
Bab hanger atau penyangkut baju selalu hilang sering di alami oleh ibu-ibu. Setiap kali beli yang baru, pasti tidak cukup. Pening kepala dibuatnya kan.
Bagi atasi masalah ini, ibu-ibu boleh cuba cara yang dikongsikan saudara Mohd Azrin Roselan ini.

Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.
Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.
Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.

Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
2. Gam paip PVC
Kos upah: Air Sirap.







Sila LIKE dan SHARE
AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ada Orang Bahagia Masak Pada Suami Dan Anak, Hidang Cantik-Cantik.” Ustazah Noor Laila Aniza Senarai 7 Jenis Bahagia, Warganet Luah Rasa Syukur.

Lumrah seorang manusia sentiasa menginginkan sesuatu yang baik dan bahagia dalam kehidupannya.
Kebahagiaan adalah pilihan kita sendiri, kita yang mencorakkan lukisan kebahagiaan dalam hidup kita bukan dengan membanding kebahagiaan orang lain yang Allah kurniakan.
Imam al-Ghazali berkata: Bahagia adalah ketika di mana manusia berada dalam satu puncak ketaqwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT. (Ihya’ Ulum al-Din, 3/8).
Nyata, bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang?
Sebagaimana perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini. Moga kita terus muhasabah diri.
Bahagia Orang Berbeza-beza
1.Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing2 tepi jalan. Tak cukup dgn tu, kucing2 yg sakit dirawatnya & dijaga penuh kasih sayang.
2.Ada orang bahagia bila siap masak pada suami @ anak2 je hidang cantik2 pastu tangkap gambar utk kenangan. Satu kepuasan yg tak dpt diungkap dgn kata2.
3.Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak2 yatim, rasa puas boleh lihat anak2 syurga gembira. Kasih & sayang tu tak semua orang boleh merasa.
4.Ada orang bahagia dapat belikan anak2 pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yg lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
5.Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yg susah dapat merasa & memiliki. Tanda syukur dgn rezeki yg Allah bagi.
6.Ada orang bahagia dapat solat berjemaah & mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia @ waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
7.Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa & zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda2 tak baik, bercakap keburukan orang @ pun nk mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dgn zikir.
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa & sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dgn ujian kecil @ berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yg baik2 tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri & orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dgn semua orang & sayangi semua orang.
Moga Allah sayang & kebaikan yg bahagiakn kita tu asbab utk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Sumber: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Tak Pernah Terfikir Benda Kecik Ni Boleh Bahaya.” Lelaki Ini Tunjuk 4 Aksesori Kereta Yang Bahaya Boleh Menyebabkan Kemalangan.

Sewaktu kita memandu kereta mahupun menunggang motosikal di jalan raya, haruslah kita berwaspada kerana malang tak berbau. Kemalangan yang terjadi di tanpa kita duga.
Sehubungan itu, untuk mengelak daripada berlaku kita perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu. Namun dalam pada itu siapa sangka, aksesori kereta juga penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh lelaki ini di TikTik Adrian Chiaaa dari WapCar. Menerusi video beliau berkongsi mengenai jenis-jenis aksesori yang tidak boleh digunakan pada kereta kerana dipercayai membahayakan serta boleh menyebabkan kemalangan.
4 aksesori kereta bahaya.
Menurutnya empat jenis aksesori yang selalu digunakan untuk menghias kereta ialah karpet yang tidak mengikut saiz, dashboard cover, klip tali pinggang dan stiker yang dilekatkan di atas stereng.
Video ini meraih tonton hingga 1.9 Juta serta tanda suka lebih 187 ribu
Seterusnya ikuti video beliau.
Watch on TikTok
Ramai warganet beri pujian, Info berguna.
Sumber: @adrianchiaaa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
“Harga Barang Dan Yuran Pengajian Pun Murah” 9 Tahun Tinggal Di Egypt Lelaki Ini Senarai 43 Perkara ‘Best’ Yang Ramai Tak Tahu.

Egypt atau lebih dikenali dengan nama Mesir adalah antara sebuah negara tamadun terawal di dunia dan mempunyai pelbagai sejarah yang mendalam seperti dinasti pemerintahan firaun,sejarah anbiya dan penyebaran Islam.
Bagi yang beragama Islam pastinya teringin menjejakkan kaki ke sini. Menarik dengan perkongsian lelaki ini yang menyenaraikan lebih 40 sebab kenapa Mesir dikatakan sebuah negera yang menarik.
Ikuti perkongsiannya.
Kalau tanya aku, nak tak pergi Mesir semula? Aku akan jawab : Gila tak nak.
Zaman remaja aku habis kat Mesir. Baik buruk Mesir aku hadap. Tanah kelahiran pula tu.
BENDA YANG BEST DI MESIR:
1. Transport 24 jam. Ikut la waktu mana nak travel kenderaan pasti ada.
2. Duit Mesir lagi murah dari Malaysia.
3. Syurga buah-buahan. Rasalah puas-puas buah di Mesir. Penuhkan peti ais. Anggur sekilo RM4, Strawberi sekilo RM2. Buah peach ada, ruttob, tembikai, oren dan banyak lagi.
4. Servis runner @ grabfood lagi awal diamalkan di Mesir. Beli ayam pun pakai runner. Bagitau je nak berapa kilo, nak potong berapa.
5. Semua walking-distance je. Nak pergi kedai, pasar, kedai makan, coffee shop semua dekat.
6. Kedai buku bersepah-sepah. Nak cari buku eropah kurun ke 14 pun ada lg. Kedai buku bundle pun banyak. Buku ‘Mahathir Mohammad’ paling senang nak jumpa. Buku agama lagi lah banyak, bermacam cetakan, bermacam ilmu baru.
7. Arab Mesir sentiasa membiasakan mulut berzikir dan memberi salam.
8. Kedai-kedai di Mesir sentiasa pasang alunan bacaan al-quran. Tak pelik kalau selalu dengar dalam teksi.
9. Lokasi yang strategik. Nak ke Saudi dan Jordan naik kapal laut je. Nak ke Eropah ‘flight’ 5 jam. Berenang 10 hari sampai Cyprus . Dulu modal LE800 kami jalan sampai Istanbul ikut darat. Waktu tu Syria tak perang lagi
10. Cuaca Mediterranean.
11. Banyak kedai 3asir (jus), pekena air tebu + lemon sejuk waktu musim panas mmg sempoi.
12. Bulan Ramadhan bulan paling meriah. Satu bulan tak masak pun takpe, arab pemurah sangat bagi makan.
13. Solat tarawih satu malam 1 juzuk pun masih ok. Tak rasa penat.
14. Kalau arab dah boleh ajak kau datang rumah dan kenal-kenal dengan keluarga dia, maknanya dia betul-betul senang dengan kau.
15. Arab Mesir sangat penyayang dengan budak-budak. Diorang mmg pandai layan budak. Aku selalu dapat hadiah buah-buahan, pak arab bagi kat anak.
16. Puluhan surau dan masjid kecil untuk menunaikan solat.
17. Banyak kelas talaqqi agama yang hidup di masjid-masjid. Sangat-sangat berguna untuk isi waktu selain pergi kuliah.
18. Coffe house tempat paling chill untuk lepak. Kedai ala-ala bar. Boleh tengok dia bancuh kopi sambil borak2 petang.
19. Banyak aktiviti kesenian dan budaya kebanyakkannya di Cairo dan Alexandria. Banyak pertunjukan teater (masrah).
20. Syurga makanan. Kalau sampai di Mesir, jangan takut untuk cuba makanan disana. Dari ‘street food’ sampai ke fine dining. Dulu aku selalu buat food hunting di Alex. Ada restoran yang duduk dalam celah-celah bangunan, kena tanya local.
21. Kalau nak buat lasik mata, datanglah ke Mesir. Murah ye. Sambil-sambil travel ke Mesir. Adik aku buat dulu RM800 je.
21. Bila musim panas, malamnya seakan tidak berpenghujung. Orang ramai akan keluar bersiar-siar bawa keluarga.
22. Musim panas boleh jalan ke Matrouh Siwa dah dekat dengan Libya. Musim sejuk boleh ke Sinai kearah Palestin dan Saudi.
23. Banyak sangat kesan sejarah, sebab banyak sangat perang tambahan pula penjajah yang pelbagai. Kesan tinggalan Rom, Turki, Perancis dan lain-lain.
24. Alexandria, kota untuk pemancing. Kedai alatan memancing up to date. Sewa bot pun murah. Mancing tebing pun boleh. Ikan belanak banyak
25. Perasaan lain macam kalau masuk kedai runcit arab. Rasa nak beli semua. Packaging jajan dia sangat menarik. Lama tak makan Molto
26. Satu lg, kalau terlambat pergi solat jumaat. Jangan risau kau masih ada peluang untuk solat di masjid lain. Sebab ada masjid dah habis solat jumaat, tp masjid lain masih baca khutbah.
27. Orang arab sangat menghormati tetamu. Bila dia ajak makan kena habiskan.
28. Yuran pengajian murah, waktu aku dulu kalau tak silap RM60 untuk setahun. Duit kitab pun lebih kurang LE250 untuk satu semester. Kalau medik azhar $1000, kalau Uni Alex $8000. Betulkan kalau aku silap.
29. Budaya membaca al-quran dalam kenderaan awam, di taman, tepi jalan adalah perkara biasa. Lagi-lagi bulan puasa.
30. Budaya menghafaz al-quran sejak dari kecil.
31. Mesir tempat sesuai untuk mulakan solo backpacking. Ada berani?
32. Kalau ada peluang pergi kampung arab jangan lepaskan. Banyak benda boleh belajar, paling kurang tunggang himar.
33. Fathirah Coklata adalah makanan paling sedap . Ada je lg makanan yang sedap hehe.
34. Jangan segan nak mintak diskaun. Pujuk sampai dapat.
35. Pasar karat syurga vintage. Nak cari rayban, levis, kamera lama-lama ada, motor BSA pun ada.
36. Kalau nak shopping, pergi Port Said. Banyak barang import turun disitu.
37. Mesir ada banyak pantai yang cantik-cantik. Budak Malaysia banyak ambil lesen scuba diving sebab murah. Kalau tak nak pergi jauh-jauh, mandi di Pantai Syatbie di Alex pun dah ok.
38. Kain cotton Mesir antara yang terbaik di dunia. Ada satu kedai sebelah ARMA. Beli la kain tuala disitu. Banyak lagi kedai tapi itu yang paling ingat.
39. Souq Shafie paling rare. Macam-macam binatang diorang jual. Nak beli buaya pun boleh. Seingat aku budak Malaysia pernah beli, bela dalam akuarium.
40. Bahasa ammi Mesir difahami dunia arab. Aku dah pakai masa di Saudi, Syria, dan Morocco. Semua faham. Yang penting boleh hidup.
41. Nak buat lesen kereta motor murah. Ujian kereta kena buat u-turn je, terus dapat lesen 10 tahun. Kalau tertinggal helmet masa ujian, helmet kontraktor pun boleh. Ujian motor pusing kon je. Tak tau lah sekarang ni macam mana.
42. Belanja barang dapur murah, lagi-lagi sayur-sayuran. Dulu aku selalu beli daging batang pinang sebab murah. Tp kalau beli ayam, diorang akan timbang ayam hidup, lepas timbang baru sembelih. Tapi ada je diorang jual ikut bahagian ayam.
43. Di pasar banyak dijual, arnab, burung merpati, ayam belanda, ayam kampung. Harga telur ayam kampung dan telur biasa kadang2 boleh sama harga. Sebab tu aku selalu beli telur ayam kampung.
Banyak lagi nak isi, nanti aku edit lagi.Ini semua pengalaman yang aku ambil sepanjang 9 tahun di Mesir. 4 tahun menetap di Mansurah dan 5 tahun di Alexandria. Kalau diajak 10 kali untuk ke Mesir aku pasti sebut YA! YA! dan YA!
Jika dicari 100 keburukkan Mesir memang akan jumpa, tapi kau akan jumpa lagi 1000 kebaikkan Mesir. Jangan takut ke Mesir
Sumber: Saiful Islam
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club