Bilik tidur itu ‘tempat rahsia” suami isteri, sudah pastinya tidak boleh diceritakan tentang hal ‘dalam kain’ ini kepada umum. Walaupun ia sekadar cakap-cakap umum. Namun, ada segelintir yang tidak sensitif mengenai hal ini. Bercakap hal dalam kelambu atau ‘dalam kain’ tanpa rasa malu.
Malah dalam Islam telah terbukti melarang sikap sebegini merujuk kepada hubungan suami isteri. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ustaz Naim di blognya.
Imam Nawawi rh telah meletakkan bab khas didalam Sharh Hadith Muslimnya yang bertajuk (بَاب تَحْرِيمِ إِفْشَاءِ سِرِّ الْمَرْأَةِ ) “Bab larangan mendedahkan rahsia isteri” dengan memetik hadith
Sebagaimana yang dilalui oleh saudara Muhammad Hassan yang kecewa sikap segelintir masyarakat tanpa segan silu berbicara hal hubungan suami isteri dalam sebuah group WhatsApp. Oleh kerana tidak setuju sikap itu, beliau telah mengambil sikap ‘left group’ setelah kecewa dengan sikap segelintir masyarakat setempat.
Dah lama saya sabar dan cakap dengan baik. malam ini saya tegur tak berlapik dah,bila sentap terus left group.
Ceritanya begini. Saya berada dalam satu group whatsapp,kiranya group whatsapp ini selalu aktif,selalu bincang pelbagai isu,tapi ada sorang mamat ni asal malam jumaat baru dia muncul. Dia muncul je malam jumaat,malam lain sunyi sepi entah kemana.
Orang dok bahas macam-macam isu dia sikit pun tak menyampuk,diam je macam kura kura tidur. Tup tup lepas isyak malam jumaat dah boleh agak dia akan muncul status jimak.
Tak habis habis dengan status jimak malam jumaat. Itu tak kisahlah,yang kisahnya bila mula upload gambar separuh lucah,video prank yang keluar suara perempuan dan gambar perempuan seksi dengan caption malam jumaat.
Gambar itu entah mana dia dapat. Saya mula bagi nasihat dengan baik padamlah gambar gambar tak elok tu. Kawan kawan lain mula melayan lagilah dia seronok. Puncanya dialah buatkan orang lain terjoin status lch malam jumaat.
saya kata Cuba bayangkan gambar itu adalah dari kalangan keluarga atau isteri kamu,apa perasaan kamu. Kamu tu warga pendidik,jangan jadi contoh yang tidak baik kepada orang lain. Lepas tu saya kena sound kerana tidak sporting. Sporting apa ke bendanya dalam perkara maksiat.
Lagi saya geram dan sedih sangat apabila ada juga kongsi gambar gambar dan video begini dalam group jemaah masjid. Yang penceramah bergegar masjid bagi tazkirah pun boleh tahan melayannya.
Nak kongsi tips kuat ke,tips tahan lama ke,bertanya masalah hubungan intim terpulanglah,tapi janganlah sampai ke gambar tidak senonoh pun nak kongsi kepada orang lain.
Kita ini tua tua belaka dah. takkan itu pun tak boleh nak fikir. Benda hubungan intim adalah hal aib kita suami isteri. Sehinggakan ada yang kongsi kepuasan berjimak semata nak jual produk. Tak baca hadith ke mengharamkan perkara ini. Malam bersama pasangan,siang hari bercerita kepada orang lain,itu perbuatan paling الله murka.
Ada yang kata isteri sporting,sanggup ke isteri bersembang lch dalam group whatsapp dengan lelaki lain. Jika kita tidak sanggup kenapa kita kata isteri spoting. Isteri tu bukan spoting,tapi dah tawar hati dengan perangai kita.
Bimbang anak tertengok phone ibu ayah
Saya sebenarnya malas nak bangkitkan isu ini,dah berulang kali dah update isu yang sama. Tapi jika kita biarkan,masalah ini semakin membiak. Sanggup ke kita masa akan datang anak anak pula mewarisi perangai tak senonoh ini. Lagi kita takut,inilah antara punca kes zina,kes rogol,kes sumbang mahram,kes sek songsang,berzina walaupun sudah ada isteri. Ya Allah.. Parah dah kita ni…
Bayangkan jika anak anak kecil main HP mereka tengok gambar gambar dan video tak senonoh itu. Dari sinilah mereka mula belajar meneroka lebih mendalam lagi. Kita macam takda apa apa,tapi mereka yang baru nak membesar ini lagi jahaman bila dapat laman web yang bukan bukan. Lagilah sekarang semua laman web lch ini tiada sekatan.
Saya ini nasihat untuk diri sendiri sungguh sungguh. Bukan nak kata diri ini bagus atau nak bagi nasihat kat orang je. Tapi sampai bila kita nak bergelumang dengan dosa. Dosa dosa inilah buatkan kita susah nak beramal. Susah kita nak bangun tahajjud,rasa tidak manis untuk baca Al quran,nak khusyuk dalam solat tu jauh sekali.
Bertaubat dan perbanyakkanla istighfar. Mudahan الله lembutkan hati kita untuk tinggalkan sepenuhnya perbuatan tidak senonoh itu.
Saya mohon maaf kepada sahabat kerana saya sayangkan kamu kerana الله. Tanpa nasihat menasihati tenggelamlah kita dalam kegelapan dan hasutan syaitan.
ikhlas.
Kredit: Muhammad Hassan dan ustaznaim.blogspot.com
GROUP MOM TO BE – DAFTAR SEKARANG! UNTUK BAKAL MAK-MAK AJE!
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https: momstobe.majalahpama.my.