Lelaki baru 3 minggu kahwin, kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan kos rawatan. Seorang rakyat Malaysia kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) Khamis lalu.
Lelaki Baru 3 Minggu Kahwin, Kemalangan Di Singapura
Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja, digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah dia terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.
Berikutan kemalangan itu, Akif memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatannya di republik itu. Keluarga Akif meminta jasa baik rakyat Malaysia, bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan.
Akif-Zarr yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Bencoolen Street, baru sahaja mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu.
Lelaki itu mengalami cedera serius di bahagian tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.
Isterinya, Nur Syahirah Md Zohir yang bekerja di Kulim, Kedah berkata keluarga diminta membayar sekurang-kurangnya 50 peratus kos rawatan di NUH sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Sebelum ini suami memang dinasihatkan untuk tidak dipindahkan kerana belum stabil. Hospital baru sahaja maklumkan petang tadi bahawa Akif-Zarr sudah boleh dipindahkan,” katanya.
Nur Syahirah yang kelihatan sugul berkata mereka sekeluarga kini runsing memikirkan bil hospital yang perlu diselesaikan. Bil setakat 23 Oktober berjumlah S$110,537.60 (S$1=RM3.29).
Ibu Akif-Zarr, Ku Amazon Tuan Yusof, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah negeri di Kelantan berkata mereka sekeluarga kini berulang dari Johor Bahru setiap hari bagi melawat anak keduanya itu.
Keluarga Mohon Bantuan Kos Rawatan
Beliau berkata mereka kini menumpang di rumah kawan Akif-Zarr dan akan berada di hospital sehingga waktu melawat berakhir pada 8 malam setiap hari.
Ads
“Saya tengok keadaan dia, Akif-Zarr memang perlukan sokongan kami sekeluarga. Jadi, walaupun dengan keadaan yang kurang sihat, kami akan tetap berulang sampai dia boleh pindah ke HSA,” katanya yang menghidap hipertensi, selain bapa Akif-Zarr yang mempunyai penyakit jantung.
Ku Amazon berkata, beliau memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbang bagi membayar bil hospital, selain mendoakan semoga anak kedua daripada enam adik beradik yang selama ini menjadi harapan keluarga cepat sembuh dan tabah menghadapi proses penyembuhan yang panjang.
“Doktor beritahu masih ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan. Kami hasrat untuk buat di Johor nanti.
“Keutamaan kami, selesaikan bil di sini dan kemudiannya fikirkan langkah seterusnya.
“Doktor juga ada minta kami sediakan kerusi roda. Kami sekeluarga ada ikhtiar untuk jual apa yang ada namun semua itu perlukan masa, dan kami kesuntukan waktu,” katanya.
Ku Amazon berkata buat masa ini walaupun dalam keadaan yang lemah, Akif-Zarr sudah mampu berkomunikasi dengan menulis.
“Kami berterima kasih pada NUH sebab bagi rawatan selain prihatin. Pekerja sosial juga ada jumpa tanya keadaan kami.
Ads
“Kami juga berterima kasih pada yang telah dan akan menyumbang,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak S$7,000.
Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun berikut: Ku Amazon Tuan Yusof (ibu) (Maybank – 153039098822) atau Nur Syahirah Md Zohir (isteri) (CIMB – 7612785947).
Peluang bertemu ustaz Wadi Anuar membuatkan Yatt Hamzah meminta penceramah menitipkan doa dan pesanan buat para ibu khususnya yang bergelar surirumah.
Berbahagialah wahai ibu2 yg menjaga anak2 siang malam terutama buat semua SURI RUMAH di luar sana. Sesungguhnya TIGA KETUA WANITA SYURGA ADALAH KESEMUANYA SURI RUMAH. Dan sekiranya dapat mendidik 1 atau 2 anak perempuan dengan baik di atas jalan Allah, maka SYURGALAH JAMINAN BUAT IBUNYA.
Membesarkan anak2 dan menguruskan rumah adalah sebenarnya TUGAS NOMBOR 1 PALING TINGGI di sisi Allah, maka jangan pernah rasa rugi. Itulah jihad buat seorang wanita bergelar IBU. MashaAllah Tabarakallah.
Perkongsian tersebut membuatkan Yatt Hamzah berasa cukup sebak dan terharu. Sementelah dia sendiri menguruskan enam anak sendirian memandangkan suaminya banyak kerja di luar.
Pesanan ini buat Bonda dan semua wanita bergelar ibu terutama yg bergelar SURI RUMAH.
Sekarang, SENYUMLAH penuh BAHAGIA..
Terima kasih Tuan Guru @ustazwadiannuar atas pesanan dan doanya buat kami suami isteri. In shaa Allah akan kami sama2 amalkan. Alhamdulillah.
Didikan ibu bapa menjadi penentu karektor dan sikap setiap anak. Tak kira anak perempuan ataupun anak lelaki, masing-masing perlu diajar bertanggungjawab membantu kerja-kerja rumah.
Anak-anak yang sudah diajar membantu ibu bapa melakukan kerja rumah akan membesar sebagai individu yang ringan tulang dan bertanggungjawab.
Ramai pakar-pakar kekeluargaan dan keibubapaan sering berkongsi dan berpesan kepada ibu bapa agar mengajar anak lelaki mereka juga membuat kerja rumah.
Dengan melakukan kerja rumah, anak lelaki akan lebih berdikari dan makin hormat kepada ibu selepas tahu betapa penat sebenarnya membuat kerja rumah.
Anak Yang Baik
Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Puteri Sarah ada berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah.
Dalam video tersebut, Syaikhul dilihat sedang membasuh pinggan yang berada di dalam sinki.
Menurut Puteri Sarah, Syaikhul sememangnya seorang anak yang baik, soleh dan rajin membantunya di dapur. Lebih terharu, anaknya itu boleh dikatakan sangat matang, pandai menyayangi orang serta terlalu melindungi adiknya, Summayah.
Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh. Keep being you. Anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua. Baru 5 tahun tapi matang dan sayang serta protect adik.
Menerusi video tersebut juga, Syaikhul berkata dia hendak menjadi seorang yang rajin dan mahu meringankan beban ibunya. Tambah Syaikhul, dia selalu memasak bersama ibunya. Di akhir video, Syaikhul meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.
Bertuah sungguh Puteri Sarah dikurniakan anak lelaki yang penyayang dan ringan tulang. Semoga dia terus menjadi pelindung kepada ibu dan adiknya.
MasyaAllah sejuk perut mama Syaikhul
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Puteri Sarah memuji Syaikhul yang sangat rajin membantu mamanya membuat kerja rumah.
Selain dari itu mereka turut mendoakan agar Syaikhul terus menjadi anak yang baik, soleh dan menjadi pelindung kepada mama dan adik perempuannya.
Jodoh pertemuan dan ajal maut segalanya ditentukan oleh Sang Pencipta. Tidak siapa yang dapat mengelak bila tiba masanya kita dijemput kembali kepadaNya.
Dalam satu perkongsian, Memey Suhaiza memuat naik video yang cukup menyentuh hati. Di dalam video tersebut, isteri kesayangan Norman Hakim ini terdengar perbualan ibu dan bapa mentuanya.
Menurut ibu kepada 3 cahaya mata ini, mentuanya itu berbicara soal kematian ketika dia bangun untuk menunaikan solat Subuh.
“Assalammualaikum. Situasi pagi ni.. Get ready nak subuh td trdengar ayah tanya mak persediaan klu nak meninggalCukup buat hati ni tersentuh…
Mak ambik 1 artikel keratan akhbar “ apabila pesakit nazak “ & mak bacakan ‘taqlim’ utk ayah..
Dalam posting itu juga, Memey turut berkongsi rakaman video yang memaparkan ibu mentuanya membacakan artikel soal kematian.
Ya Allah.. Benar .. mati itu pasti..
“Dlm islam pun kita disuruh utk selalu ingat ttg kematian.. supaya kita sentiasa beringat & tak leka, buat persedian sebaik mungkin utk bekalan disana.
Semoga mak & ayah mertua sy sentiasa dalam lindungan Allah.. dipanjangkan usia & usia yg diberkati.. Mudah2an..
“Semoga kita semua juga sentiasa dalam lindungan Allah. Salam jumaat,” coretnya menerusi satu entri di Instagram.
Memey mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim pada 24 September 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5, dan Mikayla Delisha Hakim, berusia setahun.
Berkongsi pandangan yang sama, rata-rata warganet turut mengakui tersentuh hati dengan perkongsian tersebut.
haidziro_lady_roger Salam jumaat. Touching dgr suami isteri ni bersembang ye.. Semoga mak ayah kita berada didlm lindungan Allah selalu.
shaalin_269 Walaikumsalam,sedih juga dengar ses..yer mati itu pasti,salam jumaat jugak penghulu segala hari