Legoland Malaysia Resort Tawar Tema Bilik Penginapan Mesra Kanak-Kanak.
Bercuti bersama keluarga adalah momen yang cukup mengembirakan buat seisi keluarga. Percutian begini sebenarnya lebih bermakna daripada pemberian hadiah atau mainan bagi anak-anak.
Ini kerana menerusi percutian keluarga hubungan kekeluargaan dapat dipupuk dengan lebih mesra.
Pilih destinasi percutian terbaik untuk dikunjungi bersama keluarga, pasangan dan anak-anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terdapat banyak tempat menarik untuk bercuti di Malaysia yang ramai terlepas pandang, tetapi amat menyeronokkan.
Salah satu tempat menarik untuk bercuti yang paling popular di Malaysia adalah Legoland Malaysia Resort. Ia merupakan detinasi peranginan mesra keluarga yang terunggul di negara ini.
Legoland Malaysia Resort merangkumi Legoland Theme Park, Taman Air, Hotel dan Sea Life Malaysia.
Apa yang menarik di hotel Legoland memberikan pengalaman keriangkan buat seisi keluarga.
HOTEL UNIK
Membicarakan tentang keunikan berlibur di sini boleh merasai pengalaman istimewa bermalam di hotel LEGOLAND yang telah beroperasi pada 29 November 2013.
Tema LEGO jelas kelihatan di persekitaran hotel termasuk ruang lobi, bilik, kawasan permainan, restoran dan ruang majlis.
Lokasi hotel ini berada di tengah kawasan Legoland Malaysia Resort antara taman tema dan tema air.
LOBI HOTEL
Apabila melangkah masuk ke ruang lobi di hotel Legoland pastinya mata akan terpukau melihat persekitaran dipenuhi dengan LEGO. Ia termasuk ‘Knight castle’ yang sering menjadi bahagian untuk mengabadikan foto bersama keluarga.
Selain itu, kawasan permainan yang berhampiran pendaftaran hotel bagi membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti bermain LEGO dengan lebih 100,000 LEGO.
TEMA BILIK
Menawarkan penginapan buat seisi keluarga dengan 263 bilik yang menyediakan tema setiap bilik iaitu Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago.
1.Tema Pirate
Apabila memasuki bilik tema ini seakan berada di dalam kabin lanun. Tambahan pula katil, langsir dan kertas dinding turut bertemakan lanun.
2.Adventure
Tema pengembaraan buat anakm-anak apabila memilih bilik ini. Penggunaan kertas dinding termasuk tarantula, kala jengking, cicak dan pelbagai jenis haiwan.
3.Ninjago
Bilik yang digemari ramai apabila memilih tema begini. Ia tampil dengan suasana santai dan tidur bagaikan seorang wira ninja.
4.Kingdom
Bagaikan putera atau puteri apabila melangkah masuk ke bilik ini. Perhiasan dalam bilik ini berkongsepkan diraja.
Apa yang pasti, hotel bertema dengan persekitaran ruang yang menarik adalah cara untuk membentuk suasana mesra kanak-kanak supaya mereka akan bermain dan melakukan penerokaan dalam bilik ini.
Semua bilik bertema untuk lima orang termasuk tiga dewasa, dua kanak-kanak atau dua dewasa, tiga kanak-kanak. Setiap bilik tampil dengan katil jenis ‘king’ , manakala 1 katil bertingkat termasuk katil bahagian bawah.
RUANG MAKAN
Di hotel ini juga pengunjung boleh menjamu selera di Bricks Family Restaurant yang mengabungkan elemen LEGO sebagai dekorasi restoran. Begitu juga dengan Kai’s Shusi Bar, Coffee@Bricks dan Mattoni Restaurant.
Jangan lupa singgah ke kedai cenderahati dan membiarkan anak bermain LEGO di lobi hotel sebelum masuk ke bilik. Malah ia juga menjadi destinasi untuk mengabadikan kenangan bercuti bersama keluarga
Sumber: Terima kasih Legoland Malaysia Resort
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club