
Perkongsian yang menarik dari saudara Muzamri Almuktahari bagaimana cara paling mudah nak memastikan bungkusan yang sampai diletakkan dalam bekas yang selamat.
Jadi tak perlu untuk kita bersua dengan rider, ini cara simple untuk kita sentiasa stay safe.
Sajalah nak sharing sikit bab penghantaran bungkusan yg sampai ke rumah kita ni kan.
Sekarang ni kita banyak beli makanan secara online, foodpanda la, grab food la, halo ka. beli brg kat shopee la, lazada la, COD pon hado.
Sangkut je bakul plastik kat pagar, ikat dgn cable tie. Klu barang sampai, parcel sampai ka, bior je kat situ dulu bior kena panas ke apa. Moga2 kita ‘stay safe’ selalu.
Kredit : Muzamri Almuktahari
Cara Bancuh Adunan Lempeng Supaya Lebih Gebu, Lembut & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Tip!

Lempeng atau nama modennya crepe memang menjadi kesukaan ramai. Nak nak lagi dengan kelembutan dan rasanya yang sedap apabila dicicah dengan kari mahupun sambal.
Caranya yang mudah dan cepat pula tu menjadikan ia salah satu menu sesuai dihidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sendiri lempeng untuk hidangan seisi keluarga, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail . Cukup mudah dan yang penting lembut. Patutlah ayahnya cukup menggemari menu satu ini.
“Sedapnya lempeng ni Na. Lembuttt je. Betul sedap!”
“Ayah suka ke, lain kali Na buat lagi ya”
Haa kalau ayah kata suka tu memang betul dia suka dan sedap la pada dia. Sebab ayah agak memilih bab makan nih.
Kalau tanya nak makan apa, jawapannya nak yang lembut, tak pedas dan kenyang. Apakah bentuk menunya? Hahhh tu tugas kita la yang nak mikirnya 😅
Maka menu ni dah masuk resepi feveret kak M sebab senang nak buat, sedap dan semua orang kat rumah suka. Matching kan plak dengan sambal sardine perghhh memang sedap.
Untuk breakfast sesuai, untuk dinner pun sesuai sangat.
Resepinya taraaaa…tengok kat bawah ya. Kak M namakan lempeng cair sebab bancuhannya cair je hehehe.
LEMPENG CAIR
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 atau 2 telur (kak M letak 2 biji, tapi rasanya 1 biji pun dah cukup)
Sikit garam
2 sudu minyak
Sikit minyak lagi untuk sapu kuali
Cara membuat:
1. Blendkan semua bahan tu hingga berkrim
2. Kalau guna guna kuali biasa sapu sikit minyak dan dadarkan bancuhan sesenduk demi sesenduk .
3 . Tapi kalau guna pan, just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama.
4. Buat sampai habis dan boleh hidangkan dengan sambal sardine atau kari.
Tips:
Nak dapatkan Lempeng aka crepe yang lembut, lepas dah blend adunan biarkan selama 1/2 jam sebelum masak supaya tepung dapat kembang bersama dengan cairan dan lempeng akan jadi lembut.
Selain dari cicah dengan sambal sardin atau kari, boleh juga buat lempeng aka crepe ni sebagai dessert. Isi inti cream dan berry kat dalam sebelum lipat. Pun sedapp!
https://www.facebook.com/marina.ismailCQ/videos/10157797673173729/
Cara Buat Empat Resipi Berbeza Hanya Guna Satu Adunan, Cukup Mudah. Tak Perlu Pakai Penimbang, Begini Caranya!

Nak menyediakan hidangan untuk keluarga yang berbeza selera tak susah pun. Istimewanya resipi ini menggunakan satu adunan sahaja tetapi dapat buat empat resipi berbeza. Antaranya Donut, asas pizza, , burger Malaysia bun dan sebagainya.
Sukatan untuk resipi ini juga cukup mudah tak payah nak pakai penimbang. Jadi, selain untuk hidangan seisi keluarga, boleh juga menjana pendapatan dengan buat jualan . Boleh lah tambah duit poket sendiri kan.
Jim lihat bagaimana cara yang dikongsikan oleh Aida Ida Kedah
Saya cuma nk kongsi dgn shbt2 group nie resepi 4 in 1 cara saya..guna 1 adunan,adunan yg sama boleh mempelbagai jns bun ,base pizza,donat, burger malaysia dan lain2.sukatan mudah x pakai penimbang..duk sj kt rumah sambil jaga ank kecil boleh buat jualan habuan duit poket sendiri.😍😍
Resepi doh.
Gula -2 sdm
Yis kering -1sdm
Kuning telur – 2 biji
Air suam -1 cwn kopi
1. Gula+air suam kacau2 hingga larut baru masukkan yis kering hingga naik buih,baru masukkan kuning telur kacau2 sebati. Kemudian tepikan.
Tepung high protein- 4cwn kopi
Butter @ marjerin- 2sdm
Bread softener(sy pakai jenis krim)- 1 sdm
Garam-1sdt
Susu tepung full krim- 2 sdm
2. Campur semua bahan- bahan di ats gaul2 sehingga menjadi serbuk roti.kemudian masukkan campuran yis td.gaul sampai x lekat kt tgn dan uli sehingga elastik.dan ketepikan biar doh kembang 2x ganda.dah kembang tumbuk2 doh keluarkan angin.timbang dan bentukkan apa kita nk buat sama ada base pizza,bun,donat dan sebagainya.
Tip:
kalau lembik tambah tepung sikit2 jea..( sy uli pakai tgn jea)..kdg2 mls senaman tgn,uli pakai falcon mixer.selamat mencuba.😊😊
Walau Pernah Dibuang Universiti, Tetap Teruskan Perjuangan Hingga Kini Bergelar Profesor Madya!

Kegagalan itu adalah permulaan kepada sebuah kejayaan. Mungkin ada yang setuju atau sebaliknya. Namun andai dilihat pada nama-nama besar di dunia ini, ramai antara mereka sebelum mencapai kejayaan tersebut, pernah lalui banyak kegagalan dalam hidup. Antaranya perjalanan hidup yang dilalui oleh William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy. Kesukaran dan rintangan yang dilalui, akhirnya menjadikan diri mereka orang yang luar biasa hebat.
Dan ini satu lagi kisah menarik perjalanan seorang anak Melayu yang juga pernah gagal dalam pelajaran. Namun siapa sanga kini insan ini berjaya mencipta kejayaan di dalam bidang pendidikan. Jom ikuti perkongsian hidupnya, semoga dapat menyuntik inspirasi buat anak-anak kita untuk terus memajukan diri dan diharapkan tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari ilmu.
THE STORY OF MY LIFE.
Alhamdullilah, telah genap tempoh 2 tahun semenjak kisah latar belakang akademikku menjadi viral di media-media sosial. Posting asal tu kini telah mendapat lebih daripada 38k likes dan 42k shares.
Masih lagi ku teringat, ketika hendak berkongsikan nukilanku itu, jam telah menunjukkan pukul 3.30 pagi pada 18 haribulan November 2016. Ketika itu, saya baru sahaja selesai menyemak satu tesis Sarjana, yang mana saya akan menjadi pemeriksa dalaman bagi calon tersebut.
Kebetulan pula, tarikh tersebut adalah sehari selepas tarikh keputusan peperiksaan UPSR 2016 telah diumumkan. Ketika melayari FB, saya mendapati sebilangan pengguna FB berkongsi tentang keputusan UPSR yang mana, bilangan calon yang memperolehi keseluruhan bilangan A bagi semua subjek adalah sangat berkurangan berbanding dengan keputusan UPSR pada tahun sebelum itu.
Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsikan kisah latarbelakang akademikku yang tidak cemerlang, malah pernah dibuang universiti, tetapi dengan azam dan semangat yang tidak pernah berputus asa boleh mencapai keputusan yang cemerlang, Insya-Allah…

Saya rasa terpanggil untuk berkongsikan kisah pengalaman belajar saya terdahulu. Ramai dikalangan pelajar saya sendiri di universiti ini menyangkakan bahawa saya adalah seorang yang cemerlang sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi realitinya adalah tidak.
Buat permulaan, keputusan UPSR saya adalah baik, di mana saya memperolehi 2A dan 2C. Selepas itu, prestasi akademik terus merundum, disebabkan oleh sifat malas belajar yang ada pada diri saya. Untuk keputusan PMR, saya hanya mendapat 2A sahaja dan C bagi subjek Matematik, sekaligus meranapkan impian saya untuk memasuki aliran Sains.
Dengan berat hatinya, saya meneruskan belajar di aliran Perakaunan. Tetapi nasib menyebelahi saya tidak lama selepas itu, di mana pihak sekolah membuka peluang kepada pelajar aliran lain yang ingin bertukar ke aliran Sains. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pelajar aliran Sains di sekolah saya. Setelah berjumpa dengan Guru Besar untuk menyatakan hasrat saya untuk bertukar aliran, beliau pada mulanya tidak bersetuju untuk saya mengikuti aliran Sains disebabkan oleh faktor keputusan PMR yang tidak memberangsangkan. Saya bersungguh-sungguh berjanji kepadanya untuk belajar sebaik mungkin dan akhirnya beliau bersetuju untuk membenarkan saya memasuki aliran Sains.
Sebaik mengikuti aliran Sains, saya telah merasakan bahawa saya telah membuat satu keputusan yang silap, di mana subjek-subjek Sains Tulen yang saya ambil adalah terlalu sukar untuk saya ikuti. Ditambah pula dengan subjek Metamatik Tambahan yang dianggap sebagai ‘killer subject’ oleh semua pelajar aliran Sains. Setiap kali peperiksaan tahunan, saya akan mendapat antara keputusan yang tercorot di dalam kelas dan ini mengundang perasaan risau kepada cikgu tingkatan saya (untuk subjek Matematik Tambahan, sekalipun tak pernah lulus).
Akhirnya, apabila keputusan SPM sebenar telah diumumkan, keputusan yang diperolehi adalah sangat teruk (tiada satu A pun yang telah saya perolehi jika mengikut kepada sistem penggredan SPM terkini). Cikgu tingkatan yang menyerahkan slip keputusan tersebut menyatakan bahawa saya memang tiada masa hadapan yang cerah disebabkan oleh sikap saya yang tidak mahu berubah langsung dan di dalam hati saya mengakui akan pendapatnya.
Selepas itu, saya cuba untuk mohon sambung belajar di pelbagai institusi, malangnya semua telah ditolak. Maka bermulalah episod saya sebagai seorang operator pengeluaran di kilang Denso di Bangi. Selepas 6 bulan, saya telah bertukar kerja sebagai pembantu jualan pula di farmasi Guardian, Kajang.
Tidak lama selepas itu, saya mendapat maklumat bahawa bagi sesiapa yang tidak cemerlang semasa SPM, boleh menyambung belajar di peringkat Pra-Sains di UiTM. Kursus Pra-Sains ini akan menggilap kembali pengetahuan subjek-subjek Sains Tulen sebelum diterima masuk ke program Diploma UiTM. Jika berjaya memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas bagi semester pertama kursus Pra-Sains, layak untuk mengikuti program-program Diploma di UiTM. Tetapi jika CGPA kurang dari 3.00, maka terpaksa mengikuti semester kedua kursus Pra-Sains.
Alhamdullilah, saya telah diterima masuk ke program ini di UiTM Jengka, Pahang. Malangnya, CGPA bagi semester pertama saya adalah 1.92 dan saya telah mendapat keputusan Gagal dan Diberhentikan. Apabila membaca keputusan tersebut, terus rasa dunia saya gelap gelita. Maka, saya kembali membuat kerja sambilan selepas itu.
Ibubapa pun berasa sangat kecewa dan berputus asa dengan saya. Tetapi selang seminggu selepas itu, ibu saya telah mendapat satu panggilan dari pihak UiTM Jengka yang memaklumkan bahawa mereka ingin membenarkan saya untuk mengikuti pengajian semetser kedua Kursus Pra-Sains, memandangkan CGPA saya adalah kurang sedikit sahaja di bawah 2.00 Mendengar berita ini, saya telah berjanji di hadapan ibubapa saya untuk benar-benar berubah dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang lepas.
Oleh itu, saya telah mengikuti semester kedua tersebut dan Alhamdullilah saya telah memperolehi GPA 3.25 Banyak perubahan yang telah saya lakukan, seperti rajin berjumpa dengan pensyarah, banyak mengulangkaji, mencari maklumat di perpustakaan dan menyertai ‘study group’.
Semenjak itu, saya tidak lagi menoleh ke belakang dan mengekalkan momentum tersebut. Saya sambung pula pengajian di peringkat Diploma Kimia Perindustrian di UiTM Arau, Perlis.
Selepas itu, saya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia dan telah berjaya menjadi pelajar pertama yang memperolehi keputusan Kelas Pertama bagi fakulti tersebut (pinjaman PTPTN tak perlu bayar balik).
Kemudian mengikuti Masters di dalam bidang Biochemical Engineering (by Coursework) di School of Chemical Engineering, University of Birmingham, UK dan setelah menjadi antara 2 pelajar terbaik bagi program tersebut, terus ditawarkan tempat untuk pengajian PhD di dalam bidang Chemical Engineering oleh universiti yang sama. Alhamdullilah, telah menamatkan pengajian PhD di dalam tempoh 4 tahun dan tesis telah dicalonkan untuk anugerah Tesis Terbaik.
Jadi, tidak mustahil jika kita tidak berjaya pada masa kini, kita tidak boleh berjaya di kemudian hari. Yang paling penting adalah belajar dari kegagalan yang lalu dan jangan sekali-kali berputus asa. Insya-Allah kalau saya boleh berjaya, anda semua pun pasti boleh melakukannya. Saya berpegang teguh dengan maksud Al-Quran, Surah ar-R’ad (ayat 11) yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”. Alhamdullilah, sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu di atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku selama ini, Amin. Akhir kata, jangan pernah mempersiakan peluang yang telah diberikan kepada kita, mungkin kita tidak akan merasai peluang kedua.
Coretan jujur penulis yang suatu ketika dahulu pernah tidak diberikan apa-apa harapan oleh sesiapapun.
Ikhlas,
Prof. Madya Dr. Midhat Nabil (AMIChemE)
p/s: Terima kasih tak terhingga kepada UiTM kerana menjadikan saya sebagaimana hari ini dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kerana tempatku mencari rezeki, Syukur…
sumber :Midhat Nabil