Ada orang di musim perayaan ini bila terlebih makan lemang atau pulut, mulalah badan rasa tidak selesa, berangin perut.
Selain disapu minyak angin atau makan ubat yang dapat melegakan rasa kembung perut, ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan ini untuk atasi masalah angin dalam badan.
Walau hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur, namun menurut perkongsian Humairah Al-Hamra, amalan makan sambal halia menjadi tradisi buat mereka adik beradik untuk atasi masalah angin dalam badan dan ia merupakan petua yang diperolehi daripada arwah ibunya.
Jadi boleh dicuba dan rasai manfaatnya pada tubuh badan anda yang bukan sahaja untuk melegakan rasa tidak selesa pada perut malah dapat juga meredakan rasa sengal-sengal sendi, kebas kaki dan tangan, lenguh-lenguh badan, bandan rasa tak bermaya, urat masuk angin. Bahkan sangat bagus untuk ibu lepas bersalin yang mengalami bentan apabila dimakan dengan nasi panas.
Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapurnya masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Justeru, anda boleh mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada wanita. Ibu perlu memikirkan cara paling sesuai dan memberikan keselesaan kepada diri serta bayinya dengan mengambil kira semua aspek berkaitan. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Maka sebab itulah amat penting untuk memilih tukang urut yang tepat selepas bersalin. Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang remeh kerana ia memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu.
Ibu Lepas Bersalin Kalau Nak Pilih Tukang Urut
Dr Rusyaine Ramli berkongsi 10 tip mengenai pemilihan tukang urut dalam tempoh berpantang supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
1.Nama dia tak boleh mula dengan Bidan sekian sekian. TAK BOLEH. Bidan adalah jururawat terlatih yang dah lulus kursus posbasik Perbidanan selama 1 tahun ATAU jururawat masyarakat. Mereka ni berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia. Bidan kampung dah tak ada ya. Generasi mereka sama ada dah terlalu tua atau dah meninggal.
Bila tukang urut kata dia bidan, tu tandanya dia memang tak tahu pun apa maksud bidan, sebab dia tak pernah terlibat dalam menjaga mak mengandung dan apatah lagi membantu dalam proses kelahiran. Maka, dia bukan bidan.
2.Asas sains biologi bab anatomi dan fisiologi manusia dia tak bertentangan dengan doktor. Dia tak boleh menggunakan frasa yang mengelirukan. Contoh, meroyan, bentan, angin, urat yang dia punya definisi sendiri dan ia sangat berlawanan dengan istilah perubatan.
3.Dia tak buat urutan yang pelik, contoh sengkak rahim. Ia adalah prosedur yang tidak perlu langsung pun. Dia kena sedar, urutan dan bertungku tu hanya untuk rileks kan otot. Dan untuk mak manjakan diri. Tak lebih dari tu. Ia tak wajib pun.
4.Dia tak takutkan atau momokkan kalian dengan ayat, kalau tak buat ni, nanti tombong la bagai. Untuk elakkan tombong, dia sepatutnya tunjuk ajar pada kalian macam mana nak buat senaman Kegel.
Dia tahu bengkung itu hanya untuk menyokong abdomen yang menggelebeh dan bukannya untuk bagi tak buncit.
5.Dia tak suruh kalian makan jamu, minum air rebusan, pakai pilis semua. Dia tahu yang semua tu tak terbukti pun efektif. Malah ada jamu yang boleh jadi mudarat. Sebab jamu yang berdaftar dengan KKM pun tak pernah dibuat kajian tentang keberkesanannya atau kesan sampingannya. Jadi nak buat apa ambil jamu.
6.Dia tak merapu bab makan minum dalam pantang. Dia ikut saranan KKM, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah dalam 1 pinggan hidangan. Dia tak kata buah atau sayur jenis ini angin la, jenis itu sejuk la. Dia nak kalian pelbagaikan jenis makanan untuk dapatkan khasiat sepatutnya.
Dia tak catu air yang kalian minum. Dia suruh minum air dalam 2 ke 3 liter sehari. Nak minum air sejuk pun tak adalah jadi macam dosa besar dibuatnya.
Ada tukang urut tak bagi kalian mandi. Negara kita kan panas dan lembap. Takkan nak biar berkuap busuk tak basuh rambut. Atau kena dok dalam panas berpeluh, pakai stoking masa cuaca panas, tak boleh buka kipas atau pendingin hawa.
7.Dia bantu dengan bagi sokongan emosi dalam kalian melalui proses adaptasi dengan bayi yang baru lahir dan segala perubahan fizikal yang dilalui. Memang ramai mak dalam pantang senang rasa stres, jadi dengan adanya dia, tu kan dapat meringankan tekanan
8.Dia tak pandai-pandai sendiri dengan buat diagnosis entah apa-apa sedangkan dia bukan doktor atau misi. Dia tahu, kalau mak tu demam, terus kena pergi jumpa doktor. Kalau dia tahu, darah nifas tu banyak dari biasa, cepat-cepat ke klinik atau hospital. Dia tak pandai-pandai sendiri. Dia tak payah pun tunjuk dia hebat sebab dia ada fungsi dia sendiri dan dia tak nak pun jadikan doktor atau misi sebagai saingan pun. Dia tak tergedik buat video yang niatnya nak burukkan doktor dan misi semata-mata nak jual diri dia.
Hujungnya, matlamat dia, dia nak kalian dapat penjagaan post partum yang baik dari semua pihak yang terlibat.
9.Dia bukan penjual produk yang tak berdaftar atau pun produk yang ada tuntutan melampau. Setakat minyak panas yang ada notifikasi dengan KKM tu ok la. Ni segala mak bapak jus la, jamu la, dan apa-apa lagi yang merapu.
10.Yang paling penting, caj yang dikenakan berpatutan dengan servis yang diberikan pada kalian. Dan kalian berpuas hati dengan perkhidmatan tukang urut pilihan kalian.
Keadaan cuaca yang tidak menentu, amat mudah untuk kita dijangkiti penyakit terutamanya demam dan batuk.
Menerusi satu posting di Facebook, Puan Norarfina Fatini, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Sha, berkongsikan satu petua menghilangkan batuk dengan buat sendiri ubat batuk homemade menggunakan bahan semulajadi.
Assalamualaikum.. . Kat sini kaksha nak share sikit ubat batuk yang Doktor sendiri bagi resepi. Kalau batuk tak sebulan bukan kaksha la. Dah tu sampai terkencing,satu masalah bila nak solat.. ubat batuk hospital ,klinik ,farmasi memang tak jalan. . Last doktor bagi resepi ni , memang kaksha berurusan dengan dia sejak 18 tahun lalu. Dah tau masalah kesihatan kaksha anak-anak & family. Memang bagus Doktor ni. Ok la kat sini kaksha sharekan ubat batuk cara tradisi .. . Bahan-Bahan:
3 cawan air
3 batang serai diketuk
Halia biar banyak sampai rasa pedaq2
2 helai daun pandan
1 ketul gula batu @ gula kerek
7 bunga cengkih ( ini kaksha tambah )
2 btg kulit kayu manis ( ini kaksha tambah )
5 hiris lemon.( Kira setengah biji la )
. Cara- cara
========
Rebus kesemua bahan kecuali lemon selama setengah jam.
Tuangkan air rebusan dlm tumbler dan perah hirisan lemon.
Minum ketika suam.
Jika ada balance air rebusan td blh simpan dlm peti sejuk. Nak minum panaskan balik,perah lemon.
Resepi doktor bagi ni bukan untuk hilangkan batuk saja tau. Tapi boleh juga kuruskan badan jika diamalkan hari-hari. Kulit cantik badan wangi.. Hanya bahan-bahan kat dapur ja tau.. Sihat dapat .. Cantik dapat.. Sharelah, jika ia bermanfaat bagi sahabat-sahabat kaksha kat luaq sana. Bagi kaksha sihat itu penting cantik itu bonus. Kalau tak sihat macamana nak cantik. .
Kredit: nurafrina Fatini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di