Lelaki Ini Terkejut Bil Hospital Isteri Hanya RM17.00 Untuk 4 Hari 3 Malam!
Rupanya ramai yang tidak mengetahui bayaran perkhidmatan di hospital kerajaan amat murah dan berbaloi.
Perkongsian saudara @amirulhanafy menerusi satu ciapan di akaun Twitter membuatkan ramai yang teruja.
Katanya dia tidak menyangka isterinya yang mendapat rawatan di hospital kerajaan selama 4 hari 3 malam hanya dikenakan bayaran RM17.00 sahaja.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
TAK PERCAYA BAYARAN HANYA RM17!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Wife aku warded 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, March lalu. Sebelum aku ambil dia dekat ward, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos ward dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400.
Sekali kena bayar RM17 aje.
Aku macam “lah?…” “serius la?”.
4 hari 3 malam kot. Aku dah ready kad debit just in case tak cukup, boleh bayar online.
Aku tanya Liya (wife), “Makanan macam mana?”
Dia kata “Kerap bang. 5x sehari..”
“Makanan standard orang sakit ke?” Aku tanya.
“Tadi makan ayam kurma..”
Uih, bukan kaleng-kaleng.. aku tak puas hati “Nurse jaga macam mana?”
“Tiap jam datang jenguk, nak make sure kerap minum dan check urine..”
Aku pun tanya wife.
“Cuba teka berapa abang bayar bil sayang..”
“300 ada?…” Dia jawab.
“17 ringgit aje.” aku kata.
Dia pun terkejut. Aku still tak puas hati, esok hari aku masuk office aku tanya kawan office “kau selalu pergi hantar anak/bini warded kan? Berapa caj?”
“Depend. Kadang tak sampai 10 ringgit..”
Peh.
Aku mulai dari saat tu, memang aku respect habis la dengan healthcare kita. Sebelum ni memang la pernah pergi KK dan bayar RM1 tiap kali pergi. Tu aku kira memang murah. Tapi ni warded, 4 hari 3 malam. Siap makan minum, ada nurse jaga dan pantau.
Memang betul la, kos healthcare negara kita jauh lebih murah. Walaupun kadang kala kau tunggu servis diorang lama, tapi berbaloi la dari bayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan layanan yang hampir sama.
Kau kena menarik nafas yang lega sebenarnya, diwaktu negara yang kau sangka porak peranda ni, masih ada kebajikan yang negara mampu cover kita.
Kalau rasa perkhidmatan KK tu lambat, dan kita banyak duit, pergilah hospital/klinik swasta. Kalau kita tak ada banyak duit, maka kita kurang pilihan. Jadi bersyukurlah walaupun tak puas hati. At least poket tak koyak.
Tak semua benda kita kena tak puas hati. Cuba jadi baik, tak salah pun.
PENAFIAN: Thread ni tidak mengatakan kos semua jenis rawatan termasuk bersalin itu murah di Hospital Putrajaya. Seperti yang tertera pada resit, ianya hanya merangkumi kos penginapan wad (RM3/unit *mungkin per hari) dan kos Urine for feme(idk what is that) RM5.
Ini hanyalah cerita pengalaman aku dan isteri di Hospital Putrajaya. Ceritanya panjang, dipendekkan cerita, wife aku dehydration kena masuk wad emergency hosp putrajaya dan dipindahkan ke PBBR presint 8. Bayar bil di kaunter Hospital Putrajaya.
Sumber: @amirulhanafy
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club