Lelaki Ini Nasihat Tak Perlu Orang Lain Tahu ‘Income’ Kita, Hidup Sederhana & Elak Yang Suka Meminjam!
Privacy adalah penting dalam kehidupan kita. Tidak semua perkara dalam kehidupan perlu diketahui oleh orang lain termasuk saudara mara. Begitu juga mengenai pendapatan kita.
Lazimnya apabila melibatkan kewangan pastinya ia merangkumi ‘income’ bulanan, komitmen bulanan dan suami bagi nafkah cash kepada isteri.
Bersikap sederhana dalam hidup tanpa tunjuk gaya hidup yang mewah sedangkan mampu berbuat demikian. Sebagaimana perkongsian seorang lelaki (dirahsiakan identiti) menerusi facebook milik perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad.
Coretan itu jelas menunjukkan betapa penting untuk kita merahsiakan pendapatan dan hidup sederhana bersama keluarga. Malah ia mengelak daripada diganggu orang terdekat untuk meminjam duit. Tidak lupa, apabila kewangan stabil pastinya tanggungjawab tidak pernah culas memberi wang saku bulanan kepada ibu ayah di kampung.
Seterusnta ikuti perkongsian ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RAHSIKAN PENDAPATAN KITA!
Salam doc, saya hanya nak share kisah hidup saya dan keluarga yang bergelumang dari B40 kepada M40.
Kisahnya begini, dulu sewaktu saya kerja kilang hanya bergaji rm1500 sebulan nak bagi nafkah kepada isteri pun susah doc.
Tapi isteri saya yang berjawatan tinggi dari saya tetap setia dan takpernah merungut pun meskipun beliau lah yang banyak gunakan duit gaji beliau untuk tampung kehidupan kami masa tu 3 beranak (anak sorang).
Apabila isteri mengandung anak kedua, Allah limpahkan rezeki berlipat kali ganda (betul janji Allah yang anak itu pembawa rezeki).
Saya dapat tawaran dari sebuah syarikat GLC yang berjaya mengubah taraf hidup saya dengan bergaji rm8k sebulan (paling tinggi pernah saya dapat selama bekerja).
HIDUP SEDERHANA
Saya hanya ada sebuah axia dan isteri hanya ada viva (sampai sekarang). Saya bagi isteri saya pakai axia sebab saya risau kalau viva dia rosak masa dia bawa dan saya tiada ketika itu.
Walaupun pendapatan isi rumah dah meningkat, kami masih je pakai dua kenderaan ni walaupun dalam hati banyak kali berfikir nak tukar kereta.
Tapi selalu baca post doc pasal “yuran kebijaksanaan” buat saya berfikir sedalam2 nya dan memadamkan angan2 saya untuk memandu sebiji kereta import baru.
Dua orang anak yang kecil bagi saya memadailah axia yang bulanan hanya rm400 sebulan.
Sekarang saya beri isteri saya nafkah sama banyak dengan gaji saya waktu kerja di kilang dulu untuk kegunaan peribadinya.
Saya rasa lebih seronok macam ni. Saya mewahkan anak2 dan isteri dengan apa benda yang mereka mahu, apa yang mereka nak makan, on the spot boleh pergi beli dan pergi.
Pengalaman bergaji kecil dulu buat saya lebih berhati2 dan rasa sayang dengan duit untuk dilaburkan kepada kereta sahaja kerana bagi saya kereta itu hanya medium untuk dari point A ke B.
Saya sangat sayang dengan isteri saya yang saya cintai sejak zaman sekolah. Seorang yang pandai berjimat cermat, tidak pernah mengeluh dan cukup serba serbi.
Dulu anak nak kinderjoy di kedai saya takmampu nak beli doc. Kini kalau anak sedara datang rumah, dengan semua2 yang ada saya belikan kinderjoy tu.
Bagi saya kebahagiaan keluarga lebih penting daripada keseronokan 3 bulan pertama memiliki kereta mewah. Terima kasih doc kerana hari2 berkongsi mengenai pengurusan kewangan.
Doakan saya dan keluarga agar terus dilimpahkan rahmat yang berterusan. Dan pesan saya, biarpun ada ahli keluarga yang menghasut kita untuk membeli kereta yang padan dengan gaji kita, senyum dan berkata insyaallah je kerana bukan mereka yang akan bayarkan installment bulanan tu jika kita jatuh terduduk nanti.
ELAK ORANG NAK PINJAM DUIT
Dan rahsiakan pendapatan kita agar kita tidak diganggu dengan panggilan atau wasap dari orang terdekat yang nak pinjam duit beribu2 yang kita sendiri tahu mereka takkan bayar semula.
Alhamdulillah keempat2 ibu bapa saya dan ibu bapa mertua mendapat wang saku bulanan yang daripada kami sekeluarga. Terima kasih atas masa doc membaca luahan hati saya.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club