
Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang. Malah api cinta suami isteri harus disemai setiap hari supaya ia bercambah dari masa ke semasa. Barulah hubungan tersebut berkekalan dengan kasih sayang.
Perkongsian saudara Akhtar Syamir sungguh inspirasi.
Saya kongsikan apa yang saya buat sebelum meninggalkan isteri untuk ke tempat kerja.
Saya akan hulurkan tangan untuk dia salam. Kemudian saya akan salam dan cium tangan dia pula. Lepas itu saya akan kucup dahi, pipi dan bibir dia. Kadang-kala dengan nakal saya cium hidung dia. Kemudian saya akan peluk dia dan cium bau rambut dia sekuatnya.
Sebelum pergi, saya dan dia akan berbalas I Love You di pintu rumah. Dia akan berpesan supaya berhati-hati bawa kereta dan berpesan yang kami jumpa semula petang nanti.
Saya meninggalkan dia dengan penuh cinta dan positif. Dia melepaskan saya dengan penuh kemesraan dan semangat. Kami berdua sudah membayangkan pertemuan semula petang nanti. Dia akan sambung tidur, saya akan mula bekerja dengan semangat. Kedua-dua kami dalam mood yang sangat baik.
Inilah yang mengikat dengan kuat perasaan kami. Kepada yang biasa buat, teruskan. Kepada yang tidak biasa, boleh cuba. Kesan dia sangat baik. In Shaa Allah.
Semoga kita selalu melepaskan pasangan dengan penuh cinta dan sentiasa menginginkan pertemuan semula apabila kita berpisah sebentar kerana apa-apa urusan.
Kongsikan tips kebahagiaan ini jika anda rasa ianya bermanfaat.
Kejayaan Seorang Suami, Atas Kebaikan Isteri Itu. 10 Ciri Ini Pencetus Pembawa Rezeki Buat Keluarga.

Isteri itu punca rezeki buat suami. Asbab doa isteri juga menjadikan rezeki suami menjadi melimpah ruah.
Justeri rumahtangga bahagia sudah tentu hidup pasangan itu harmoni sekali gus pencetus aura positif untuk keluarga.
Sebagaimana perkongsian lelak ini mengakui kejayaan seseorang lelaki itu adalah kebaikkan yang diberikan oleh seorang isteri itu.
“A man’s success has a lot to do with the kind of wife he chooses to have in life.”
Inilah 10 Ciri-ciri Isteri Pembawa Rezeki Suami.
1. Isteri yang pandai bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki.
Punya suami, bersyukur.
Menjadi ibu, bersyukur.
Anak-anak boleh mengaji, bersyukur.
Suami memberikan nafkah, bersyukur.
Suami memberikan hadiah, bersyukur.
Suami mencintai setulus hati, bersyukur.
Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya.
Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan wanita dinikahi sebab empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu untung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan rezeki yang halal.
Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang gemar silaturahim
Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki.
Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).
9. Isteri yang gemar solat dhuha
Shalat dhuha merupakan shalat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Shalat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?”
Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
10. Isteri yang taat dan melayani suaminya
Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.
Kawan-kawan,
Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.
Begitulah.
“A man who treats his woman like a princess is a proof that he has born and raised in the arms of a queen.”
Masukkan Anak Ke Kelas DLP (Dual Language Programe), Jangan Main Ikut Orang. Cikgu Ni Bagi Pencerahan, Ibu Ayah Sila Ambil Tahu!

Menyentuh tentang pendidikan anak-anak masa kini, begitu banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan demi kebaikan di masa akan datang. Oleh yang demikian, sewajarnya, ibu bapa era moden seperti kita hari ini perlu ambil tahu banyak perkara dalam menentukan hala tuju pembelajaran anak-anak.
Ia perlu difahami dengan jelas, di mana secara totalnya jauh berbeza dengan pendekatan yang telah diambil oleh ibu bapa kita suatu ketika dahulu. Contohnya dalam hal menentukan anak-anak harus berada di dalam kelas DLP (Dual Language Programe) atau sebaliknya.
Jika kita masih ragu-ragu, ayuh baca perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh di akaun fb miliknya. Jom semak.
Semasa merasmikan Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten tengahari tadi, aku berkongsi tips dengan ibubapa yang mana anak mereka bakal naik ke darjah 1 tahun depan.
Perkongsian tentang kelas DLP memang sangat dinantikan oleh ibubapa. Ramai yang pm bertanya aku, elok ke tak kelas DLP ni untuk anak-anak mereka.
Begini tuan puan. Kelas DLP (Dual Language Programme) merupakan program yang memberi pilihan kepada murid-murid belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Bermula 2018, kelas DLP hanya dibuka untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 sahaja. Sebelum 2018, kelas DLP dibuka juga untuk tahun 4 dan tingkatan 4.
Jadi, jika anak-anak kalian memang fasih berbahasa Inggeris, di rumah pula sering speaking, sangat sesuai jika masukkan anak dalam kelas DLP. Bahasa Inggeris mereka akan lebih baik dan dapat ditingkatkan bila masuk kelas DLP.
NAMUN…
Ada segelintir ibubapa menyesal memasukkan anak ke kelas DLP. Kenapa mereka menyesal?
Kerana mereka terikut-ikut dengan orang lain. Kerana mereka anggap kelas DLP ialah kelas elit. Kerana mereka nak anak mereka di kelas elit kononnya.
Bila anak mereka masuk, anak mereka tak dapat ikuti dengan baik. Markah Matematik dan Sains merudum teruk. Mereka sangka, belajar Matematik sekadar angka. Sedangkan silibus Matematik bukan sekadar soalan ‘one plus two equal three’. Matematik bukan sekadar nombor dan simbol sahaja.
Matematik sangat banyak soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Alangkan dalam Bahasa Malaysia pun masih ramai murid tidak faham kehendak soalan, inikan pula dalam English dan basic English anak mereka lemah.
Lebih merisaukan ibubapa, sebaik anak masuk kelas DLP, memang tidak dibenarkan menarik diri. Kena habiskan dari darjah 1 hingga darjah 6 dalam kelas DLP juga.
Malah jika berpindah sekolah, wajib mencari sekolah yang menawarkan program DLP juga. Tidak semua sekolah tawarkan program ini.
Jadi, jangan ikut orang. Jangan memaksa anak-anak. Kita sebagai ibubapa kena tahu potensi dan kebolehan anak-anak.
Jika mereka bagus English, boleh pilih kelas DLP kerana pengajaran Matematik dan Sains diajar sepenuhnya dalam English.
Jika tidak, masuk saja kelas biasa. Silibus dan sukatan antara kelas biasa dan DLP 100% sama. Yang beza cuma bahasa pengantar sahaja.
Sila fahami dan hadami elok-elok ya. Hak anda untuk memilih mewakili anak-anak ni. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.
sumber : Mohd Fadli Salleh
Tak Ada Istilah Orang Utara Bahasa Kasar, Mua Bellaz Dapat Pujian Melambung! “Makin Kaya, Makin Humble”

Bila sebut tentang Mua Bellaz, mesti anda mengenali jurusolek dari utara ini. Bukan sahaja dikenali kerana hasil mekapnya yang cantik, tetapi keletahnya yang mencuit hati itu membuatkan ramai tidak terlepas daripada berterusan mengikuti perkembangannya.
Walau bagaimanapun, satu perkongsian seorang individu di media sosial membuatkan nama Mua Bellaz menjadi perbualan ramai apabila sikapnya daripada dahulu sehingga sekarang masih sama dan jauh daripada kontroversi.
“Takde istilah orang utara bahasa kasar. Semuanya atas diri kita sendiri, kuat mana iman kita bila dah berada di atas. Bellaz okay jaa dah kaya pun takde kontroversi,” tulis pemilik akaun tersebut yang memuji sikap Mua Bellaz.
Dalam pada itu, netizen juga setuju dan memberikan pujian terhadap sikap pempengaruh dan jurusolek terkenal ini.
“Betul Mua Bellaz makin popular makin sopan je cakapnya. Dia pun sendiri cakap dah popular kena jaga bahasa”
“Ni baru betul, makin berisi padi makin menduduk ke bawah…”
“Dia tempik pun anak-anak dia ja. Takdak duk tempik orang jerkah-jerkah suka betui tengok live dia”
“Mua Bellaz ni kategori millionaire dah. Dia sedaq dulu dia macam mana, dia matang sebab tu dia tak cakap kurang ajaq…”
Sumber : Tiktok atiqahcantikaya