Menyediakan hidangan jemput-jemput sama ada sebagai menu minum petang atau sarapan tentu sahaja menjadi sesuatu hidangan yang cukup menyelerakan. Lebih-lebih lagi jika rasanya lembut, gebu dan elok pula bentuknya.
Pun begitu, tidak semua antara kita tahu rahsia bagaimana untuk menyediakan hidangan jemput-jemput memenuhi kreteria seperti itu. Untuk itu, ketahui rahsia dan skil yang perlu anda praktis untuk mendapatkan hasil masakan jemput-jemput yang sempurna dan enak dimakan. Jom semak!
Tukar Satu Bahan
Seriously lepas ni tukarkan sahaja tepung gandum dengan tepung kek. InsyaAllah gebu gebas la Jemput-jemput anda.
Bahan-bahan :
Telur – 1 biji
Tepung naik sendiri @ tepung kek – 500 gram
Air secukupnya sampai boleh menjemput (air suam @ air suhu biasa)
Boleh campak apa2 hiasan dan lauk pauk seperti – ikan bilis, udang, daun sup, bawang, ataupon taugeh.
Resepi ini valid untuk segala jenis jemput termasuk Jemput-jemput pisang, Jemput-jemput manis, Jemput-jemput labu, Jemput-jemput sukun dan sebagainya.
Selamat mencobaaaa!!!
sumber : Ummi Hidayah
Gaul Dengan Tangan
Cara masak jemput bawang+bilis cara fiza..
1)panaskan minyak. Set api yang paling minimum
2)hiris bawang . Masukkan bilis..air dan garam (kacau rata)
3)Masuk tepung ikut sukatan air..jangan lembik sangat..jangan keras sangat..hihi..kdg kdg fiza terbabas juga.
4)kacau sekata
5)sory kalau cara ni korang tak suka..tapi fiza..lebih suka guna tgan utk buat jemput..utk dapatkan bentuk yang cute. Tapi pastikan cuci tangan dulu ye..hihi..ni juga tips pikat suami, air tangan istri..boleh gitu..
6)jemput jemputkan adunan td dan masuk dlm kuali yg minyaknya dan pans td..
7)Masa mggoreng balik balik jemput supaya sekata
8)goreng smpai garing..dan hidang..
In shaa allah lembut.
sumber : Fiza Faiz Berendoi Kuantan
Plus Nasi
Rangup di luar, lembut di dalam..
Yang pasti, sampai ke petang pun still lembut lg..
Bahan-bahan:
– Bawang sebiji dihiris
– Kentang 2 biji dihiris nipis/dadu
– Ikan bilis siap kopek sejemput
– Daun sup agak2, dipotong nipis..
– Garam secukup rasa..
– Nasi dalam 3 senduk di blend dengan air.. Air biar melepasi paras nasi.. Macam dlm gambar.. Blend halus yer..
– Tepung dalam 3 ke 4 cawan, masuk dalam bahan2 tadi, dan nasi yang sudah di blend tadi campur kan n gaul rata..
Boleh masuk kan air sikit2 sampai boleh disudu/dijemput2kan..
Goreng dalam minyak yang panas yer..
Selamat mencuba
Kredit Resepi : siti norkamilia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengalaman menggoreng ikan keli tentu pernah ada antara kita berdepan dengan masalah gorengan yang meletop. Tambah lagi tidak puas hati bila ikan tersebut melekat pula di kuali.
Pun begitu lain pula ceritanya daripada seorang peniaga ini, menggoreng 60 ekor ikan keli sedikit pun tiada masalah. Menurutnya ada petua yang dilakukan. Jom kita ketahui perkongsian ini.
Okeh siap 60 ekor ikan koli balado… Yang tigo ado potai tukang masak yang punyo….hehehe …
Tips goreng keli tak meletop dan tak melekat pada kuali.
1. Ikan keli basuh bersih lumur dengan limau nipis.
2. Toskan air.
3. Taruk garam kunyit, masuk dalam bekas…letak dalam peti sejuk(chiller), besok baru goreng.
In sya Allah tak meletop dan tak melekat. Sudah lebih 30 tahun saya buat, elok kejadiannya.
Sumber : Zaid Azizy Yaakob via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang rambut gugur dan nipis tentu ada yang mengalami masalah ini. Selain menggunakan pelbagai produk yang sedia ada di pasaran untuk merawat dan melebatkan kembali rambut, ada satu cara tradisonal yang cukup popular dan berkesan boleh diamalkan. Bahkan cara ini lebih jimat dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Hanya dengan menghasilkan sendiri minyak yang diperbuat daripada buah keras atau juga dipanggil buah kemiri, ia diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu untuk mengatasi masalah rambut gugur, gatal-gatal kulit kepala atau pun rambut bercabang dapat di atasi. Bahkan ia menjadikan rambut terlihat sihat bersinar.
Jadi buat anda yang ingin menggunakan minyak buah keras ini yang dihasilkan secara homemade, bolehlah membuatnya sendiri. Cara ini lebih menyakitkan anda kerana keaslian pembuatannya dapat dikekalkan.
Menurut perkongsian Amanda atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu di media sosial, untuk menghasilkan minyak Buah Keras ini tidak menggunakan bahan herba lain untuk hasilkan minyak yang asli, cukup hanya menggunakan buah keras semata-mata.
Cara Penyediaan :
1. Ambil buah keras dan tumbuk kasar buah keras dengan menggunakan lesung batu.
2. Setelah itu, masukkan buah keras yang telah ditumbuk ke dalam pengisar.
3. Sebelum dikisar, tambahkan air hingga menutupi buah keras dan pastikan buah keras tidak dimasuk sekali gus. Buat berulang-ulang kali untuk pastikan ianya dapat dikisar halus.
4. Kisar hingga halus
5. Kemudian hasil kisaran buah keras tadi, dituangkan ke dalam kuali dan rendam selama 24 jam. Ini penting untuk proses melembuatkan buah keras dan membantu mengeluarkan minyak buah keras ketika dimasak nanti. Pastikan ianya tidak direndam terlalu lama, bimbang akan berbau kurang enak. Memadai sehari semalam sahaja.
6. Kemudian masak selama 30 minit di atas api yang kecil dan selalu dikacau agar tidak hangus. Selepas itu biarkan sejuk.
7. Langkah seterusnya, perah bahan tersebut. Untuk dapatkan hasil perahan yang baik, gunakan kain untuk memerahnya.
8. Kemudian masak air perahan buah keras di dalam kuali dan proses ini mengambil masa 2-4 jam atau hingga terhasilnya minyak. Pastikan sentiasa dikacau.
9. Apabila minyak sudah terbentuk, asingkan hampas dan kemudian ditapis untuk asingkan minyaknya.
Sudah siap
Atau untuk anda yang ingin mengetahui lebih detail lagi cara pembuatan minyak buah keras ini. Boleh juga tonton video ini.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di