Legakan Kebas-kebas Badan Dengan Rajin Amal Minum Air Ni!

Share

Bila badan terasa kebas-kebas memang buat kita rasa tak selesa. Bahkan hendak buat kerja pun terasa malas pula, kalau boleh hendak duduk diam berehat sepanjang waktu.

Apatah lagi bila terasa sengal-sengal satu badan dek kesan daripada kebas yang dirasai. Mahu sahaja diusahakan mencari ubat untuk segera melegakannya.

Selain perlu berjumpa doktor, boleh juga cuba amalkan petua ini bagi tujuan menghilangkan rasa kebas.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puteri Kasim, ayuh ketahui apakah ia.


“Petua Menghilangkan Rasa Kebas”

Bahan-bahan:
1 Genggam Halba
2 Batang Serai
1 Sudu Asam Jawa
4cm Halia

Cara-caranya:

Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.

Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.

Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.

Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.

Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.

Minum setiap malam

Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.

Selamat Mencuba!

sumber : Puteri Kasim