Lebihan Bahan Buat Kek & Biskut Raya, Buatkan Pula Kek Lapis Ni. Memang Sedap!

Share

Hampir seminggu kita menyambut Hari Raya, siapa sangka biskut di balang semakin menyusut. Bimbang juga jika ramai lagi tetamu yang datang, tiada pula biskut Raya boleh dihidang.

Jadi apa kata, kita buatkan kek yang enak seperti yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohammad ini sebagai tambahan untuk dijamu pada tetamu.

 

 

“Butterscotch Lavish Slice. Hasil bereksperimen dengan bahan-bahan lebihan yang ada di rumah semalam. Resepi kamek olah ikut kesesuaian bahan yang ada. Sedap keknya. Alhamdulillah. So kamek share resepi untuk manfaat kita bersama,” – Khairunnisa Mohammad

Butterscotch Lavish Slice (BLS) by Khairunnisa Mohammad.

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A

500g butter Golden Churn/Anchor

500g cream cheese

3/4 tin susu pekat manis

5 sudu besar sos Butterscotch

150g tepung aiskrim vanilla

150g Horlicks

300g tepung Hong Kong/Supefine

1 sudu besar ovalet

1 sudu besar esen vanila

 

 

Toppings:

1 bungkus double chocolate Chipsmore

250g Butterscotch chips

250g honey roasted almonds (hancurkan)

1 atau 2 papan chocolate Cadbury saiz besar (hiris)

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

Cara-cara:

1.Pukul butter dan ovalet hingga kembang dan putih.

2.Masukkan cream cheese. Pukul sebati.

3.Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.

  1. Masukkan susu pekat manis, sos butterscotch dan esen vanila. Pukul sebati.

5.Masukkan tepung aiskrim vanila dan Horlicks. Pukul sebati.

6.Masukkan tepung Hong Kong dan pukul sebati.

 

Cara bakar:

1.Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 180°.

2.Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.

3.Taburkan toppings (Cadbury, butterscotch chips, chipsmore, honey roasted almonds)

4.Lapisan pertama bakar di rak tengah, api atas bawah, suhu 180°, 10 minit atau hingga masak.

5.Lapisan seterusnya hingga lapisan akhir, buat cara yang sama, tapi bakar pada suhu 150°/160° api atas sahaja, rak bawah. Masa 7/8 minit atau hingga masak.

 

Nota kaki:

  • Suhu oven ikut saiz oven masing-masing la ya. Jika besar oven, tinggi sikit suhu. Kalau kecil oven, sedang-sedang sahaja suhunya.
  • Tunggu sekurang-kurangnya  30 minit sebelum keluarkan kek dari loyang.
  • Sejukkan kek dalam peti sejuk semalaman dulu sebelum potong. Supaya potongan kemas. Yang korang nampak kuning-kuning tu butterscotch chips. Tu yang sedap bila gigit tu.
  • Selamat Mencuba gaisss. Yang penting, topping jangan kedekut.