
Pelakon terkenal Azad Jazmin yang sering menjadi perhatian para peminatnya dengan gelagat lucunya, kali ini mengundang sebak dikalangan netizennya.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, dia memuat naik video menunjukkan seorang lelaki sedang melutut meminta duit untuk membeli makanan.
Bimbang keselamatan lelaki yang berada di tengah jalan, Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri, 45 memberi sumbangan kepada lelaki berkenaan.
Mendengar luahan lelaki itu, Azad berharap situasi ini tidak berlaku di negara ini. Kehidupan rakyat yang semakin susah sehingga sanggup berbuat demikian demi mengisi perut yang kelaparan.
Apa yang pasti, apa jua alasan mengenai lelaki itu, sebagai manusia tidak salah hulurkan bantuan untuk ringankan beban.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Cerita pagi ni, masa hantaq anak pe sekolah… kesian.. ramai yg terkesan.. bahaya sgt dok pe mintak duit tgh jalan macam ni… aduh… Hope Malaysia 🇲🇾 akan pulih sepenuhnya amin… langkawi siakap mahal, Penang sotong mahal..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sempati melihat cara lelaki berkenaan meminta duit.
Sumber: azadsyaziraroses
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Terima Kasih Sahabat, Yang Menjadi Pencetus Hijrah Saya Dulu,” Deep Perkongsian Irma Hasmie.

Merupakan selebriti yang dikenali ramai dengan tutur kata sopan dan menjaga adabnya sebagai seorang muslim. Pernah aktif sebagai pelakon, namun kehidupan ibu kepada dua orang anak ini menjadi inspirasi kepada para peminatnya.
Begitulah Irma Hasmie yang merupakan salah seorang artis wanita terawal yang telah berhijrah dan bertudung. Penghijrahan Irma yang mendapat perhatian ramai sebelum ini, memberi impak kepada diri dan cara hidupa dan keluarga.
Perwatakan rendah diri, membuatkan selebiriti ini sering menjadi perhatian peminat. Malah melalui perkongsian terbaru, isteri kepada Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan ini, memuat naik dengan melontarkan ucapan penghargaan buat sahabatnya yang pernah memberinya nasihat ke arah kebaikkan.
“Terima kasih sahabat-sahabat semua…yg menjadi pencetus hijrah sy dulu, yg byk beri nasihat dan ingatan ttg agama, yg ajak sy ke Makkah al Mukaramah, yg bantu perjalanan hijrah saya, yang bawa saya ke majlis ilmu, yang ada bersama-sama utk terus istiqomah, terima kasih.. Sayang sampai syurga.”
View this post on InstagramA post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on
View this post on InstagramA post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on
Sungguh inspirasi!
Jadikan Anak Bijak Dan Sentiasa Taat, Jangan Lupa Bacakan Petikan Surah Yang Satu Ni Buat Anak!

Mendidik anak tidak hanya dengan perlakuan, percakapan dan amalan yang terpuji. Perlu disusuli dengan bacaan doa setiap hari agar roh dan minda anak tertanam dengan sifat kerohanian.
Puas mendidik dan memperlengkapkan anak-anak dengan sebaiknya, selebihnya ibu ayah perlu bertawakal kepada Allah. Doa adalah rutin wajib yang seharuslah jangan dilepaskan oleh ibu ayah. Jangan berhenti berdoa.
Amalan ibu muda ini boleh juga kita contohi untuk anak-anak kita. Insyaallah anak-anak kita menjadi anak soleh dan solehah serta taat pada ibu ayah dan Allah. Jom amalkan seperti yang diajarkan oleh ibu Diyana Jamal ni.
Setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak yang soleh solehah, bijak pandai dan mendengar kata. Betul-betul?
Jadi, apa kata kita mulakan amalkan 2 tips ini mulai hari ni.
1. Sebelum tidur – Bacalah Al Fatihah, 4 Qul, Ayat Qursi dan juga SURAH AL INSYIRAH. Dan berikan nasihat/kata-kata yang baik kepada anak.
Maksud Surah Al Insyirah :
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam),
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal
soleh yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
2. Setiap pagi, bacalah ayat ke 82 Surah Yassin. Sesudah membaca “Kun faya kuun”, niatkan yang baik-baik pada anak dan tiuplah di ubun-ubunnya.
Maksud ayat ke 82 Surah Yassin :
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
Salah satu amalan setiap pagi, ibu Diyana akan baca ayat 82 surah Yassin pada anak-anak ibu. Pada Nur Damia Humaira’ dan juga Nur Durra Hasina. Setiap seorang.
Ibu akan baca dan niatkan supaya Allah izinkan mereka jadi hamba yang solehah, anak yang taat, pelajar yang cemerlang di sekolah, di kurniakan hati dan minda yang lapang untuk belajar, dapat menghafaz Al Quran 30 juzuk, mengamalkan ilmu yang di pelajari, mudah urusan dunia akhirat, terpelihara dari bala bencana dan di masukkan ke dalam syurga Allah.
Kredit: Diyana Jamal
Patutlah Harga Cecah Ratusan Sekilo, Rupa Ada Dua Kategori. Peniaga Ini Kongsi Tip Pilih Ikan Siakap Dengan Betul.

Memang kecoh kisah siakap sejak minggu ni gara-gara ikan siakap yang telah dimasak berharga lebih RM1 ribu.
Tidak dinafikan rasanya enak untuk masakan resipi 3 rasa.
Bagaimana rasa ikan siakap sangkar dan kolam agak berlainan.
Nak tahu lanjut tentang ilmu siakap ni ikuti perkongsian perniaga ini.
Disebabkan saya seorang penjual ikan, saya share sedikit, ilmu penting tentang siakap.
Siakap ada 2 jenis, siakap bela dan siakap liar. Ikan siakap adalah ikan yang lasak dan boleh hidup dalam air tawar/payau dan air masin. Siakap liar biasanya akan bertelur di kawasan paya bakau atau kawasan payau dan hanya akan berhijrah ke laut apabila dewasa.
Siakap yg kebiasaannya terdapat di pasaran adalah siakap bela yg diternak di dalam kolam ataupun sangkar laut. Walaupun siakap bela diberi makan pallet, tempat penternakan siakap turut memberi kesan kepada rasanya. Biasanya siakap sangkar lebih sedap berbanding siakap kolam kerana siakap kolam sedikit berbau lumpur. Harga siakap bela di pasaran antara rm15-21 sekilo.
Siakap liar/laut adalah siakap paling sedap dan manis. Malah rasanya lebih sedap dari jenahak dan ikan merah. Siakap laut hidup secara semulajadi dan makan ikan2 kecil serta plankton di lautan sebagaimana ikan laut yg lain. Harga pasaran ikan siakap liar atau siakap laut antara rm40-45 sekilo, setanding dengan harga jenahak liar dan merah liar.
Siakap laut boleh dikenali dgn warnanya yg lebih cerah dengan ekor sedikit kekuningan. Kadang-kala, pelanggan mudah tertipu kerana tidak dpt membezakn siakap laut dan siakap bela. Begitu juga ikan2 yg lain seperti jenahak, merah dan kerapu yg dibela sering dijual di pasaran dengan harga mahal. Sepatutnya harga ikan bela adalah separuh daripada harga ikan liar.
Bagi penjual ikan seperti saya, sekali tgok saya dah tahu ikan tersebut liar/bela. Bak kata pepatah, “sekilas ikan di laut sudah ku tahu jantan betina”.
Kesimpulannya, siakap bukanlah ikan vip pada asalnya kerana harganya jauh lebih murah dari ikan kurau, jelawat, kerapu minyak, kerapu bara, terubuk segar dan senangin. Bahkan harga bawal putih XXL pun mencecah rm60 sekilo, jauh lebih mahal dr siakap. Apatah lagi nak dibandingkan dgn patin muncung yg mencecah rm300 sekilo.
*p/s – Saya cuma share harga pasaran siakap mentah. Jangan takut dgn siakap kerana ianya tergolong ikan marhein, tetapi berhati2 jika ingin makan siakap di kedai makan berstandard tinggi yang berkelas dunia.
*Cuba teka dalam gambar, mana satu siakap bela, mana satu siakap liar? Dua2 saya jual.
Sumber: Asmah Chem