Bila ada yang menanam serai serumpun dua di halaman rumah atau sepasu dua, tujuannya lain tidak bukan adalah untuk memudahkan boleh diambil pada bila-bila masa setiap kali ingin menggunakan serai sebagai bahan dalam masakan.
Memandangkan serai juga menjadi antara bahan wajib ada untuk kebayakan masakan harian yang kita sediakan untuk hidangan keluarga. Jadi dapat juga berjimat jika ada serumpun dua pokok serai, tidaklah perlu membeli lagi!
Jadi kalau boleh bila menanam serai, memang berharap akan cepat besar dan hidup subur. Oleh itu, apa kata anda baca perkongsian daripada Cikgu Mohd Amri yang cukup dikenali dikalangan peminat tanaman. Menurutnya, ada petua orang dulu-dulu guna untuk tanam serai bagi memastikan serai cepat membesar. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
TIPS RINGKAS TANAM SERAI DI DALAM PASU
Serai ini merupakan “senjata” utama bagi kaum wanita sewaktu berada di dapur. Kalau takda serai, rasa bagi sesuatu masakan tu tak best. Setuju ke?
Setiap kali beli di kedai atau pasar, balik-balik nanti kering dan kecut. Apa kata kali ini, sahabat beli lebih sedikit untuk masak dan cuba tanam sendiri. Cukup sekadar satu pasu pun dah ok sangat untuk kegunaan sendiri.
Antara tips yang saya boleh kongsi ialah;
PERINGKAT SEMAIAN, TANAM DAN BAJA
1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong. Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaanya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari.
2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah. Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar.
3. Kedalaman tanam ke tanah tidak perlu dalam. Sekadar menutup akar dan tidak perlu sampai menutup perut serai.
4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali. Sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru.
5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggi sekali sama ada menggunakan baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing, baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau baja berbentuk cecair seperti baja ab.
6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam mac haritu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi.
PERINGKAT KAWALAN SERANGGA
1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat. Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya.
2. Selain itu, dalam 3-4 bulan sekali saya akan buat pemangkasan daub secara “ringan”bertujuan memastikan cahaya matahari sampai ke tengah rumpun. Ianya bagi mengelakkan rumpun serai terlalu lembab disebabkan daunnya terlalu lebat sehingga menutup pangkal. Apabila pangkal terlindung dari cahaya matahari, pokok mudah menjadi lembab dan serangga seperti pengorek batang menyerang dan bena putih boleh bersarang.
Itu sahaja perkongsian ringkas tentang semaian, tanaman, pembajaan, dan penjagaan pokok serai. Diharap dapat membantu sahabat diluar sana.
Sumber : Mohd Amri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club