Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ads
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
Ads
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suasana di sebuah pusat beli-belah terkenal, Setia Alam City Mall di Setia Alam, Shah Alam, Selangor bertukar kecoh apabila insiden tembakan berlaku sekitar jam 10 malam.
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden itu.
Kejadian yang mencetuskan panik itu menyebabkan para pengunjung dan peniaga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis.
SIASATAN LANJUT KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI PUSAT MEMBELI BELAH SETIA ALAM
Memetik laporan Bernama, polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.
“Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Laporan selanjutkan akan dimaklumkan.
Sumber: Bernama & Sosial media orang awam
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat, kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penyaluran bantuan tunai BUDI MADANI berjumlah RM200 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula hari ini, 6 Februari 2025.
Menurut MOF dalam satu hantaran di Facebook, bantuan tunai secara bulanan tahun 2025 itu adalah bagi pembayaran bulan Januari. Tarikh penyaluran bantuan tunai itu pada bulan-bulan berikutnya juga dikongsikan oleh kabinet berkenaan.
“Kami kongsikan tarikh bayaran bantuan tunai secara bulanan RM200 BUDI MADANI bagi tahun 2025.
“Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup,” tulis MOF.
Apa Itu BUDI MADANI?
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.
Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Kategori BUDI MADANI
Di bawah BUDI MADANI, terdapat tiga kategori iaitu Budi Individu, Budi Agri-Komoditi dan My Subsidi Diesel. Budi Individu merujuk kepad bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
Manakala Budi Agri-Komoditi pula bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
MySubsidi Diesel adalah permohonan pembayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card”.
Cara mohon BUDI MADANI
Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang dibuka sepanjang tahun.
Untuk memohon dan mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, orang awam diminta melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747/03-88824565/03-88824566 atau secara e-mel di alamat budimadani@treasury.gov.my.
Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Satu kisah yang mengejutkan dan membuka mata ramai ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan seimbang untuk anak-anak. Seorang pelajar darjah 2 dilaporkan mengalami buta sepenuhnya selepas bertahun-tahun hanya makan makanan terproses seperti nugget dan sosej.
Kisah ini dikongsikan oleh Dr. Erna di Facebook beliau dan menjadi peringatan penting kepada semua ibu bapa tentang bahaya tabiat pemakanan tidak sihat.
Menurut perkongsian Dr. Erna, kanak-kanak tersebut mula mengalami masalah penglihatan secara beransur-ansur sebelum akhirnya kehilangan penglihatan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku akibat kekurangan nutrisi penting dalam diet harian kanak-kanak itu.
Seorang kanak kanak darjah dua tiba tiba cakap: ‘Teacher, why cant I see anything?’ Terkejut satu kelas tiba tiba dia jerit macam tu.
Cikgu terus call parents murid ini dan terus murid ini dihantar ke hospital. Total blindness.
Kehilangan deria penglihatan untuk kedua dua mata. Setelah diperiksa, dilakukan pelbagai pemeriksaan yang bukan mudah dan bukan mengambil masa sehari dua, result come out Vitamin A Deficiency. Kekurangan Vitamin A yang teruk. Terduduklah parentnya.
Sebabnya bila dietitian siasat, anak ini cuma makan processed foods sahaja iaitu : nuggest, sausage dan cookies sejak dari bayi sampailah ke darjah dua. Bunyi macam hek eleh kau biar betik doktor?
Takkanlah itu je makanan budak tu? Ya betul. Kes ini berlaku di negara kita, di ibu kotaraya dan parent murid ini bukanlah berkerja biasa biasa.
Masa kawan saya share kisah ini, saya mulanya rasa marah sebab apa bendalah jadi parents tapi teruk macam ni tapi lama lama bila tengok kehidupan kita yang sentiasa sibuk untuk hidup selesa saya jadi kesian.
Buta ini tidak dapat dipulihkan. Sebagai ibu, jika kita tak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi kita cubalah beli makanan yang betul betul makanan yang lengkap.
Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul betul makanan supaya mereka dapat nutrisi tu.
Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil kecil pun mak ayah atok nenek bagi makanan biasa saja kan. InshaAllah boleh.
Kesian untuk parents murid ini. Tak mudah untuk mereka terima. Dan sudah tentu tidak mudah juga untuk murid ini sendiri nak adapt dengan keadaan diri. Semua benda pasti mengambil masa.
Saya kongsi bukan untuk kecam sesiapa, saya kongsi sebagai ingatan untuk diri saya sebab saya pun tak masak hari hari juga. Kita cubalah ya include menu sihat dan makan makanan yang betul betul makanan setiap hari.
Makan nasi dengan telur mata dan kicap pun ok janji makanan betul. Makanan terproses adalah sangat tidak sihat dan tidak ada apa apa nutrisi di dalamnya. Semakin lama ia boleh bertahan, semakin banyak warnanya, semakin tidak sihatlah ia.
Simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau spot kelabu di mata putih, sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata, jika dibiarkan akan lead to kehilangan penglihatan.
Makanan yang tinggi dengan vitamin A adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan sweet potatoes. Semuanya sedap sedap nyamnyam.Kita sendiri pun kena pastikan makanan kita sihat dan lengkap juga ya.
Nyata perkongsian ini adalah satu peringatan penting kepada ibu bapa agar lebih peka dengan pemakanan anak-anak. Tabiat makan yang sihat bukan sahaja membantu perkembangan fizikal tetapi juga memberi kesan besar kepada kesihatan mata dan organ lain. Dr. Erna mengingatkan ibu bapa bahawa tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat bermula dari rumah.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.