Luar Negara

Lelaki Maut Sebab Bergaduh Isu Sampah

Share

Tak sangka gara-gara sampah seorang lelaki maut. Akibat sikap yang suka membuang sampah menjadi punca kepada pergaduhan sehingga meragut nyawa.

Biarpun kejadian ini berlaku di luar negara, Indonesia, kisah ini wajar dijadikan teladan untuk hidup dalam masyarakat.

Menurut laporan, kejadian yang tidak diduga itu, Seorang lelaki berusia 70 tahun dikenali sebagai YM maut selepas bergaduh dengan jirannya S, 54, di Johar Baru di sini, pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Johar Baru, Kompol Saiful Anwar, insiden itu bermula apabila YM tersinggung selepas ditegur oleh S tentang sikapnya yang suka membuang sampah merata-rata.

“Suspek baru pulang dari berjualan kopi lantas melihat mangsa mahu membuang sampah, setelah itu terjadi pertelingkahan mulut hinggalah mereka bergaduh dan YM terjatuh serta tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Tambahnya, S dipercayai memukul suspek berapa kali hingga pengsan.

“Mangsa sempat dibawa ke Hospital Islam Cempaka Putih, bagaimanapun dia dilaporkan meninggal dunia selepas tiba di sana,” katanya.

Suspek dipercayai hilang sabar kerana sikap mangsa yang sering membuang sampah merata-rata berhampiran dengan rumahnya.

S kini ditahan dan terancam hukuman penjara.

“Dalam kes ini suspek akan diadili mengikut undang-undang Pasal 351 Ayat (3) JUHP.

“Dengan ancaman penjara tujuh tahun,” katanya. – Agensi

Sumber: Sinar Harian