Kala ini, bukan sahaja dunia malah sudah pastinya seluruh warga Malaysia dalam kebimbangan mengenai penularan jangkitan coronavirus atau dikenali juga Covid-19.
Anak-anak kecil pun tahu sebut Covid -19. Betapa bahawa wabak ini menjadi isu hangat kini.
Pastinya kita berdoa semoga ahli keluarga dan saudara mara kita dijauhkan wabak ini. Namun, dalam tempoh kita berhati-hati, siapa sangka ada jika ada ahli keluarga yang terkena jangkitan. Pasti sedih dan terkejut.
Begitulah situasi yang dialami oleh lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hassan. Ikuti perkongsiannya.
Sedih, sebak.
Abang saya disahkan Positif covid-19 namun stabil dan semakin sihat. Sudah beberapa hari dikuarantin dan mungkin dilanjutkan beberapa minggu lagi. Sebak sangat terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun demi kebaikan perlu akur dengan arahan.
Sekarang anak isteri juga dikuarantin. Kami hanya mampu bertanya khabar melalui whatsapp sahaja. Jika nak hantar keperluan mereka kena letak diluar pagar rumah dan beredar. Allahu… Sedih sangat sangat.
Tolonglah kepada rakyat malaysia semua. Tolonglah akur dengan arahan. Duduk di rumah diam diam. Lakukan aktiviti di dalam rumah sahaja.
Inilah masanya kita perlu kerjasama. Untuk jatuhkan sesebuah kerajaan kita berganding bahu,inikan pula makhluk halus. Cara nak hentikan wabak ini kita kena elak segala jenis aktiviti berkumpulan. Jika kita sama sama patuh insyaallah wabak ini akan reda.
Tolong hentikan wabak,kita mampu.
INI SIMPTOM SEBELUM ABANG KANDUNG DISAHKAN POSITIF COVID 19
Ads
Gambar Hiasan
Ada yang tanya apa simptom abang saya sebelum di sahkan Postitif Covid-19.
Mungkin agak mengejutkan kalian. Beliau langsung tiada simptom(asymptomatic). Tetapi kenapa postitif? Antara sebabnya Covid-19 akan mudah menyerang mereka yang ada penyakit terutama darah tinggi,kencing manis atau warga emas yang lemah imuniti.
Yang biasa kita tahu simptom Covid-19 apabila seseorang demam,suhu tinggi,batuk dan sesak nafas. Namun berbeza dengan pesakit yang melalui tempoh ikubasi atau incubation period iaitu dari tempoh terkena virus sehingga mengalami simptom teruk.
Macam mana beliau tergerak hati nak pergi buat saringan? Dalam beberapa kerja,driver abang saya ini mengalami batuk,dan demam teruk. Namun masih juga bertugas bawa abang saya outstation.
Oleh kerana demam terus dibawa ke hospital . Rupanya staff dia positive Covid-19. Korang bayangkan dia bersama dalam kereta berjam jam(close contact) Selepas beberapa hari baru dapat kesan Covid-19. Dah berapa orang driver dia dah jumpa orang,duduk dengan keluarga. Allahu..
Sekarang semua yang terlibat kena kuarantin dan buat ujian saringan. Kalian tahu tak,sekarang beratus mungkin beribu sample sedang berada di makmal. Tempat saringan pula Que.
Macam abang saya,sekarang dia sihat 100%,tapi tetap kena kuarantin disebabkan positif. Duduk dalam bilik kuanranti bukan dirawat pun,cuma untuk dipantau sehingga benar benar sihat.
Ads
Sekarang pun tempat hospital abang saya dikuaranti juga penuh dengan pesakit yang suspected.
Sekarang apa perlu kita semua lakukan?
1. Ikut segala arahan yang dikeluarkan oleh KKM. Sekarang kita duduk rumah diam diam. Buat aktiviti dirumah sahaja. Nak pergi rumah jiran pun tak usah.
2. Pastikan rumah kita tidak menerima mana mana tetamu hatta jiran sebelah rumah sekali pun. Jika datang juga cakap kita sembang dalam group WhatsApp.
3. Buat pembersihan dalam dan luar rumah. Bersihkan tombol pintu,remote tv,permainan anak anak. Mop lantai,bersih singkit,bersih tandas setiap hari. Ya setiap hari macam kat klinik.
4. Tinggikatkan imuniti badan dengan mengambil makanan sihat. Yang korang pergi stock up makanan segera,makanan dalam tin,magi tu semua tak membantu tingkatkan imuniti badan. Makanan itu semua makan sekiranya benar benar darurat.
5. Makanan yang patut korang amalkan.
Ads
a) Makan madu awal pagi.
b)Amalkan habbatusauda(drop dalam air suam).
c) Amalkan buahan tinggi vitamin C
seperti nanas atau amalkan supplement vitamin C. Saya amalkan vitamin c 1000mg,garlic oil,minyak kelapa dara,minyak zaiton.
d)Berjemur dibawah cahaya matahari jam8am-10am untuk dapatkan vitamin D. Boleh juga sambil berjemur tu lakukan senaman. Saya biasanya akan buat High Intensity Intervel Training(HIIT)*TONTON di youtube. Atau dengan erti kata mudah buat larian setempat sepantas mungkin selama 30 saat.
e) Pastikan dalam setiap menu ada sayuran. Lagi bagus dimusim panas terik ini masak menu mudah tapi berkhasiat seperti singgang,sup tulang,sup sayur.
f) Pastikan minum air masak sekerap yang mungkin. Air yang cukup dalam badan bantu tinggkatkan imuniti badan.
g) elakkan makanan makanan tinggi gula atau minuman tinggi gula. Duduk dirumah biasanya tiada aktiviti. Selama 14 hari ini jika ambil tinggi gula berat badan boleh naik berkilo kilo,imuniti akan lemah,badan akan jadi lemau.
6. Solat awal waktu. Amalkan zikir 300 pagi dan 300 petang. Pastikan dapat baca Al Quran 5 halaman atau 1 juzuk sehari.
7. Tidur awal waktu supaya badan kita dapatkan hasilkan hormon melatonin dengan baik. Hormon ini penting untuk TINGKATKAN imuniti badan kita. Dan bangun awal waktu solat tahajjud subuh.
Pernah dengar tak kata orang, biar papa, asalkan bergaya. Memang ada orang macam ni dalam masyarakat. Berbelanja lebih daripada kemampuan. Akibatnya diri dan keluarga yang merana. Hidup dalam berhutang. Apa yang pasti, hidup biarlah ikut kemampuan.
Ikuti perkongsian ni
Gaji RM 2,000 tapi hidup gembira macam gaji RM10,000.
Nampak macam tak logik. Tapi ya, ini real. Dulu, saya teringin sangat nak gaji RM 5,000. Dalam hati cakap, kalau dapat gaji macam itu mesti seronok.
Bila Allah izin untuk merasa pendapatan RM 5,000 , kita mula rasa tak cukup. Kita nak gaji lebih tinggi. Kita target gaji RM 10,000 pula.
Bila Allah beri pendapatan RM 10, 000, sekali lagi kita rasa makin tak cukup. Kita naikkan lagi gaji sampai RM 20,000.
Lama kelamaan, kita rasa makin tak cukup. Kemudian saya ditegur oleh guru saya;
“Bukan nilai ringgit itu yang buat kita rasa cukup tapi keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat. Itu yang menentukan kecukupan hidup kita.”
Ada salah seorang pasukan saya tanya;
“Seronok yek jadi macam Tuan Basit, gaji besar, boleh pergi ke merata tempat.”
Saya kata pada dia sambil berseloroh;
“Kamu nak jadi macam saya tak? Apa kata kamu ganti tempat saya. Berdiri straight 8 pagi – 5 petang selama 4 hari plus tido cuma 2-3jam sahaja sehari. Nak cuba?”
Saya pegang kemas teguran guru saya tadi. Bukan nilai ringgit itu yang jadi ukuran dalam kecukupan rezeki.
Ada orang gaji RM 2,000 sahaja, tapi dia kerja macam gaji dia RM 10,000. Sungguh- sungguh dia buat. Tak berkira. Siang malam bekerja walaupun gaji dia hanya RM 2,000.
Walaupun gaji RM 2,000, dia punya bahagia kalah orang yang gaji RM 10,000. Allah mudahkan urusan dia. Allah lindung dia dari bencana dan kesusahan.
Ada orang gaji RM 10,000 tapi dalam urusan kerja tak pernah jujur. Culas dalam menjalankan amanah. Suka curi tulang. Belanja sakan macam esok sudah tiada.
Allah uji dia. Kereta rosak. Superbike excident. Investment rugi. Gaduh dengan family dan macam-macam lagi.
Ini real. Saya bercakap atas kapasiti pengalaman. Saya buat bisnes dari jalanan. Saya bukan lahir-lahir terus mewarisi kekayaan keluarga.
Dulu sebiji telur saya boleh goreng dan bahagi empat. Satu hari makan satu slice. Settle menu untuk empat hari punya makan.
Saya ingat lagi bagaimana rasanya tak ada duit. Saya juga ingat lagi bagaimana rasanya ada berjuta dalam akaun.
Dari sekecil-kecil sampailah sebesar-besar ego saya pernah bela. Dari senipis dan setebal- tebal tembok rasa hebat dan rasa tahu sudah saya langgar.
“Bukan duit banyak jadi ukuran,tapi rezeki yang berkat menjadi sandaran”
REZEKI BERKAT
Rezeki yang berkat bermaksud,ada sedikit cukup . Ada banyak boleh berkongsi dengan orang lain.Keyakinan kita terhadap rezeki tidak berbelah bahagi.
Kita tidak risau duit dalam akaun tidak cukup. Yang kita risau rezeki yang dapat tiada keberkatan didalamnya.
Kalau kita nak rasa sentiasa cukup dan berkat dalam hidup, pastikan kita tak abai perkara-perkara ini.
Kalau sebut tentang ibu tiri, semestinya masyarakat akan beranggapan buruk kononnya mereka ini bermuka-muka, di depan suaminya baik tapi di belakang, menganiaya anak tiri sendiri! Stereotaip ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak-anak sebelum mengenali ibu tirinya, dan boleh mewujudkan jurang antara mereka.
Tetapi, tak semua sama seperti yang dimomokkkan. Masa kini, dah terbukti ada ibu tiri yang baik, malah melayan anak tiri sama seperti melayan anak kandung sendiri. Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, individu yang bernama Nurain Dona Dameria Abdullah menyayangi dua anak tirinya, Danish Naufal Norhasidi dan Danial Aiman Norhasidi seperti zuriat sendiri.
Kasih sayang dicurahkan wanita yang mesra disapa Nurain, 40, itu membuatkan Danish Naufal, 21, dan Danial Aiman, 20, selesa hingga memilih tinggal bersamanya walaupun wanita itu sudah berpisah dengan bekas suami kira-kira tujuh tahun lalu.
Berkongsi kisahnya, Nurain yang menetap di Kempas berkata, sejak awal lagi dia tidak pernah menganggap Danish Naufal dan Danial Aiman sebagai anak tiri.
“Saya berkahwin dengan ayah mereka ketika Danish Naufal berusia lima tahun dan Danial Aiman empat tahun.
“Bukan mudah nak rapat kerana anak dijaga ibu mentua sebelum itu jadi lebih manja dengan nenek mereka.
“Lama kelamaan, saya diterima juga malah saya yang mengajar mereka solat,” katanya dipetik dari HMetro.
Lebih membuatkan Nurain tersentuh apabila dua anak tirinya bukan hanya menyayangi malah tidak pernah lupa untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya.
“Setiap kali hari jadi, mereka pasti akan buat kejutan bagi meraikannya. Kiranya, mereka tidak pernah lupa hari penting dalam hidup saya dan sering juga belanja makan untuk berkongsi rezeki.
“Baik Danish Naufal mahupun Danial Aiman, kedua-duanya begitu malah mereka sanggup mengambil cuti bagi menjaga saya ketika sakit.
“Boleh dikatakan, hubungan kami memang rapat malah mereka tidak malu untuk bermanja atau kongsikan masalah dengan saya,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung berusia tujuh, 12 dan 14 tahun hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Berhubung kisahnya yang tular, Nurain berkata, tujuannya berkongsi video di TikTok sekadar untuk menunjukkan kepada masyarakat terhadap sisi ibu tiri yang jarang diketengahkan.
“Niat saya nak buka mata orang kerana imej ibu tiri sinonim dengan kejam dan hanya berperwatakan baik di hadapan suami tetapi sebaliknya dengan anak tiri.
“Hakikatnya, bukan semua ibu tiri begitu dan diharap perkongsian saya itu dapat menyedarkan masyarakat.
“Semoga perkongsian yang baik daripada saya boleh jadi ikutan ibu tiri di luar sana juga peringatan kepada mereka supaya tidak membezakan layanan terhadap anak kandung dan anak tiri.
“Ia bagi mengelak timbulnya perasaan dendam anak tiri kepada kita apabila mereka sudah dewasa dan layanan saya dapat hari ini adalah hasil tuaian sebelum ini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen video tiktoknya, rata-rata memuji ketulusan dalam menjaga kedua anak tirinya. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dijaga oleh ibu tiri yang baik.
Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.
Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Awani pada Sabtu.
Allahyarham Julie meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam di Shah Alam.
Pada 9 Januari lalu, Awani melaporkan penyanyi legenda itu ditidurkan di hospital yang sama, akibat masalah paru-paru.
Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, ‘Burong Nuri’ yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.
Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat, Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.
Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.
Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.
Sumber : Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.