Pokok kunyit dan kesum adalah antara tananam yang wajib ada di setiap rumah. Kekerapan digunakan dalam masakan menjadikan tanaman ini popular di kalangan mereka yang bercadang untuk menanamnya di halaman rumah.
Namun, bukan mudah sebenarnya untuk pastikan pokok subur dan tiada serangan serangga.
Menarik perkongsian ini apabila menggunakan petua neneknya cara keratan dapat membantu memastikan pokok kunyit dan kesum kembali subur. Ikuti perkongsian beliau.
Teknik Kerat Kunyit Dan Kesum Bantu Suburkan Tanaman.
Kali ni, nak kongsikan satu tips daripada nenek berkaitan dengan teknik keratan. Dulu-dulu nenek amalkan shingga ke hari ini, dia turunkn ilmu sikit-sikit kat cucunya yang ni.
DAUN KUNYIT
Ads
Situasi nya begini. Saya bagitau nenek. Ramai juga sblum ni saya lihat mslah shbat2 berkaitan dengan daun2 kunyit yang rosak, kekuning kuningan.
Maklum la lagend. Sempoi ja nnek jwab. Kerat la kesemua daun tu. Jika belum ada keperluan nak guna. Dengan cara ni, akan memberikan peluang untuk pucuk baru tumbuh dalam kadar segera. Saya cuba 1 minggu lepas. Ya. memang betul. Ni teknik nenek. Mungkin ada faktor2 daripada aspek ilmiah. Cuma ini saya kongsikan cara orang dulu2.
Ads
Cara & tahap keratan ada pda gmbar ya. Seronok la dapat blajar scara langsung dripada atok nenek kita. Di samping kita ada menggunakan baja yang juga membantu tnaman kita.
DAUN KESUM
Ads
Ni saya tunjukkan kesum saya. Yang dh pun berumur 5 bulan. Kerat, lebat, kerat, lebat, mcm tu la sampai petang ni. Petang ni saya kerat untuk rendam batang tu dan tanam semula nanti.
Jangan takut kerat. Selagi nyawa dikandung badan, tuah tidak akan menderhaka. Ehhh. Dh salah ni. . Selagi akar aktif. InshaaALLAH selepas kita kerat mcm dalam gambar tu.
Perasan tak, sejak-sejak dah ada anak ni, kita dengan pasangan banyak menghabiskan masa demi membesarkan anak-anak dan kerja, sehingga lupa untuk bermesraan antara satu sama lain.
Kalau dulunya selalu dating berduaan, sekarang nak duduk melekat berdua pun susah! Mesti ada yang datang ‘mengacau’. Kan? Hehe. Tak boleh tau macam tu! Macam mana pun, kita kena berlaku adil dengan diri sendiri dan pasangan, kena rasa kasih sayang tu barulah hari-hari yang kita lalui pun tak terasa terbeban. Seperti perkongsian dari Dr Taufiq Razif ni. Jom ikuti perkongsiannya.
—————————————————————————————————
Tadi kami bangun awal pagi. Solat subuh sama sama, zikir sama sama.
Habis zikir pagi saya bisik pada girlfriend saya ni “Jom keluar rumah. Kita sarapan di luar harini “. Si dia tersenyum sambil mengangguk perlahan.
Biasanya kami sarapan oat di rumah je tapi nak taknak harini saya nak ajak juga girlfriend saya ni keluar.
Anak anak kami titipkan sekejap pada adik saya dan kami keluar berdua. Nak taknak kena dating juga pagi ni sebab tengahari nanti saya akan ada mesyuarat sampai petang. Lepastu akan sambung bermesyuarat lagi di Karangkraf sampai ke pukul 11 malam.
Saya nak didik isteri saya bahawa walaupun apa pun pangkat kita dalam rumahtangga tak kisah la ibu ke mama ke mommy ke ataupun ayah ke daddy ke abi ke tetapi pangkat yang kita tak boleh lupa adalah menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing masing.
Kadang kita terlampau sibuk jadi mak ayah sampai kita terlupa untuk jadi suami isteri.
Perkahwinan bukan semata mata untuk menjaga anak. Anak tu penting tetapi mewujudkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam hati pasangan juga tersangat la penting.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk berpegangan tangan.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk bercumbu bermesraan.
Kita taknak makin kita berusia hubungan cinta makin hambar, tawar dan akhirnya hilang ditelan kesibukan.
Mulai harini jom kita usaha untuk curi masa untuk dating berdua dengan pasangan masing masing.
Hingga akhirnya kita kembali menjadi suami idaman kepada si isteri. Dan hingga akhirnya kita kembali menjadi isteri dambaan kepada si suami.
Nota kaki : Tolong berikan dan kongsikan nasihat ini pada pasangan masing-masing ya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya dan cemerlang, itu semua impian setiap ibu bapa.
Namun terlalu mendesak anak dan menganggap anak tidak pandai boleh memberi kesan negatif pada dirinya termasuk merasakan dirinya ‘loser’.
Dalam hal ini, untuk mengelak ia terjadi kepada anak itu, ibu bapa harus tahu cara untuk mendorong anak dengan cara yang betul.
Ikuti huraian lanjut mengenai hal ini, menerusi perkongsian puan Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy.
FASA YANG MEMBENTUK SEORANG ‘LOSER’.
Apabila kanak-kanak didedahkan kepada penilaian akademik terlalu awal dalam hidup, maka tekanan ke atas mereka untuk memenuhi harapan orang dewasa juga bermula terlalu awal dalam hidup mereka.
Jika anda mempunyai anak yang akan menamatkan zaman tadika ataupun yang baru selesai tahun 1, janganlah terlalu cepat menilai anak sebagai ‘tak pandai’ hanya berdasarkan penilaian yang dibuat pada tahap itu.
Perjalanan anak-anak usia itu baru sahaja bermula.
Usia 6-11 tahun
Usia 6-11 TAHUN adalah usia mencari keupayaan dan kelebihan diri. Ibubapa dan guru-guru di sekolah memainkan peranan yang sangat penting sepanjang 5 tahun itu untuk membantu memantapkan keupayaan dan kelebihan yang dikenalpasti dalam diri anak. Pendapat ibubapa, guru dan rakan-rakan menjadi ‘SUARA HATI’ anak-anak usia ini. Mereka membina konsep diri dari kata-kata yang mereka dengar tentang diri mereka.
Seandainya pada usia seawal 6-7 tahun lagi tindakan dan perkataan yang diucapkan oleh ibubapa memberi isyarat kepada anak bahawa anak tidak ada harapan, anak tidak pandai seperti orang lain, anak tidak mencapai piawaian yang sepatutnya dan anak tidak memenuhi jangkaan, maka bayangkan dari peringkat awal lagi anak sudah tidak yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan merasa inferior.
‘Sense of competence’ atau rasa berupaya hanya terbina dalam diri anak-anak usia ini apabila mereka berjaya membentuk kecekapan ketika BERMAIN (pada usia awal) dan kecekapan MENYELESAIKAN TUGASAN sekolah pada usia seterusnya. Semua ini adalah PROSES YANG BERTERUSAN dan tidak boleh dinilai hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja.
Anak-anak yang sentiasa diberi KATA-KATA PERANGSANG dan galakan akan tumbuh sebagai seorang insan yang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Manakala anak yang tidak dirai dan tidak mendapat sokongan ibubapa dan guru akan tumbuh sebagai seorang individu yang sentiasa meragui keupayaan dan kebolehannya sepanjang proses mengenali diri pada usia tersebut.
Bayangkan anak yang merasakan diri ‘tidak berupaya’, ‘tidak pandai’, ‘tidak sempurna’ ini akan melangkah kaki ke USIA REMAJA dengan menganggap dirinya sebagai seorang ‘LOSER’.
Konsep diri yang sebegini selalunya akan membawa padah ke atas diri anak itu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya kerana mereka akan ‘rebel’ dengan sangkaan bahawa diri tidak bernilai.
PERANAN IBUBAPA DAN GURU.
Berikanlah galakan dan sokongan kepada anak-anak usia 6-11 tahun ini. Mereka masih dalam proses MENGENALPASTI KEUPAYAAN DAN MEMBINA KOMPETENSI. Melalui interaksi sosial bersama rakan-rakan dan guru di sekolah mereka sedang membina rasa bangga dengan keupayaan dan pencapaian diri yang akan mendorong mereka untuk terus berusaha.
HARGAI SETIAP USAHA anak usia ini walaupun usaha itu kecil kerana usaha kecil inilah yang akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar. Kritikan, kutukan, cemuhan dan merendah-rendahkan diri dan keupayaan mereka tidak akan menggalakkan mereka untuk terus berusaha.
Janganlah meletakkan kejayaan akademik pada usia awal sebagai syarat untuk anak mendapat perhatian dan kasih sayang anda.
Janganlah dijauhkan diri anak yang dirasakan ‘tidak berjaya’ pada usia 6-11 tahun ini dengan menghantar ke mana-mana institusi supaya dia memperbaiki diri. Tindakan sebegini hanyalah dilihat oleh anak sebagai satu HUKUMAN ke atasnya kerana anak usia ini masih memerlukan perapatan, belaian, sokongan dan bimbingan secara langsung dan berterusan daripada ibubapa yang berada di sisinya.
Pernah tak hadapi situasi bila anak jatuh, nak pujuk anak punya pasal mak ayah salahkan benda lain supaya anak tak menangis. Pernah kan?
Awas ye ibu ayah! Mungkin tingkahlaku anda tu akan beri kesan buruk pada anak-anak tau. Kesan macam mana tu? Nak tahu, jom ikuti perkongsian dari Faizatul Iman di laman Facebook miliknya ini.
Harini saya nak share ilmu yang saya dapat dari audio Ibu Rose tentang bagaimana nak didik anak supaya bertanggungjawab. Bermula dari sekecil-kecik perkara. Kalau nak anak-anak menjadi anak-anak yang bertanggung-jawab, benda simple macam ni pun kena ambil tahu dan ambil berat.
Biasa tak dengar ada ibu bapa yang salahkan sesuatu benda yang lain sebagai cara pujuk anak menangis ketika terjatuh contohnya:
“Ha..lantai ni buat anak mama jatuh ye. Babab lantai. Dah dah. Mama dah pukul dah lantai ni. Kesian anak mama. Jahat lantai ni buat anak mama jatuh.”
Menakutkan rupanya kesan jangka panjangnya. Bila kita terbiasa memujuk anak dengan cara begini akan menjadikan anak kita
Suka menyalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri
Dia yang buat salah tuduh orang lain pula
Buat salah, buat-buat tak tahu pula
Yang geramnya boleh marah balik kita ibu bapanya
Bila kita pindahkan kesalahan pada objek lain seperti lantai, sebenarnya kita mengajar anak kita untuk tidak ambil tanggung jawab bahawa dia yang silap dan tak berhati-hati. Ya Allah bila saya dengar takutnya, waliyazubillah semoga kita semua dijauhkan dari cara mendidik yang sebegini.
APA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN?
1) Tidak mengira usia anak, bila mereka menangis sakit macam tu, datang kepada mereka dan ambil tahu sakit kat mana.
2) Baca doa dan guna cara yang Rasulullah ajarkan bila sesuatu anggota badan sakit. Letakkan tangan dibahagian yang sakit. Baca bismillah 3 kali lalu bacalah:
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan (HR. Muslim).
Tiupkan dan gosoklah bahagian yang sakit beserta doa. Belai penuh timbangrasa dan kasih sayang.
3) Lepas tu, cakap dan ingatkan dengan lembut supaya dia lebih berhati-hati next time. “Be careful ok next time”
Jika dah lebih 3 tahun, boleh tanya apa yang dia belajar dari jatuh tu. Tapi tanyalah dengan lembut tanpa buat untuk dia rasa bersalah tak menentu. Rasa guilty. Jika kita buat sampai dia rasa bersalah, no good learning happen.
4) Elak berkata “ PADAN MUKA kan mama dah cakap dah!”
Ibu Rose selalu cakap, kita nak didik anak berakhlak mulia ni bukan hanya tahu bersyarahkan anak sahaja namun perlu ambil peduli benda-benda kecil seperti ini.
CONTOH AYAT YANG KITA BOLEH PRACTICE KAN BERSAMA
“Sayang jatuh sebab berlari tadi dan tak tengok kat lantai ada air tumpah ya? Pain? Meh ummi baca doa and blow dulu. Next time be carefull ok. Its ok, strong girl”
“Supaya lain kali tak jadi lagi, apa sayang nak buat? Apa yang sayang belajar dari kesilapan tu.” (Soalan tambahan ni bolehlah tanya anak yang dah 5 tahun lebih.)
Kuncinya adalah supaya anak itu ambil tanggungjawab diatas kesilapannya. Sebab dia ambil tanggungjawab, maka dia boleh ubah keadaan tu.
You can do it. Xoxo
Begitulah,
FAIZATUL IMAN BINTI MAKPOL
Jom elak dari tak sengaja mengajar anak jadi anak tak bertanggung jawab.
#ImanParentingJourney
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...