Hubungan

Lelaki Ini Dedah Ilmu ‘ Penunduk Suami’, Guna Ayat Pujian Melambung Ni Ilmu Psikologi Yang Isteri Kena Tahu!

Share

Setiap pasangan suami isteri yang berkahwin tentunya inginkan kebahagiaan yang berpanjangan.

Tip bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu menjadi perhatian setiap pasangan suami isteri.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Taufiq Razif mendedahkan ‘ayat’ psikologi ini untuk para isteri guna kepada suami. Ia berbentuk kata-kata pujian yang membuatkan suami berlembut hati kepada isteri.

Ikuti perkongsian ini.

Saya nak kongsi 1 ilmu penunduk suami yang halal dipakai oleh para isteri

Okay kita kena tahu suami ni fitrahnya seorang Provider. Dia akan buat apa sahaja asalkan dia boleh provide makanan, keperluan dan segala perkara yang diperlukan oleh isteri dan keluarganya.

Itulah kenapa ada lelaki yang boleh kena tekanan jiwa bila mereka dah tak mampu nak jadi Provider pada ahli keluarga sebab di situ fungsi utama depa.

Ayat penunduk

Provider ni paling lemah kalau kita puji pencapaian dan kemampuan mereka contohnya :

” Abang, sayang rasa beruntung sangat dapat suami yang rajin macam abang “

” Abang, terima kasih tau bagi duit belanja bulan ni. Saya nampak betapa rajinnya abang bekerja siang malam untuk kami anak beranak “

” Abang tahu tak apa beza abang dengan Jutawan? Jutawan rajin rajin kerja pun dapat duit je tapi abang rajin rajin kerja dapat saya. Kikiki “

Haaa.. Lepas pakai ayat penunduk macam ni jangan pelik kalau tiba-tiba suami minta nak topup akaun Shopee puan puan semua ataupun tiba tiba je ajak masuk kedai emas. Paling tidak pun bagi duit suruh belanja kedai Eco.

Sebab apa? Sebab tangki emosi Provider ni mudah penuh kalau dipuji usaha dan kemampuan mereka. Masa tu mereka akan lemas dengan pujian dan pada masa tu juga lah mereka jadi paling lemah, nak minta apa pun mintalah, mereka akan angguk je.

Tapi apa pun, jangan salahguna ilmu ni tau. Sekali sekala time gaji tu boleh lah hehe

Adui! Kosong lah cart Shopee isteri saya nanti kalau dia tahu ilmu psikologi suami ini 

Sumber: Taufiq Razif

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520