
Hasil kreativiti benda simple pun nampak menarik. Bukan tu je, dapat jimatkan kos lagi kalau buat sendiri kan.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Atam Ayu. Dia bersama isteri berkongsi cara dan tips mudah untuk buat sendiri meja bar yang sangat sempurna dan mewah sesuai untuk ruangan dapur di rumah.
Pecaya tak kome kos kaunter table bar maktam ni kos tak sampai pun 150.00? Meh maktam share
.
Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat beso2 tu..kiki
.
So maktam buat la sendiri..berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan.
.
Biasalah isteri sentiasa jadi mandor..
.
Ok ni bahan² dia..
.
Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50
2 batang kayu inci 2×1 panjang 6kaki= 5.00
5 shelves compactment = 59.90 tesco
Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00
Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter
Sesiku L = 2.00
Cat kayu =36 .00
Total = 137.00 sahaja..
Siap dah.. jadila.. nanti kita cari stool ye..
Lagi barangan rumah boleh klik di sini
Tak Perlu Solekan Nak Cantik, Guna Petua Dan Tips Ini, Wanita 30an Wajib Tahu, Baru Cantik Luaran Dan Dalaman.

Fitrah wanita sukakan kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan membuatkan wanita mempunyai keyakinan diri.
Bayangkan jika wajah kusam dan badan mudah letih tentu membuatkan kita kurang keyakinan diri dan tidak bertenaga untuk menguruskan rumah tangga. Malah, hubungan suami isteri pun kurang intim.
Nyata, kecantikan luaran dan dalaman adalah antara aset setiap wanita. Penjagaan kecantikan wanita ini sangat perlu dititikberati terutama yang telah menginjak usia 30an.
Jadi di sini, ada list petua dan tips sesuai bagi wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman.
Ini 3 perkara kena tahu untuk kekal awet muda luaran dan dalaman.
1.Skrub kunyit
Nak miliki kulit wajah yang mulus dan dalam masa yang sama cerah berseri.
Bahan-bahannya:
- Serbuk kunyit(mana-mana jenama tapi kalau pakai kunyit hidup lagi bagus, dalam 3 inci pun memadai)
- Asam jawa
- Beras pulut
- Air
- Blender atau lesung batu
Cara membuatnya:
- Rendam beras pulut semalaman supaya lebih lembut
- Bancuh asam jawa dengan air untuk mendapatkan airnya. Buang biji.
- Campurkan kesemua bahan dengan cara mengisar sampai halus atau sederhana halus. Atau dengan menggunakan lesung batu.
- Dah siap! Masukkan scrub tadi ke dalam bekas yang kering dan di tempat yang kering dan dingin. Lagi best kalau simpan di dalam peti sejuk.
- Bila nak guna, lumurkan ke muka dan biarkan selama 15 minit kemudian scrub muka dan bilas bersih guna pencuci muka. (Sumber: Nur Azuwa Sallehen)
2.Jus buah-buahan
Minuman untuk membuang toksin dari usus. Bahan bahan yang perlu ialah halia sebesar ibu jari, sebiji epal, lemon sebiji atau limau kasturi. Kena masukkan sikit garam dan perlukan 1/2 cawan air suam.
Cara penyediaan:
Masaukan air, epal hijau atau merah dan halia ke dalam blender. Kisarkan. Perah air limau atau lemon dan masukkan sekali ke dalam blender. Masukkan garam dan kisar sekali lagi.
Tuangkan ke dalam gelas. Minum. Halia akan nyahkan toksin dan baiki metabolisme. Halia ada gingerol yang bagus untuk penghadaman, hilangkan loya, lawan flu dan selsema. Epal pula ada bantu halang diabetes, lindungi jantung, turunkan kolesterol dan 53% jauhkan strok. Ini kata The American Journal of Clinical Nutrition tahun 2020. Paling menarik ialah dalam epal ada immune boosting vitamin C. Ini seperti laporan dalam jurnal Nutrients tahun 2017.
Baguskan? Kan ada pepatah an apple a day keep a doctor away. Jom cuba! (Sumber:DrRizal Abu Bakar)
3. Daun Sirih
Masalah keputihan dan gatal gatal dibahagian miss V. Amalan ni juga boleh naikkan seri wajah. Sesape yang nak cantik elok sangat amalkan.
Cara penyediaan:
1.Ambil daun sireh dalam bilangan ganjil. Contoh 7 atau 11 helai. Kemudian rebus sampai mendidih.
2.Pastu minum air sireh yang telah dimasak tu dalam tiga teguk sambil selawat salam hati. Selebihnye masukkan ke dalam besen besar dan campurkan dengan air paip dalam suam suam. Ramas ramas daun sireh tu untuk keluarkan khasiat dan pati yang dalam daun sireh. Semerbak bilik air korang wangi tau. Nak campur dengan sedikit garam pun boleh lagi bagus.
3.Rendamkan punggung dalam besen tu sampai puas hati. Omputeh sebut “sitbath”. Amalan ni bukan sahaja membersihkan dalaman miss v, tapi bagus juga untuk ibu ibu yang baru lepas bersalin. Insha Allah mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin. (Sumber: Nik Syafniey MatJali)
Keluarga: Apa yang pasti kecantikan dan wanita itu tidak dapat dipisahkan. Siapa lagi yang menjaga kecantikan kita, kalau bukan diri sendiri.
Secantik Rupa Seenak Rasa, Puding Lapis Biskut Marie Ni Cukup Mudah Nak Disediakan. Ini Resipinya!

Musim cuti sekolah begini, pasti buntu ibu-ibu nak sesiakan hidangan apa buat keluarga terutama anak-anak kan. Sebenarnya, hidangan tak perlu yang rumit atau dengan kata lain gunakan banyak bahan. Sebaliknya, anda boleh pelbagaikan resipi bergantung kepada bahan yang ada di dapur. Yang penting mudah nak buat dan rasanya yummy.
Nah ini resipi untuk ibu-ibu cuba buat hidangan sekeluarga nanti. Puding Biskut Marie nampak sangat menyelerakan, boleh memikat selera anak-anak nanti.
Puding Marie Trifle
———————-
Lapisan Bawah Biskut Marie
Biskut marie
10grm agar2 serbuk
1 ltr air
1 cwn gula
Cara2:-
1. Masukkan agar2 dan air dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana. Kacau sebati.
3. Masukkan gula dan kavau sehingga mendidih. Matikan api
4. Susun biskut marie dalam acuan.
5. Tuang separuh adunan agar2 dalam acuan biskut marie tadi.
6. Ketepikan.
Lapisan Kastard
1/2 cwn tepung kastard
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn susu cair
2 cwn air
Cara2:-
1. Masukkan semua bahan2 dalam periuk.
2. Masak guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan kilat. Tutup api.
4. Tuang kastard atas agar2 dan biskut marie tadi.
5. ketepikan.
Lapisan Coklat
Separuh adunan agar2 tadi
1 sb serbuk koko
Cara2:-
1. Panaskan separuh lagi agar2 tadi atas api sederhana.
2. Masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Matikan api.
3. Tuang adunan agar2 koko atas kastard tadi.
4. Simpan dalam peti sejuk.
5. Bila adunan dah sejuk bolehlah dikluarkan dari acuan.
“Selamat Mencuba”
#byAzrinaIen
====




Sumber: Azrina Ien & Nan’s Saga Via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Hulur RM100, Isteri Tersenyum Tapi Bila Suami ‘Joint’ Jaga Anak Mood Berubah Habis. Layanan Hotel 5 Bintang!

Perkahwinan yang bahagia bukan bersandarkan pada wang ringgit semata, tapi sikap saling melengkapi antara satu sama lain serta saling menghargai.
Bagi isteri, apabila suami membantu menguruskan rumahtangga ia adalah suatu nikmat bahagia yang amat dihargainya.
Malah, sikap suami itu membuatkan isteri lebih menyayanginya hingga layanan di rumah bagaikan hotel lima bintang!
Ada benarnya sebagaimana perkongsian Dr Taufiq Razif yang mencoretkan bagaimana untuk kekalkan hubungan suami isteri lebih harmoni.
Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.
Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.
Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.
Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.
Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.
Kalah layanan hotel 5 bintang!
Bahagia bukan wang ringgit
Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.
Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!
Masih belajar untuk mencinta
Sumber: Taufiq Razif