Lelaki Ini Kongsi 4 Langkah Mudah DIY Sticker Nama Buku Anak Dengan Modal RM2.16 Sahaja. Wow Superb!

Share

Tak sampai dua minggu lagi anak-anak akan memulakan persekolahan. Agaknya keperluan semua dah hampir siap. Bagi ibu-ibu yang ramai anak, pasti menghadapi masalah untuk menulis nama anak di buku. Lenguh jari kan.

Jom ikut perkongsian dari Mohd Iyyad 

yang membuat sendiri pelekat. Menariknya, dia hanya bermodalkan RM2.16 sahaja. Wah cukup jimat kan, tenaga pun tak banyak guna ni.

Jom kita tengok caranya


Print sticker buku sekolah anak – Modal RM2.16 shj

Musim persekolahan bakal kembali, so saya nak kongsi cara print sticker utk buku sekolah anak.

Berikut adalah cara yang dilakukan oleh beliau.

Step 1 – Beli Self-Adhesive Labels brand Unicorn (harga di Aeon Jusco RM2.16). Pastikan beli size 19mm x 50mm (kod: 1012). Nak beli size lain boleh tapi kena edit size sendiri.

Ada 10 helaidlm 1 plastik ni.. Pastikan beli size yg betul (19 x 50mm) spt di sticker bulat oren tu..

Step 2 – Download word printing template di https://goo.gl/ChqLVc

Step 3 – Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H). Jangan tercopy spacing, nanti spacing lari.

Tekan Ctrl+H.. isi nama “Muhammad Iyyad” di ruangan “Find what” dan nama anak tuan/puan di ruangan “Replace with”.. ulang step sama untuk replace nama ayah dan nama kelas..

Step 4 – Print, siap

Ini hasilnya,,Guna printer apa2 pun boleh.. Kalau nak masukkan maklumat subjek, guru kelas dan sebagainya kena pandai2 edit..

*Sblm ni saya guna cop, pun ok juga. Cuma print sticker ni boleh masukkan info lain spt nama kelas, nama subjek etc.

Mudahan bermanfaat.