Jodoh pun salah satu yang dikatakan rezeki. Begitu juga dengan seorang lelaki ini yang dipercayai empat tahun berumah tangga sudah berpoligami dan memiliki tiga isteri!
Tular dimedia sosial, lelaki dikenali sebagai Amirul tular dilihat berkongsi perkahwinan ketiganya di laman sosial.
Tindakan beraninya tidak seperti kebanyakan lelaki yang berkahwin lagi dengan cara ‘sorok-sorok’, pemuda ini terbuka untuk berkongsinya di laman sosial. Ternyata pendedahah yang berani terutama melibatkan poligami!
Dia mendedahkan mula berpoligami pada tahun 2021, hantaran beliau menerima lebih 2,700 reaksi dan 3,400 perkongsian.
“Alhamdulillah, ALLAH izin. Tanggal 1 Disember 2024 lalu, bertambah bilangan bidadari syurga saya. Perjalanan untuk menjayakan perkahwinan ini mengambil masa hampir tiga tahun. Ia bukanlah perjalanan yang mudah. Namun, Alhamdulillah, Haza Min Fadhli Rabbi.
“Terima kasih buat ibu bapa saya yang ‘sporting’ menyokong perkahwinan poligami ini, menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ijab qabul ini. Barakallahu fikum,” kongsinya.
Tidak sekadar itu, lelaki juga berkongsi persediaan majlis raja sehari beliau dan suri hati ketiga itu banyak dibantu isteri-isterinya.
“Terima kasih buat isteri-isteri saya. isteri pertama dan isteri kedua.Mereka yang banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini.
Seorang menjadi wedding planner manakala seorang jadi goodies packer. Baju pengantin, dekorasi, merekalah yang uruskan. Barakallahu fikum.
“Terima kasih buat sedara mara saya dan saudara-mara keluarga pengantin perempuan (isteri ketiga saya) yang sudi memenuhi jemputan majlis yang bersahaja ini.
“Ada yang perjalanan memakan masa dua jam untuk sampai. Mudah-mudahan musafir mereka membawa rahmat dan berkat daripada ALLAH,” coretnya.
Dalam masa yang sama, Amirul juga turut menitip pendapatnya mengenai poligami dalam perkahwinan. Ujarnya kehidupan monogami dan poligami, kedua-duanya tidak akan terlepas daripada ujian.
“Ketika kita menyangka monogami lebih selamat, kita sebenarnya kurang faham tentang hakikat kehidupan. Ini baru bab perkahwinan, belum bab lain lagi.
“Firman ALLAH dalam al-Quran, “Kami pasti akan menguji kamu semua dengan sesuatu daripada ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berikanlah khabar gembira bagi orang yang bersabar.”
“Alhamdulillah, ALLAH izin saya mula berpoligami pada tahun 2021, menjadikan usia poligami saya akan memasuki empat tahun. Walaupun usianya masih singkat, namun, Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan ‘circle’ poligami,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.
“Ada yang umur 40 tahun, 50 tahun dan 60 tahun. Dengan adanya ‘circle’ ini, banyak perkara saya dapat belajar dan perbaiki. Alhamdulillah,” ujarnya yang turut menyertai kumpulan lelaki berpoligami di Facebook.
Dalam pada itu, Amirul Hakimin juga menitipkan nasihat buat lelaki yang berniat untuk beristeri lebih daripada seorang pada masa yang sama.
“Buat lelaki yang ingin berpoligami, ini sedikit perkongsian daripada saya. Carilah ‘circle’ poligam dan bergaul dengan pengamal poligami. Dari situ, kita akan lebih mudah belajar dan perbaiki diri.
“Carilah ilmu melalui YouTube, buku dan kitab. Kita sebagai orang awam, boleh hadam video ceramah dan buku poligami pun Alhamdulillah.
“Perbaiki diri. Setiap hari perlu muhasabah diri apa yang perlu diperbaiki supaya kita lebih mudah untuk memimpin keluarga besar.
“Kenapa saya tak sebut tentang kewangan? Kerana masalah utama dalam poligami bukanlah kewangan tetapi ilmu dan hati. Tak percaya? Bergaullah dengan pengamal poligami, insya-ALLAH akan mudah nampak apa yang saya maksudkan,” kongsinya di Facebook.
Amiru yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya pada 1 Disember lalu mendedahkan ijab kabul itu direstui semua pihak.