Sayang pula jika lebihan nasi dibuang begitu sahaja. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau kuih apam, ibu-ibu boleh jadikan ia keropok pula. Resipi ini dikongsikan oleh Widyana Ali.
Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni. Sedap sangat dan juga berkhasiat . Anak- anak suka makan.
Jom cuba resepi saya. Resepi keropok nasi by Widyana Ali.
Bahan:
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih
Cara:
- Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
- Blend nasi tadi hingga hancur,masukkan garam dan serbuk bawang putih.
- Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
- Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
- Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
- Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
- Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
- Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.
- Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.
- Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Selamat mencuba. ?
Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Sumber: Widyana Ali • Healthy Life
Ubat Beguk, Biasanya Kita Guna Nila. Dengar Apa Pula Kata Doktor Ni Tentang Tu.
Selain isu penyakit HFMD yang kini membimbangkan, ada pula beberapa kejadian anak-anak sekolah terpaksa pula dikuarentin akibat penyakit beguk. Jika dilihat seakan kerap pula terjadi sejak kebelakangan ini. Sebagai ibu bapa, kita bimbang juga tentang hal ini. Adakah beguk ini bahaya sehingga perlu diambil tindakan dikuarentinkan sebegitu?
Jika dilihat pada orang dulu-dulu pula, cukup sekadar menyapu nila di kawasan bengkak (beguk) sebagai penawarnya.
Untuk itu, ayuh kita fahami tentang penyakit beguk ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr. Khairul Faizie Muhammad Kamar di akaun fbnya.
1. Beguk di sapu nila.
2. Beguk tu thyroid ke?
3. Beguk boleh bengkak kiri & kanan ke?
4. Beguk tu sama ke dengan benguk?
Itulah 4 benda yg kerap masyarakat kita keliru.Utk perkara No.1 – 3, Insya Allah aku boleh terangkan dengan yakin, utk No.4, wallahualam..hahaha..Aku bukan pakar Bahasa Melayu.
Hari ini aku jumpa patient ada beguk.
Tak memeranjatkan, bertepek nila biru di leher & sebelah pipinya. Masyarakat kita dah sebati sangat dgn kepercayaan ini,dan nak ubah minda tu perlukan jihad ilmu, dan buang ego.
Beguk sapu nila?
Jawapannya tak payah. Membazir aja.Baik guna nila tu utk putihkan baju warna putih yg dah kepam. Kalau guna akal pun boleh agak, baju putih yg kepam di rendam air nila boleh putih berseri hasilnya, so bayangkan kesan yg mungkin ada kalau di sapu kat kulit muka?
Kepercayaan ini lahir aku rasa sebab society kaitkan beguk ialah thyroid ( tak percaya, cuba google beguk tiroid ). Aku ada sertakan bukti pada gambar dalam post ini. Dan bengkak kelenjar thyroid memang salah satu puncanya sebab kurang iodin. Iodin warnanya biru ke unguan. So penaakulan mantiknya ” nila macam iodin, so beguk boleh la di sapu nila, sebab beguk ialah thyroid”. Wallah!
So, memang tak perlu sapu apa apa ke?YA, tak payah. Kalau nak jugak, kau tuam kan beguk tu dgn kain suam, itu ada jugak faedah nya.
Beguk tu thyroid ke?
Beguk ni jadi bila kelenjar parotid bengkak sebab jangkitan virus atau bakteria. Kelenjar parotid ialah sebahagian dari sistem kelenjar air liur. Bila bengkak, kita panggil ACUTE PAROTITIS. Dipanggil juga Mumps.
Kelenjar thyroid pulak letaknya di kawasan leher,fungsinya utk hasilkan hormon thyroid. Kelenjar thyroid pun boleh membengkak. So, ingat ni, beguk dan thyroid ialah dua benda yg berbeza macam langit & bumi.
Tengok gambar dalam post ini utk faham basic anatomy kat mana parotid gland, kat mana thyroid gland.
Beguk tu boleh bengkak kiri & kanan ke?
Boleh!
Sebab kelenjar parotid ada kiri & kanan. In fact, 70% kes beguk bengkak kiri & kanan. Selalunya start bengkak sebelah dulu.
Apa simptom beguk?
Selain bengkak, boleh jugak demam, sakit kepala, sakit tekak.
Berapa lama bengkak beguk?
Selalunya antara 3 – 5 hari.
Apa rawatan beguk?
Kalau demam – makan ubat demam.
Kalau sakit -makan ubat tahan sakit.
Antibiotik kadangkala di beri.
Tuam dengan kain panas.
Rehat.
Minum air banyak banyak.
Macam mana nak elak beguk?
VACCINATION.
Tapi ingat, jangan pulak yakin 100% lepas vaksin tak boleh kena beguk. Boleh kena, cuma kebarangkalian tu amat tipis. Takde apa yg gerenti dalam dunia ni selain cukai & kematian.
Zaman World War II dulu berlaku outbreak beguk yg paling besar.Lepas tu wujud vaksin. Kes kes beguk di negara maju pasca- vaccination amat rendah.
Vaksin beguk di bagi masa baby dlm bentuk MMR vaccine ( Mumps, Measles, Rubella).
Kalau kita jumpa org ada beguk, elakkan direct contact. Ia merebak melalui air liur & cairan yg keluar dari hidung & mulut. So jangan bercium, kongsi cawan sudu. Org yg ada beguk boleh menjangkitkan pada org lain dalam tempoh 7 hari sejak kelenjar parotidnya bengkak.
Bahaya ke tak beguk ni?
Secara umumnya, tak bahaya, boleh sembuh dengan mudah. Hanya terdapat peratusan kecil risiko komplikasi seperti beguk kronik ( berulang kali kena), beguk yg bernanah. Yang itu takyah la risau. Yang penting kalau kena beguk, cari doktor dulu, bukan gi 7-11 beli nila.
Cuma ada beberapa komplikasi yg perlu di sebut di sini, yg agak biasa juga boleh jadi:
1- Orchitis
Iaitu jangkitan pada testis. Kalau budak lelaki yg dah baligh kena beguk, lebih kurang 25- 33% boleh kena orchitis. Bengkak testis ni terjadi selalunya dlm tempoh 7 ke 10 hari lepas sembuh beguk. Orchitis ni tidak meyebabkan kemandulan ya.Ini pun mitos yg biasa.
2- Meningitis /enchaphalitis
Iaitu jangkitan pada selaput otak. Kalau budak tak baligh kena,especially baby /toddler, ada risiko utk kena meningitis ni.
3- Risiko sekali ganda gugur.
Org pregnant kalau kena beguk, baby nya Insya Allah tak akan cacat ( kalau tak gugur), sebab so far takde evidence beguk boleh menyebabkan kecacatan bayi dlm kandungan. Tapi evidence menunjukkan risiko utk gugur tu tinggi.
So, kalau dah faham risiko komplikasi ni, ambil lah vaksin MMR tu. Kalau tak mau ambik juga, tak apa. Kita hormati hak masing masing. Takusah gaduh gaduh. Nak bertekak antara pro-vac VS anti vac ni sampai kiamat pun tak habis. Kalau sakit, sendiri mau ingat la kan. Hahaha.
sumber : Khairul Faizie Muhammad Kamar
Tak Susah Pun Nak Buat Hidangan Keow Teow Theng. Newbie Buat Terus Jadi Rasa Macam Di Kedai!
Hari ini sudah tentu ramai yang tidak bekerja menghabiskan masa bersama keluarga sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaaan yang ke 65.
Bagi merancang memasak hidangan istimewa sempena hari merdeka apa kata masak resipi istimewa ini iaitu Resepi Keow Teow Theng.
Tapi jangan risau cukup bahan boleh buat sendiri je di rumah. Tak susah pun nak buat kuey teow theng ni. Mudah je, sesuai sangat bagi newbie, ikut resepi di bawah ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAHAN-BAHAN:
1. Keow Teow
2. Isi Ayam
3. Daun Bawang
4. Bawang putih
5. Sawi
6.bebola ayam / ikan
7. Fishcake
9. Kicap cair
10. Cili padi
11. Lada sulah
12. 2 ketul kiub ayam
13. air scukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1.Didihkan air, masukkan 2 ketul kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak kekuarkan isi ayam, bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut..
2. Masukkan bebola dan fishcake rebus sekejap dan toskan.. Blh lah hiris fishcake td.
3. Kuah dia saya xtmbh apa dh.. Kiub tu dah ckp rasa..
Cara buat minyak bawang putih
1. Cincang 1 labu bawang putih..
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih Yang di cincang td, goreng sehingga bawang kekuningan, api slow je ye, jgn smpai hangit nanti pahit…
Cara buat kicap cili potong.
1. Potong cili padi dan gaul dalam kicap cair..
Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan
Basuhkan keow keow bagi hilangkan lebihan minyak, nk jirus air panas pom blh..
Boleh lah susun bahan2 dalam pinggan dan tuang kuah.. Siap.. Senang sahaja…
Sumber: Nor Khomariah Norrohman
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Makanan Beri Kesan Pada Tubuh? 6 Mitos Makanan Yang Tak Boleh Dipercayai!
Adakalanya kita takut hendak ambil satu-satu makanan itu kerana bimbang memudaratkan tubuh badan kita. Tak kurang juga ada makanan yang dikaitkan dengan kecantikan kulit, tak kurang juga dengan masalah bau badan.
Soalnya benarkah makanan ini sangat mempengaruhi? Atau ia hanya sekadar mitos? Semuanya terpulang pada diri kita sendiri dan ikutlah kesesuaian badan.
Apa yang kita perlu tahu, setiap kandungan yang terdapat di dalam makanan mempunyai khasiat tersendiri. Mitos atau salah faham mengenai sesetengah makanan ini timbul mungkin kerana sikap masyarakat dulu-dulu yang terlalu berhati-hati. Jadi tepuk dada dan tanyalah selera.
1. Bawang punca badan berbau?
Jangan takut makan bawang kerana bawang bukan punca badan anda berbau. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak.
Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan bau badan!
2. Biji jambu punca sakit usus?
Ada yang berpendapat memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar.
Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu keluar ketika membuang air besar.
3. Timun punca keputihan?
Ramai wanita gerun memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan. Keputihan terjadi kerna keadaan alat sulit yang lembab dan sikap malas menukar seluar dalam sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Malah, timun tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keputihan.
4. Lemon campur kicap punca sakit perut?
Jika sebelum ini anda pernah disuruh mengamalkan mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk, jangan ragu-ragu melakukannya.
Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon. Ia sama sekali tidak memudaratkan perut anda.
5. Buah salak punca sembelit?
Ramai yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras. Tolak tepi kepercayaan ini kerana buah salak mempunyai kandungan serat yang tinggi sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.
6. Bayam punca urat timbul?
Memilih bayam atau pucuk ubi sebagai menu boleh menyebabkan urat timbul dan sakit. Jangan risau kerana ia tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh malah sayuran ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.
7. Buah nenas punca gugur?
Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Malah, nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.