Ayat ni nampak je simple ye, tapi…. Bila diucapkan oleh mak-mak pasti akan berubah makna jadinya bak kata orang ‘dengar boleh percaya jangan!’. Hehe
Mana taknya, sekejap mereka tu, maunya paling cepat akan keluar dalam masa 10 minit! Masuk kedai nak aim beli barang satu dua je. Tapi bila dah teringat barang lain ada yang macam tak cukup, diambil sampai boleh penuh satu raga.
Itu belum lagi tambah masa bila satu barang tu belek bukan main lagi takut rosak ke apa ke, kan tak pasal nak kena patah balik!
Itulah yang dirasai oleh Khairul Abdullah selepas galas tugas sebagai Superdaddy. Jom ikuti perkongsiannya.
KENAPA ORANG PEREMPUAN MASUK KEDAI LAGI LAMA DARI LELAKI?
Lepas balik dari lunch semalam kawan aku cakap nak singgah Speedmart kejap, nak beli pampers katanya.
Aku pun tunggu lah kat luar tu. Baru berkira nak jawab whatsapp dia dah keluar, tak sampai 2 minit pun.
Ads
“Aikkk, apasal cepat sangat? Pampers jer?”
“Kita orang laki bang, nak beli itu maka itu jer. Ambik, bayar dan terus keluar.”
“Ohh, aku lupa. Aku ni dah half-hal dah, tak sama macam korang. Separuh mak dan separuh bapak, so kalau masuk kedai jadi lama.”
Kah kah kah, kami bantai gelak.
Yelah, dulu aku sama jer macam laki lain. Apa sahaja bini pesan memang itu sahajalah yang dibelinya. Takde nak beli extra nye.
Kadang-kadang tu berbulu jugak bila bini masuk kedai. Kemain lama dia dalam tu, katanya nak beli telur dengan garam jer. Tapi masuk kedai dekat 20 minit dan keluar satu troli.
Ads
Haishhh.
But now aku merasalah benda yang sama.
Masuk jer kedai maka mata akan terus scan dari satu rak ke satu rak. Bukan memilih barang tetapi memikir barang yang ditengok tu ada lagi tak kat rumah.
Kalau lalu bahagian sabun, maka terus scan rak sabun kat rumah, sabun basuh, sabun mandi, sabun cuci pinggan dan sebagainya.
Lepas tu rak lain pulak, maka lagi sekali mata tengok barang dan otak scan mengingat barang kat rumah ada ke tak. Lepas tu tengok pulak ada jenama lain harga lebih murah pulak, dok pikir nak tukar ke tak, nak tukar ke tak.
Ads
Haaa, sebab tulah masuk kedai jadi lama.
Orang laki ni dia tak monitor atau keep track barang kat rumah ada ke tak. So apa bini pesan dia beli sahaja. Sebab tu boleh cepat. Tapi bila time bini yang beli maka peluang tersebut diambil sepenuhnya untuk topup semua barang yang dah habis atau tak ada.
Jadi, wahai orang laki sekalian, korang janganlah marah kalau bini korang berlama-lama kat kedai tu. Atau bila dia cakap nak beli satu barang tapi dia keluar dengan 16 barang.
Itu semua adalah untuk kebaikan rumahtangga kau jugak.
Sesungguhnya kalau diorang takde maka kau kena take over dan akan buat benda yang sama jugak.
Macam aku.
KHAIRUL ABDULLAH
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
9 bulan kandungkan anak, tambah dari kecil hingga dewasa menjaga anak hingga boleh berjaya menyara diri sendiri, tetapi jasa si ibu lenyap begitu sahaja bila tiada sorang pun anak-anak mampu untuk menjaganya.
Bak kata pepatah, “1 ibu boleh menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu boleh menjaga 1 ibu”.
Itulah yang terjadi pada ibu yang sudahpun berusia 97 tahun ini. Kisahnya yang akur menghabiskan sisa hidup sendirian cukup meruntun jiwa.
Menurut cerita asal, sebenarnya dia mempunyai seramai 16 orang anak. Namun setelah merantau cari kerja, semuanya kahwin dengan orang luar negara dan sejak itu tidak pernah ambil tahu lagi mengenai perkembangan ibu kandung sendiri. Jangankan balik bercuti atau ziarah, Dona Isabel berkata kemungkinan mereka pun tak kisah dia masih hidup atau sebaliknya.
Tidak larat hendak membuat kerja berat lagi, kini dia hanya menyulam kain apa adanya sebagai usaha mencari rezeki. Antara 16 orang, air matanya bertakung selepas mengenangkan tiada satu anak pun yang sudi menjaganya di hari tua sebegini. Sesekali, Dona berfikir dirinya langsung tidak dianggap seperti seorang ibu.
Demi meneruskan hidup, dia ada menanam pokok-pokok bersaiz kecil untuk dituai sebagai makanan harian. Hanya hidangan kacang lenyek yang dimasak dalam periuk buruk menjadi santapan warga emas ini. Kesunyiannya turut diubati dengan adanya seekor anjing yang dianggap sebagai satu-satunya ahli keluarga tunggal.
Puasa yang masih berbaki beberapa hari lagi buat ibu-ibu makin sibuk dengan persiapan menyambut lebaran. Selain menguruskan soal pakaian baru, menyediakan kelengkapan untuk sajian juadah raya juga antara yang menjadi keutamaan kita.
Menyediakan Kuah Kacang antara menu wajib di pagi raya. Pun begitu menyediakan kuah kacang ini sedikit renyah. Maklumlah terpaksa menggoreng kacang tanah, membuang segala kulitnya dan kemudian barulah ditumis hingga masak.
Menggoreng kuah kacang adakalanya terhangus dengan mudahnya. Sebenarnya ada cara yang paling berkesan untuk mengelakkan kacang tanah daripada hangus.
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali dan terus sahaja masukkan kacang tanah.
2. Tidak perlu menunggu sehingga minyaknya panas.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
Selain itu, sebagai persediaan raya pastinya juadah Kuah Kacang bersama Nasi Impit menjadi menu istimewa dan wajib ada. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa mana yang tidak gembira setelah anak tersayang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Lebih manis lagi, mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP). Biarpun, sejumlah besar peruntukkan diperlukan untuk menguruskan pembelanjaran anak, segalanya akan diusahakan supaya anak mendapat tempat baik hasil usaha gigih.
Sungguh inspirasi kisah seorang ibu yang sanggup menaiki bas ekspres dari Pengkalan Kubor, Kelantan mengiringi anak perempuannya ke sekolah berasrama penuh. Walaupun beliau hanya berpendapatan RM30 sehari di sebuah kedai makan, ia tidak menjadi halangan kepadanya untuk memastikan anaknya mendaftar pada hari itu.
Menerusi laporan Astro AWANI, Che Esah sanggup menaiki bas ekspres dari Pengkalan Kubor, Kelantan mengiringi anak perempuannya ke sekolah berasrama penuh. Bagi menguruskan persekolahan anaknya, beliau dan anaknya menumpang di rumah saudara mereka di Gombak selama beberapa hari. Meskipun hanya berpendapatan RM30 sehari dengan menyara lima anaknya, peluang yang diberikan oleh kerajaan terhadap golongan B40 amat bermakna buatnya.
“Rezeki anak-anak kalau kita tidak ada, cakap sabar minta doa kepada Allah biar tenang hati rezeki mana boleh … Alhamdulilah anak-anak saya belajar duit itu kalau saya pergi kerja dapat memang satu hari habis esok saya kena cari kalau tidak pergi tidak ada, walaupun sedikit tapi cukup Allah bagi.”
Riak wajahnya kesedihan tetapi tetap bangga melihat kejayaan anaknya. Beliau menjelaskan, menghadapi masalah kewangan bagi menjelaskan yuran yang melebihi RM1000, namun diatasi setelah berkongsi masalah dengan pihak sekolah untuk mempertimbangkan sumbangan daripada Skim Projek Khas oleh Kementerian Pendidikan untuk golongan kurang mampu.
Balas jasa ibu
Dalam pada itu, anak Che Esah, Adik Nurhani Razak punya impian untuk membalas jasa orang tuanya.
“Saya nak beli rumah. Saya nak ibu saya selesa dan saya nak jadi Pensyarah Sains.”
Apa yang pasti, kisah ini adalah antara perkongsian yang inspirasi buat anak daripada golongan B40 setelah kerajaan memberi peluang sebanyak 60 peratus kepada golongan ini.
Untuk rekod, seramai 9,530 murid berdaftar di Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara. Daripada jumlah itu, peningkatan 15.34 peratus pelajar golongan B40 dicatatkan iaitu seramai 4,888 orang.
Sumber: Astro Awani via cempedakcheese.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.