🤣 layer cepat keras.
Saya korbankan sudu untuk proses target lebihkan cat di celah mozek yang kritikal.
Saya korbankan sudu untuk proses target lebihkan cat di celah mozek yang kritikal.
Hasil esok nya. Memang keras dan lubang tertutup.
Bancuhan kedua.
Proses cat layer kedua. Kurang likat berbanding semalam. Juga boleh buat 2,3 layer terus. Banyak lebih berbanding semalam. (Bergantung kepada keluasan tandas)
Siap! Tanggalkan tape biru. Awal-awal cat yang digunakan memang kuat baunya.