Lebihan Nasi & Roti Tamat Tempoh Jangan Dibuang. Boleh Jadikan Baju Suburkan Pokok Rajin Berbunga!

Share

Lebihan nasi serta roti yang hampir tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.

Perkongsian dari Normala Saad ini mungkin dapat membantu membuat plant booster penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan. Hanya menggunakan bahan terbuang dari lebihan masakan.

Lebihan nasi jangan dibuang, walaupun ianya sudah mula berkulat putih di atasnya. Kisar dengan air beras. Siram di pokok.  Ia mengandungi banyak bakteria berfaedah yang berpotensi mengembur bahan-bahan organik dalam tanah. Hampasnya boleh di tanam pada pokok besar.

Sama fungsinya seperti di atas, Roti expired. Caranya: Sekeping roti sandwich di carik halus masukkan dalam botol mineral 1.5 ml yang telah disi dengan air hujan / air tanpa klorin. Peram empat hari. Tapis sebelum guna. Kesannya pokok cepat subur. Dalam masa seminggu boleh lihat keberkesanannya.

Paling best jambu merah tut ini. Waktu sampai dekat saya habis patah riuk. Kotak pun terpenyek dan basah lencun. Saya ingat 50-50 hidup…

Setiap minggu saya bagi sup kulit dan air roti berterusan. Berselang seli dengan baja. Beberapa bulan kemudian, hasilnya macam dalam gambarlah! Ranting yang patah pun sembuh. Buah berketul naik. Daun besar menghijau..pokok pun dah tinggi…

Torenia masa beli merimbun kemudian mulai merepvt. Saya kerat sampai tinggal sikit. Siram air roti tiap minggu. Hasilnya rimbun balik. Penuh berbunga. Sukaa…

Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired.

Walaupun ada banyak lagi cara penyediaannya, tapi saya lebih suka memilih tiga cara yang mudah ini. Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok. Saya sudah.

Sumber: Myinfomaya via Normala Saad