Lelaki Ni Bagi Tip ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’, Khusus Buat Isteri Yang Berkerjaya! Sila Hadam Agar Tak Sesal!

Share

Kita selalu mendengar peribahasa ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’, namun andai ditanya pada diri kita sendiri, apakah usaha atau langkah yang kita lakukan sebagai seorang isteri untuk tujuan itu bagi mendepani waktu akan datang?

Hal ini telah menarik perhatian  Encik Shamsuddin Kadir berkongsi tip untuk dipraktikan oleh wanita bergelar isteri yang berkerja.

Nak tahu detail jom baca sepenuhnya.


Bismillah. Tip untuk wanita yang bergelar isteri yang bekerjaya.

Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Bagi mengelakkan kejadian yang membuatkan kita tertekan, sakit jiwa, beremosi yang melampau, sedih yang berpanjangan, mengamuk dan menyesal, tip di bawah ini In Syaa Allah menjaga ketenangan hidup walaupun dilanda tsunami yang jauh lebih teruk berbanding hujan.

1. Jangan ambil sebarang pinjaman peribadi.

2. Jangan ambil pinjaman peribadi untuk diberi kepada suami bagi memulakan bisnes sendiri ataupun perlaburan


3. Jangan ambil pinjaman kereta melebih dari 5 tahun dalam jumlah yang kita mampu bayar sendiri dengan wang gaji kita sebagai isteri.

4. Jangan ada hutang kad kredit. Kepada yang takut, lebih baik tiada kad kredit.


5. Perlu ada rumah sendiri, sama ada flat ataupun apartmen yang dibeli atas nama sendiri.

6. Jangan belanja lebih dari 60% wang gaji untuk ansuran dan kos sara hidup.

Kerana apabila cikpuan-cikpuan ditinggalkan suami, diceraikan, ataupun suami mati antara individu yang paling derita adalah saya. Ini kerana saya sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat ‘Luahan kasih’ kerana saya terlampau simpati. Terlalu banyak kes seperti ini berlaku hampir setiap masa.

Kita ada pilihan untuk memastikan ianya tidak terjadi dalam hidup kita, peristiwa kesilapan menguruskan wang dan hutang.

Saya pernah terbaca kata-kata di bawah ini.

Masa mula berkahwin, suami berkata “You jump I jump”

Selepas berkahwin, suami berkata “I run, you kena tanggung hutang I”

Perkataan suami itu bukannya mewakili semua lelaki.

Sumber : Shamsuddin Kadir