Lelaki Ni Buat Semula Sebijik Motor Kesayangan Abah. Nostalgia & Sweet Sangat!

Share

Bercerita tentang nostalgia zaman kanak-kanak, mesti antara kita punya kisah yang tersendiri dan manis untuk dikenang.

Begitu juga dengan lelaki ini, berkongsi kenangan manisnya ketika zaman kanak-kanak menaiki motor Suzuki Phanter bersama ayahnya.

Kini setelah bertahun-tahun lamanya bagi mengembalikan nostalgia tersebut, anak muda ini telah lakukan tranformasi motor miliknya. Nyata usahanya ini membuatkan ayahnya cukup bahagia dan gembira.

Ini perkongsiannya.

Permulaan nostalgia motor Suzuki, ni motor abah WCQ. Motor ni abah beli anggaran tahun 94 /95.. masa tu Sham sekolah tadika lagi.

Dari kecik ke mana je dengan abah.. duduk atas tank. Bunyi moto tu sampai kenal.. bila abah balik kerje.

Moto ni memang kegunaan abah berulang alik, kerja masa tu di Taman Tun.. kira motor kesayangan.

Motor ni juga ada ceritanya yang tersendiri.. kira motor ni macam sponsor motor untuk raider.. abah dengan kawan dia (bengkel Kg Pandan) kira motor ni masuk track masa tu track Batu 3 Shah Alam. Sambil tu dapat lah abah modified motornya.

Abah guna motor tu lebih kurang 2-3 thun sebelum jual, sebab abah nak mula berniaga buat modal. Kemudian beli motor kapchai, senang bawak barang.

 

Abah selalu cerita kan pasal kenangan motor Suzuki phanter dia tu..bila nampak kat mana-mana mesti excited .. pastu tunjuk motor yang lalu dan kata, Wah! phanter.

2006 Abah Hadiahkan Motor

Tak silap pada tahun 2006 abah belikan Sham motor. Balik je dari sekolah terus bawak pergi kedai motor, tanpa pengetahuan mak. Mungkin excitednya macam masa dulu abah beli motor. Terus pergi kedai tempat yang sama abah beli motor Suzuki phanter. Sampai je kedai terus bayar deposit. Lepastu tu terus minta buat Phanter jerung. Keluar kedai warna putih.

Alkisahnya saya lak dibelikan motor tak pandai bawak motor clucth. Malam tu juga terus abah ajar bawa motor clucth. Ajar sampai dapat dan esoknya terus bawa pergi sekolah.(excited dapat motor baru walau tak berapa nak pandai bawak) terus pakai lepas tu tersadai 2012 sebab Sham lapor pulapol ( masuk  polis dekat Sabah).

Hampir terjual motor tu.. tapi sebab sentimental value abah belikan, itu yang terus  simpan hingga 2018 Sham mula restore balik moto ni.

Masa tu niat nak buat sama kaler dengan stiker motor abah.. excited pergi carik barang motor sama-sama dengan abah.

Kos buat motor ni  lebih kurang 2k sebab motor banyak part ori (asal motor) Sham repaint /ganti barang baru.. Lepas tu repair enjin.

Masa motor tu dah siap.. tunjuk kat abah. Abah seronok sangat ianya betul-betul mengimbau kenangan masa dulu.. Abah seronok sangat!

Bagi Sham pula, ia sebagai satu cara Sham  rewards abah. Dapat lihat senyuman dan gembirakan orang yang kita sayang itu amat berharga.

Wang ringgit kita boleh cari tapi kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit . Begitu juga dengan kenangan motor ni bagi saya amat berharga.

Sumber : Shagenji Sham 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club