Bersarapan dengan sekeping roti bakar memang enak dan mudah disediakan. Anak-anak juga suka akan rasanya.
Pun begitu jika disediakan menu yang satu ini, walau hanya menggunakan lebihan bahagian tepi roti, ia mampu menjadi menu yang cukup menyelerakan.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Suwarsi, selamat mencuba.
Selalu kalau buat sandwich, bahagian tepi roti mesti banyak kan? Jangan dibuang.
Boleh dijadikan macam-macam. Antaranya; buat breadcrumbs, pudding roti, kisar dengan daging jadikan bebola daging, cincang halus masukkan dalam Omelette dan banyak lagi.
Petang tadi saya buat Sandwich, jadi bahagian tepi roti ni saya buat Bread Casserole. Bahan-bahannya boleh je guna apa yang ada dalam fridge.
BREAD CASSEROLE
Bahan-bahan:
1 mangkuk lebihan hirisan roti (saya guna roti wholemeal)
2 cawan susu segar
4 biji telur
4-5 keping chicken salami (Kalau tak ada, boleh gantikan dengan hirisan cendawan atau isi ayam yang direbus dan dicarik-carik)
1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh garlic powder
Garam, lada sulah, serbuk lada hitam, chili flakes secukupnya
Parutan keju mozzarella secukupnya
Cara-cara:
1. Sediakan bekas casserole yang disapu sedikit mentega. Letak hirisan lebihan roti dan ratakan.
2. Di dalam mangkuk; pukul telur bersama susu segar hingga sebati. Masukkan oregano kering dan garlic powder. Masukkan hirisan Chicken salami.
3. Tambah garam, lada sulah, serbuk lada hitam dan chili flakes secukupnya.
4. Tuang bancuhan telur ke dalam mangkuk casserole berisi hirisan lebihan roti secara rata.
5. Tabur parutan keju mozzarella secukupnya dan tambah sedikit lagi chili flakes.
6. Bakar di dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga keperang-perangan. Hidangkan panas. Enjoy!
Sumber : Sue M Arukin