Tak sampai dua minggu lagi anak-anak akan memulakan persekolahan. Agaknya keperluan semua dah hampir siap. Bagi ibu-ibu yang ramai anak, pasti menghadapi masalah untuk menulis nama anak di buku. Lenguh jari kan.
Jom ikut perkongsian dari Mohd Iyyad yang membuat sendiri pelekat. Menariknya, dia hanya bermodalkan RM2.16 sahaja. Wah cukup jimat kan, tenaga pun tak banyak guna ni.
Jom kita tengok caranya
Print sticker buku sekolah anak – Modal RM2.16 shj
Ads
Musim persekolahan bakal kembali, so saya nak kongsi cara print sticker utk buku sekolah anak.
Berikut adalah cara yang dilakukan oleh beliau.
Step 1 – Beli Self-Adhesive Labels brand Unicorn (harga di Aeon Jusco RM2.16). Pastikan beli size 19mm x 50mm (kod: 1012). Nak beli size lain boleh tapi kena edit size sendiri.
Ads
Ada 10 helai label dlm 1 plastik ni.. Pastikan beli size yg betul (19 x 50mm) spt di sticker bulat oren tu..
Step 3 – Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H). Jangan tercopy spacing, nanti spacing lari.
Ads
Tekan Ctrl+H.. isi nama “Muhammad Iyyad” di ruangan “Find what” dan nama anak tuan/puan di ruangan “Replace with”.. ulang step sama untuk replace nama ayah dan nama kelas..
Step 4 – Print, siap
Ini hasilnya,,Guna printer apa2 pun boleh.. Kalau nak masukkan maklumat subjek, guru kelas dan sebagainya kena pandai2 edit..
*Sblm ni saya guna cop, pun ok juga. Cuma print sticker ni boleh masukkan info lain spt nama kelas, nama subjek etc.
Bagi yang pernah mengerjakan umrah, pasti akan ada kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Masih panas dengan isu istiqamah dan tudung, setiap orang baik selebriti mahupun orang biasa berkongsi pengalaman dan juga pandangan sendiri.
Bagi penyanyi yang lahir dari program realititi tv ini, dia banyak memikirkan tentang istiqamah usai pulang menunaikan umrah pada awal Februari lalu.
Mila, 31 yang juga seorang usahawan dalam satu perkongsian memberitahu, setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.
“Semenjak balik dari #umrah2019 dengan @bizmillahtravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang ‘ISTIQAMAH’… Hati seperti berbicara dengan diri sendiri.
“Kenapa waktu di Makkah dan Madinah, boleh menjaga aurat sebaiknya… Kenapa balik Malaysia masih berseluar jean. Bertudung tetapi masih tak tutup aurat dengan sempurna?
“Persoalan ini hari-hari bermain di fikiran dan hati saya… Benar… Malunya pada Allah. Waktu mengerjakan umrah aurat ditutup sebaiknya,” katanya.
Dia merujuk cara berpakaian yang betul menurut kehendak Islam iaitu seharusnya seseorang wanita Islam menutup aurat dengan memakai pakaian longgar.
Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin ini memberitahu dia menyedari betapa pentingnya untuk menutup aurat dengan sempurna ketika berada di sana namun mula lupa mengenai perkara itu.
“Saya secara automatik tahu tentang penting tutup aurat. Tetapi bila pulang ke sini (tanah air), kembali seperti biasa dan mula lupa apa itu aurat.
“Allahuakbar! Bimbanglah kami agar istiqamah dan taat kepada mu ya Allah… Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” ujarnya.
Mila berkahwin pada 11 November 2015 bersama Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.
Mila berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram dan rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.
Meskipun daun kunyit menjadi pelengkap ramuan untuk menyedapkan lagi masakan rendang mahu pun gulai, namun penggunaannya tidaklah begitu menyeluruh dalam masakan harian lainnya.
Jadi bila dibeli seikat daun kunyit dan umumnya kita hanya akan menggunakan sehelai sahaja dalam masakan. Lalu selebihnya akan disimpan untuk digunakan di masa akan datang.
Pun begitu, apa yang menjadi masalahnya adalah daun kunyit akan menjadi kering bila disimpan di dalam peti sejuk. Dan bila hendak digunakan, rasa tidak puas hati pula melihat keadaan daun kunyit yang layu dan kering.
Pun begitu, tahukah anda ada cara atau trik yang boleh dilakukan untuk pastikan daun kunyit yang disimpan kekal segar dalam jangka masa yang lama.
Bagaimana caranya itu, jom kita baca perkongsian daripada Huda Zainal ini.
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi.
First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar.
Step 1
Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
Step 2
Basahkan kitchen towel tu. Biar dia lembab.
Step 3
Masukkan daun kesum dan kunyit. Kalau nak guna simpan pudina pun boleh.
Step 4
Cover atas daun tu denga kitchen towel lembab juga. Lepas.tu tutup bekas. Masukkan dalam refrigerator.
Setiap ibu bapa sudah tentu mahu memberikan penjagaan dan pengurusan yang terbaik buat anak.
Ia termasuk dalam hal soal pemakanan anak-anak. Jika anak yang bersekolah, ada segelintir ibu bapa sanggup bersusah payah bangun seawal pagi menyediakan bekalan untuk anak-anak.
Lebih kagum ada yang bekerjaya tetapi tetap menyediakan bekalan buat anak-anak. Bukan semua yang sanggup berbuat demikian.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang pengawai perubatan ini, Dr Syahr Musafir yang menjadikan rutin harian untuk memasak bekalan anak ke sekolah.
Biarpun sibuk dengan karier, ia bukan alasan untuk tidak menyediakan bekalan makanan untuk anak.
Bukan tidak mampu untuk membiarkan anak membeli makanan yang disediakan oleh pihak sekolah, namun momen manis menyediakan sendiri bekalan makanan anak itu memberikan suatu kepuasan buat dirinya.
Malah perkongsiannya tentang menu bekalan anak-anak turut menjadi perhatian netizen sehingga ada yang mempertikaiannya kesungguhannya itu untuk anak-anak tersayang.
Jom kita ikuti panduannya. Barangkali ia boleh jadi motivasi untuk menyediakan bekalan buat anak-anak.
Ini rahsia saya… “Bangun pukul berapa nak masak-masak sarapan pagi dan bekal sekolah ni?” ini satu soalan yang selalu ditanyakan.
“Bangun awal, tak rasa penat ke? Makan apa supaya tak rasa mengantuk apabila kerja….” juga salah satu soalan paling popular. Jawapannya,
1) Bangun awal. Jam berapa? Saya cerita di bawah.
2) Kalau tak penat tu bukan manusialah. Mestilah kepenatan itu wujud dan dirasa. Tetapi bukan penat itu yang sebenarnya patut difikirkan…
Begini ceritanya, Sekitar bulan November hingga Disember 2017, kami sedang menyiapkan barang persekolahan Along ST yang akan melangkah ke Tahun 1 pada Januari 2018, ketika itu saya fikir apabila Along mula bersekolah, anak ketiga kami Aboy (akan) berusia 1 tahun 1 bulan, masih menyusu badan.
Sebagai seorang ayah, saya mahu anak ke sekolah dengan bersarapan terlebih dahulu di rumah sebelum ke sekolah. Malah, saya fikir, bekalkan anak dengan makanan dari rumah adalah lebih baik daripada membeli makanan di kantin/luar.
Namun, sebagai seorang suami, saya tidak rasa idea untuk membiarkan isteri saya bersusah di dapur dengan kapasiti Aboy yang masih menyusu badan itu adalah idea yang baik. Maka, saya buat keputusan lebih baik saya yang memasak sarapan sekaligus bekal untuk anak sekolah.
Thus, the struggle begins. Susah pada mulanya, tetapi setelah terbiasa, jadi ringan, mudah dan sekarang (setelah lebih 2 tahun melakukannya), saya jadi seronok! Subhanallah.
Rahsia saya,
1) Bangun pagi ikut ‘menu’ makanan yang akan dimasak. Ada menu yang susah atau memakan masa untuk memasaknya (contoh kek, perlu bakar atau kukus lama), maka saya bangun sekitar 4.30 atau 4.45 pagi.
Ada menu yang senang (contoh nasi goreng), saya bangun sekitar 5 atau 5.15 pagi. Ada menu yang boleh dimasak dengan cepat tetapi penyediaan bahannya agak cerewet (contoh nak buat mi kari atau potato salad), ada bahan-bahan yang saya sediakan malam sebelum tidur dan bangun sekitar 5 pagi esoknya untuk memasak.
Ada masanya ‘terbabas’ maka kelam-kabutlah memasak, tetapi Alhamdulillah Allah mempermudahkan semua urusan.
Ya, saya rancang apa nak masak esok paginya pada petang atau malam sebelum itu. Dah ada idea dah, jadi senang. Paginya bangun terus masak, tak perlu mengelamun cari idea.
2) Menunaikan solat sunat, sekurang-kurangnya 2 rakaat, sebelum mula memasak. Sedar dari tidur, bangun, cuci muka dan ambil wudhu’, tunaikan solat. Sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Biasa saya buat 2 rakaat solat sunat tahajjud. Jika ada masa, tambah 2 rakaat solat sunat taubat. Jika masih ada masa, tambah 2 rakaat solat sunat hajat. Dan ‘tutup’ dengan solat sunat witir, ikut keadaan.
Percayalah kata saya, pagi yang dimulakan dengan solat qiyamullail itu buat saya cergas, bertenaga, seronok, gembira dan tak penat, bukan sekadar masa memasak pagi sahaja, tetapi sepanjang hari.
Berbeza sangat dengan pagi/hari tak buat solat sunat, ada je benda tak kena. Penat tu salah satu benda yang berlaku. Rasa lemah badan. Terkadang jadi moody, tak ada mood.
Tetapi hari solat, tak rasa susah pun. Kita minta Allah mudahkan urusan kita, maka Allah mudahkan. Subhanallah. Jadi 5 hari anak-anak bersekolah, maka sekurang-sekurangnya 5 pagi/malam/hari saya dapat tunaikan qiyamullail. Dulu agak payah juga, sekarang mudah. Dah jadi rutin. Jangan risau, memang sempat je ke surau atau masjid. Mahu atau tak mahu je.
3) Masak resepi yang ringkas, bagi saya. Saya tak suka komplikated, maka saya customize resepi ikut selera kami sekeluarga sahaja. Orang lain masak bihun goreng letak itu ini, wajib blend cili kering segala bagai, saya pilih resepi bihun goreng Singapura yang tak perlu guna cili kisar tetapi sekadar bawang dan black pepper saja. Orang lain masak spageti sos tomato kena buat itu ini jadi rumit, saya pilih memasak spegati aglio e olio yang guna minyak zaitun, chilli flakes dan bawang putih je. Pilih yang memudahkan.
4) Saya kongsi di Facebook, dengan tujuan mahu naikkan semangat sendiri. Saya share gambar, celoteh atau resepi, ada orang Like dan Komen, saya rasa seronok. Tak kisahlah walaupun tak ramai yang Like, saya anggap perkongsian saya tak negatif, tak buruk, of course niat LillahiTaala, maka saya share. Secara jujurnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah Like dan Komen (dan Share), sebab anda semua memberi semangat kepada saya untuk terus istiqamah memasak sarapan pagi sekeluarga dan bekal sekolah anak-anak. You guys are awesome!
5) Pelbagaikan menu, supaya kita sebagai tukang masak, tak rasa jemu nak memasak. Saya benar-benar pelbagaikan. Masakan Melayu, Cina, Barat, India, pelbagai. Semalam masak mi, hari ni sediakan roti, esok sediakan pasta. Gilir-gilir, selang-seli, tukar-tukar.
Bahkan apabila kita buat sebegini, kita jadi kreatif, kita jadi seronok, kita boleh cari idea baru, saya jadikan aktiviti dengan anak-anak mencari resepi dan idea masakan, macam-macam. Jadi teruja, seronok dan mengeratkan hubungan.
Boleh join support groups seperti Masak Apa Hari Ni di Facebook. Ramaaaaaaiiiiii orang kongsi gambar masakan, resepi dan seumpamanya. Macam-macam idea boleh dapat.
Tetapi perlu ingat fokus utama mencari idea dan resepi, bukan membawang, bukan saja-saja tengok, bukan skrol situ sini tanpa tujuan, nanti membazir masa tengok Facebook pun tak guna juga.
6) Sebagai suami, isteri menjadi support kuat saya. Isteri tak komplen masakan tak sedap ke, tetapi diam saja. Lama-lama si suami ni belajar sendiri rasa itu dan menambahbaikkan rasa sendiri. Isteri saya bangun awal pagi juga, saya masak isteri solat atau lipat baju atau kemas rumah…
Sebagai seorang lelaki, ibu saya support saya memasak untuk keluarga saya. Ini juga support kuat. Ibu perlu beri galakan kepada anaknya (kita) untuk memasak, bukan komplen menantu (isteri kita) tak memasak. Anak-anak pasti support punya. Saya ni, masak apa pun, setiap hari anak-anak kata saya masak sedap. Perghhhhhhh, seronok weyyyyy.
7) Semestinya semua ini perlu dilakukan dengan niat yang baik. Niat lillahi taala, pastilah terbaik. Niat bantu isteri, terbaik. Niat masak makanan sihat untuk keluarga, terbaik. Niat tak nak guna MSG segala tu, terbaik. Niat jimatkan duit, terbaik. Niat ibadah sama ada solat, masak, urus keluarga, semua ini terbaik. Niat nak ikut sunnah Rasulullah menyantuni keluarga dengan baik, terbaik. Niat semua yang baik-baik, Allah pasti bantu.
Dan satu perkara penting juga, lakukannya dengan baik. MasyaAllah, kita rasa seronok sebab rasa dekaaaaaat dengan Allah. Amalan menyantuni keluarga dengan baik, termasuk memasak ini, adalah amalan ajaran Rasulullah SAW, kan? Allah pasti bantu memudahkan.
Dan sekarang ini, anak-anak sudah tahu, setiap pagi nampak hidangan terhidang, anak-anak akan bantu ambilkan pinggan, sediakan sudu garfu, ambilkan gelas, duduk sama-sama, dan memastikan Papa (saya) ambil gambar sebelum makan 😅😁 Baca doa dan makan bersama. Subhanallah.
Kemudian bertolak ke sekolah, Papa (saya) pergi hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian saya ke tempat kerja. Bersama dalam post ini, saya sertakan gambar-gambar masakan sarapan pagi (makan pagi sebelum ke sekolah jam 7 pagi) sekaligus bekal sekolah anak-anak (makan waktu rehat jam 10 pagi di sekolah).
Memandangkan isteri saya berada di rumah (surirumah yang berniaga dari rumah), maka makan tengah hari dan malam isteri saya sediakan, saya jemput anak-anak balik dari sekolah pulang ke rumah dan lunch di rumah, tak makan luar pun jadi sebab itulah anda tak nampak saya makan di kafe tempat kerja. Heheheee.
Gambar-gambar ini adalah sebahagian koleksi dari Jun 2019 hingga awal Januari 2020 ini. Tanpa saya sedar, banyaaaaaak menu, resepi dan gambar saya kongsi. Hehehe…
Sebelum anak mula sekolah rendah, saya ada juga masak. Kadang-kadang je la, sebab isteri nak masak. Sekarang ni pun isteri nak masakkan sebab tak nak susahkan saya, tetapi saya minta isteri beri peluang saya pun nak buat kebaikan untuk keluarga juga. Saya masak pagi, isteri masak tengah hari/malam. Kerjasama dengan penuh kasih sayang gittewww
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di