Legakan Berangin Dalam Badan, Ni Petua Paling Mudah & Menjadi Boleh Cuba!

Share

Ada orang di musim perayaan ini bila terlebih makan lemang atau pulut, mulalah badan rasa tidak selesa, berangin perut.

Selain disapu minyak angin atau makan ubat yang dapat melegakan rasa kembung perut, ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan ini untuk atasi masalah angin dalam badan.

Walau hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur, namun menurut perkongsian Humairah Al-Hamra, amalan makan sambal halia menjadi tradisi buat mereka adik beradik untuk atasi masalah angin dalam badan dan ia merupakan petua yang diperolehi daripada  arwah ibunya.

Jadi boleh dicuba dan rasai manfaatnya pada tubuh badan anda yang bukan sahaja untuk melegakan rasa tidak selesa pada perut malah dapat juga meredakan rasa sengal-sengal sendi, kebas kaki dan tangan, lenguh-lenguh  badan, bandan rasa tak bermaya, urat masuk angin. Bahkan sangat bagus untuk ibu lepas bersalin yang mengalami bentan apabila dimakan dengan nasi panas.

Bahan :

1 inci Halia mentah

1 sk lada hitam biji

1 sb ikan bilis goreng

1 ulas bawang putih mentah-beli online di sini

Cara :

Tumbuk semua bahan dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas

Kalau badan terasa lenguh2, elakkan makan sayuran sejuk dan banyak angin macam bayam, kangkung, daun ubi, petai dan jering ye. Pakai sarung kaki.

Dulu-dulu memang tak percaya petua ni, ye lah.. muda2 asik nak kan fakta bukan auta dan kajian sains.

Bila dah bersalin, peranak pinak dan dah berusia ni baru tau dan rasa keberkesanan mengamalkan petua dan pantang-pantang ni.

Kalau tak larat nak buat sambal ni time sakit, buat teh halia.

Hiris 1 inci halia, masukkan dalam secawan air panas, bila dah suam, minum perlahan-lahan sampai habis. Amalkan hingga badan rasa cergas semula.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club