Lelaki Ini Kongsi Kisah Di Itali, Bila Covid-19 Makin Meningkat Di Negara Kita. Ini Sebabnya.

Share

Setelah ramai yang pulang ke kampung ekoran diberi cuti selama 2 minggu, telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak termasuk PM kita sendiri yang merayu supaya masyatakat duduk di rumah #stayathome untuk mengelak penularan wabak ini makin meningkat.

Malah melalui sebuah perkongsian seorang lelaki melalui Fbnya Khairul Abdullah, melahirkan kebimbangan kerana sikap sebegitu seakan sikap segelintir masyarakat Itali. Kita semua sudah maklum bahawa angka kematian di Itali akibat COVID-19 dah cecah ribuan.

Ikuti perkongsian beliau. Moga jadi iktibar.

 

Sejak kali pertama aku jejak kaki ke Itali 12 tahun lalu, aku memang agak perangai depa sama macam kita.

Dia punya feel bila first time aku drive masuk negara depa aku dah rasa sebijik macam kat Malaysia.

Cara depa drive, dengan keadaan jalan dia, tahap kebersihan dia, perangai orang dia dan macam-macam persamaan yang buat aku rasa deja-vu.

Tahap disiplin depa macam kita lah, tak dengaq cakap, langgar lampu merah tu biasa, macam kita jugak.

Paling syok bila tengok orang Bangladesh merata-rata menguasai segala jenis perkhidmatan dan perniagaan. Fuhh sebijik macam Malaysia getus hati aku.

Dan hari ini aku dah mula seram.

Semoga segala persamaan sikap tersebut tidak terus terbawa di dalam keadaan getir sebegini.

Gambar hiasan

Di Italy, hari ini dah 2,305 orang yang menemui ajal akibat virus ini. Satu jumlah yang sangat besar. Depa pun asalnya macam kita, orang suruh dok diam-diam di rumah depa pakat keluar berpoya-poya.

Semalam orang kita pun masih berpusu ke sana ke mari. Masih lepak mamak ramai-ramai sebab last day katanya.

Tak hirau social distancing yang diarahkan. Seolah-olah hari ini bila start penguatkuasaan barulah virus covid akan mula menyerang. Semalam dan hari sebelumnya covid semua lepak-lepak sebab kerajaan belum keluar arahan.

Hmmm.

IKUT ARAHAN KERAJAAN

Baik kerajaan kenakan restriction order tu kat Covid19 jer kan?, depa tu lebih dengar arahan kot.

Please gais, jika tak perlu jangan keluar. Jika keluar, kekalkan jarak, elakkan bersalaman atau menyentuh apa yang tidak perlu dan sentiasa cuci tangan.

Kita sama-sama bendung wabak ini. Kita doa, kita usaha dan kita tawakal.

Allah maha mendengar.

KHAIRUL ABDULLAH
#AbahDaddy