Lelaki Ini Kongsi Cara Santuni Isteri Sebelum Ke Tempat Kerja. Sweet!

Share

Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang. Malah api cinta  suami isteri harus disemai setiap hari supaya ia bercambah dari masa ke semasa. Barulah hubungan tersebut berkekalan dengan kasih sayang.

Perkongsian saudara Akhtar Syamir sungguh inspirasi.

Saya kongsikan apa yang saya buat sebelum meninggalkan isteri untuk ke tempat kerja.

Saya akan hulurkan tangan untuk dia salam. Kemudian saya akan salam dan cium tangan dia pula. Lepas itu saya akan kucup dahi, pipi dan bibir dia. Kadang-kala dengan nakal saya cium hidung dia. Kemudian saya akan peluk dia dan cium bau rambut dia sekuatnya.

Sebelum pergi, saya dan dia akan berbalas I Love You di pintu rumah. Dia akan berpesan supaya berhati-hati bawa kereta dan berpesan yang kami jumpa semula petang nanti.

Saya meninggalkan dia dengan penuh cinta dan positif. Dia melepaskan saya dengan penuh kemesraan dan semangat. Kami berdua sudah membayangkan pertemuan semula petang nanti. Dia akan sambung tidur, saya akan mula bekerja dengan semangat. Kedua-dua kami dalam mood yang sangat baik.

Inilah yang mengikat dengan kuat perasaan kami. Kepada yang biasa buat, teruskan. Kepada yang tidak biasa, boleh cuba. Kesan dia sangat baik. In Shaa Allah.

Semoga kita selalu melepaskan pasangan dengan penuh cinta dan sentiasa menginginkan pertemuan semula apabila kita berpisah sebentar kerana apa-apa urusan.

Kongsikan tips kebahagiaan ini jika anda rasa ianya bermanfaat.