Lebihan Nasi Impit Jangan Dibuang Tapi Buat Menu Ni. Memang Sedap!

Share

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa lebihan nasi impit boleh dijadikan menu yang istimewa dan menyelerakan.

Buat anda yang ingin mecuba,  bolehlah menyediakannya sebagaimana yang dimasak oleh Jamiah yabg dikongsikan di fbnya.


“Dah tahu lebihan nasi impit boleh digoreng ..daripada terbiar Dan tak de org nk makan..buat lontong goreng sekejap jek abis”

Resepi lontong goreng pedas.

Bahan2 blend: (bhn2 ikut byk mana nasi impit tu)

Bawang besar 3 biji
Bawang putih 2 biji
Lada kering yg dh siap blend-dlm 4 senduk nasi
Cili padi- ikut suka pedas
Sedikit belacan

Bahan tumbuk:
Udang kering +ikan bilis -rendam ,basuh Dan tumbuk kasar

2 biji telur

Garam,gula secukupnya..

Cara buat :

1.Nasi impit belah 4.

 

2. Tumis bahan blend hingga garing.

3. Pastu masukan bahan tumbuk..kacau rata hingga garing Dan masukan garam,gula Dan sikit air masak ..kacau rata..sesuai kan rasa..

4.  Lepas itu ketepikan bahan sambal..tuang sikit jek minyak..pecahkan telur 2 bj..pastu biar kejap Masak Dan baru kacau telur tu4dgn bahan sambal..

5. Masukan nasi impit Dan Gaul rata..boleh tabur daun sup dgn bwg goreng

sumber :Jamiah Tulisman