Lelaki Ini Kongsi Resipi Ikan Kembong Cicah Air Asam Pedas Menyengat.

Share

Menyediakan hidangan untuk keluarga tak perlu menu yang berat.

Yang ringkas pun mampu membuka selera. Apatah lagi jika itu adalah air tangan ibu.

Bagi yang tengah berdiet, menu ini pasti termasuk dalam list wajib buat terutama ikan  bakar.

Tapi tak lengkap andai tidak dimakan bersama Air Asam.

Untuk ibu-ibu yang nak sediakan air asam mabeles, boleh cuba perkongsian lelaki ini.

UNTUK Ikan:
* Ikan apa-apa yang disukai.
* Lumur dengan sedikit garam kemudian kukus sampai masak.

UNTUK Air Asam:
Asam jawa
Air masak
Bawang besar
Tomato – potong dadu
Cili api hiris kecil
Garam
(Ada yang suka letak belacan. Boleh  je tapi saya tak letak sebab nanti asyik pegang hidung je???)

Cara membuat:

*Campurkan semua bahan ni dalam mangkuk.
*Gaul-gaul kuah jangan cair sangat. Pekat sikit baru ummpppp….
*Kemudian ikan yang dah siap kukus tadi tu kita curahkan aje air asam ni… Siap.

Tip
Makan dengan nasi panas dan ulam timun.

Ok….selamat mencuba

credit : Hairul Nizam Ijam‎