Lelaki Ni DIY Panel TV Sorok Wayar Berselirat, Guna Barang Terpakai Je. Jimat & Selamat, Ruang Pun Nampak Kemas!

Share

Ada cara untuk menguruskan wayar yang berselirat ini. Yang penting ruang nampak kemas dan tak sakit mata memandang. Lagi satu dapat elak anak-anak kecil menarik wayar tersebut.

Perkongsian saudara Mazlan Nurul ini boleh dijadikan panduan untuk anda mengatasi masalah wayar berselirat ini.

Wall TV panel bagi menjimatkan ruang. Rujuk post sebelum ini untuk DIY accent wall.Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja.

Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.

Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.
Bahan-bahan yang diperlukan. Sama je macam yang saya post untuk buat accent wall sebelum ni. https://m.facebook.com/groups/129595904555193?view=permalink&id=679556246225820 Addition : – Papan – Shelving unit IKEA Lack (existing) – Kayu – Cat ( Ascort Blue) sama je mcm dinding -Spray paint – sbb ikea lack warna hitam. -Kertas pasir (240 dan 120)
Mula2 buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari
Tampalkan frame ni kat dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.
Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk shelve. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah benor nak potong.
Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis.( lubang satu lagi xda gambar, tp tebuk kecil saja, muat2 wayar masuk)
Untuk lekat kan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru.(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak)
Untuk kerja finishing: -Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak. – Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan tu rasa licin bila pegang.
-Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas. -Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.
Siap untuk di cat.

P/s: Ramai yang comment/tanya:

1. Habis la TV rosak nanti, haba tak keluar.

– Haba boleh keluar sebab kita buat lubang utk letak TV tu.. TV tu nampak tertanam dalam dinding tp sebenarnya ada ruang antara TV dan Wall Panel.

2. Kalau rosak wayar/kabel mcm mana, habis kena bukak/runtuhkan wall panel ke?

– Tak perlu, TV attached kat bracket dinding.. kalau ada apa2 masalah boleh angkat TV dr bracket dan repair la apa masalah kat dalam tu dan boleh je nak pasang kabel lain kat TV.

3. Kira TV sentiasa ON la yer, habis la rosak mcm tu.

-Kat atas para ada plug point.. boleh switch on and off bila2 masa nak.