Lelaki Ni Kongsi Cara Halau Serangga Perosak Tanaman Guna Ubat Gegat. Letak Dalam Botol & Gantung!

Share

Serangga perosak sering membuatkan pekebun pening kepala . Habis tanaman atau pokok bunga rosak.

Pelbagai petua dikongsikan  bagi mengatasi masalah serangan serangga perosak. Menerusi page Berkebun D Rumah saudara Azmi Amin  berkongsi petua mudah dengan menggunakan ubat gegat.

Telur burung ke?🤔.. bukanlah, ubat gegat..Ubat gegat?🤔 Ye, ubat gegat..Ubat gegat yang letak dalam almari baju atau tandas tu ke?🤔..ye lah, yang tu lah.

Kenapa letak dalam botol, pas tu gantung kat kebun pulak?🤔

Ceritanya macam ni, baru ni, saya ada posting article tentang asap bekas telur untuk halau serangga dalam group ni..So?🤔

Ada ramai yang komen dan share, tapi ada satu komen yang mencabar paradigma saya hingga teranjak untuk saya mencubanya.

Komen sahabat FB saya tu, katanya, ada kebun di Siam yg guna ubat gegat untuk halau serangga perosak tanaman, jadi tergerak hati dan fikiran saya untuk mengimplimentasikan nya di kebun saya.

Hakikat nya, ubat gegat itu dicipta untuk menghalau serangga di rumah, bermakna serangga di luar pun ia boleh halau juga la…logik kan?

Apa-apapun, saya kena cuba dulu dan kos nya tak mahal sangat, macam Opah saya selalu cakap..

“there’s no harm to try”

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!