Kebiasaannya kaum ibu yang tinggal di bandar akan lebih selesa membeli santan kotak.
Alasannya kerana tiada masa untuk ke pasar setiap hari bagi mendapatkan santan segar jika ingin memasak.
Ini memandangkan membeli santan kotak lebih memudahkan untuk disimpan. Apabila hendak digunakan, kaum ibu hanya perlu mencapainya di dalam kabinet.
Andai ada lebihan santan kotak yang digunakan semasa memasak, bagaimana pula cara anda untuk menyimpannya?
Jika anda tidak pasti, lebih baik ikut cara Puan Nelisa Sofea ini. Bukan sahaja praktikal malah santan mampu bertahan lama daripada rosak.
Salam harini nak share cara saya simpan santan kotak untuk jangka masa lama.
Biasanya saya beli kotak kecil sebab kadang-kadang pakai sikit je tapi akhirnya baki tu tak sempat pakai dalam masa 3hari dah busuk kena buang.
Ni saya beli santan pek besar 500ml repack masuk dalam plastik aiskrim, bajet utk sekali pakai repack lepastu simpan dalam freezer.
Kalau nak pakai keluarkan, defrost dan masak macam biasa.
Bahan yang diperlukan
Santan kotak dan plastik aiskrim.
sumber :Nelisa Sofea Via MAHN